Diceritakan oleh Yahya bin Mu’adz, bahwa dia pernah mendampingi Abu Yazid dalam salah satu “latihan kerohaian rasa” di bidang Musyahadah (Penyaksian), yang mana beliau selepas selesai sembahyang isya’, duduk bersimpuh dengan kedua tumit dinaikkan, seraya dagu dirapatkan ke dada, dan rapat ke muka, berjam-jam lamanya sehingga terbit fajar di waktu subuh!
Pada saat itu beliau lalu sujud lama sekali kemudian duduk kembali dan berdoa ” Wahai Tuhanku, ada orang-orang memohon kepadaMu, lalu Engkau kurniakan kesanggupan berjalan di atas air bahkan di udara, dan mereka berasa puas dengan ini. Tetapi daku berlindung kepadaMu dari hal-hal begini.
Ada pula orang-orang yang bermohon kepadaMu, lalu Engkau kurniai ilmu berjalan cepat seperti angin, dan mereka senang dengan ini. Tetapi daku berlindung kepadaMu dari hal-hal begini.
Ada pula orang-orang yang memohon kepadaMu, lalu Engkau kurniai perbendaharaan bumi, dan Mereka pun berasa senang dengannya. Tetapi daku berlindung kepadaMu dari emas-intan ini!
Begitu halnya, sampai beliau hitung lebih dua puluh macam keramat para Wali, kemudian beliau menoleh dan ketika terpandang kepadaku, beliau bertanya: ”Sejak bila anda berada di sini?”
Jawabku: ”Sejak tadi!” . Beliaupun kembali berdiam diri,
lalu ujarku: ”Sudilah anda menceritakan sedikit kepadaku!”
Jawab beliau: ”Kuberitakan kepadamu hal-hal yang sesuai dengan tarafmu: Daku diizinkan Tuhan memasuki alam bawah, lalu aku diedarkan diorbit bahagian bawah, diperlihatkan kepadaku lapisan-lapisan bumi sampai kepusatnya, kemudian daku diizinkan Tuhan memasuki alam atas, lalu dibawa mengedar pelbagai orbit di langit tinggi, kemudian diperlihatkan kepadaku Taman-Taman Syurga sampai ke siktar Arasy.
Akhirnya daku ditampilkan berdiri di antara kedua tanganNya dan Tuhan bertanya:” Mohonkanlah kepadaku apa sahaja di antara segala yang telah nampak oleh mu itu, dan akan ku-beri!”
Jawabku: ”Wahai Tuhanku, tidak ada kulihat suatu pun yang kusenangi dan akan kuminta kepadaMu!”
Firman Tuhan: ”Kamulah hambaku yang sebenarnya tulen. Anda menyembahku kerana Diriku semata-mata. Akan ku kurniai anda ini dan itu…. lalu disebutkan beliau hal-hal ajaib:.
Yahya meneruskan ceritanya:
Daku merasa kagum dan gentar serta penuh rasa ajaib mendengar hal-hal itu, lalu ujarku: “Tuan Guru! kenapa tidak anda mohonkan saja keputusan ilmu Ma’rifah?
Sedangkan Maharaja Diraja telah menegaskan ” Mintalah dan aku akan makbulkan”
Mendengar ini, beliaupun berteriak:
“Tutup mulutmu! Daku begitu mabuk cinta, sehingga merasa cemburu terhadap diriku sendiri dan tidak ingin Dia dikenal penuh selain Dia”.
Demi keagungan Allah”, Yahya memohon: “berikanlah kepada ku sebahagian dari kurnia-kurnia yang telah engkau di tawarkan kepada mu malam tadi”.
“seandaianya engkau memperoleh kemuliaan Adam, kesucian Jibril, kelapangan hati Ibarahim, kedambaaan Musa kepada Allah, kekudusan Isa, dan kecintaaaan Muhammad, niscaya engkau masih marasa belum puas. Engkau akan mengharapkan hal-hal lain yang melampaui segala sesuatu”, Jawab Abu Yazid “tetaplah merenung Yang maha Tinggi dan jangan rendahkan pandangan mu, kerana apabila engkau merendahkan pendanagan mu kepada sesuatu hal maka hal itulah yang akan membuatakan mata mu”
KISAH 20: ABU YAZID DENGAN IMAM SOLAT
Suatu ketika Abu Yazid solat di belakang seorang imam. Selepas solat, imam itu bertanya kepada Abu Yazid: “nampaknya tuan tidak mempunyai apa-apa pekerjaaan. Bagaimana tuan dapat nafkah”..
Abu Yazid menjawab; “Sebelum saya menajawab pertanyaan tuan, lebih baik tuan keluar dari tempat imam dalam solat ini, kerana barangsiapa yang tidak tahu bahawa yang memberi rezeki itu adalah Allah dan tidak kepada Allah, maka dia tidak layak menjadi imam dalam solat
KISAH 21: TIDAK MAJU DALAM KEROHANIAN
Apabila seorang hamba Allah bertanya kepada Abu Yazid kenapa dia tidak maju dalam bidang kerohanian setelah duduk bersama beliau beberapa lama. Abu Yazid men jawab: “ kerana nafsu amarahmu tidak dapat dikawal, dan kamu tidak buangkan kemualiaan seperti kamu buangkan kehinaaan. Anggaplah kedua-duanya sama”.
KISAH 22: BERSAMA NABI KHIDIR AS
Pada suatu hari , ada seseoarng berkata kepada Abu Yazid; “ sewaktu ada orang meninggal dunia di Tabaristan, ku lihat engkau di sana bersama Nabi Khidir as, dia merangkulkan tangan ke lehermu , sedang engkau pula menaruh tangan mu ke punggungnya. Ketka para penghantar pulang dari pemakaman , ku lihat engkau terbang ke angkasa. ” Ya, segala yang engkau lihat katakan itu benar-benar terjadi”, jawab Abu Yazid.
KISAH 23: KISAH ABU YAZID DENGAN GURUNYA IMAM JAAAFAR AS SADIQ
Salah seorang gurunya yang bernama Imam jaafar as Sadiq, telah menyuruh beliau membawa sebuah buku yang terletak di almari dalam biliknya. Abu Yazid bertanya kepada gurunya itu, “ Di mana letaknya almari itu , tuan guru”. Gurunya berkata: “ Kamu telah beberapa tahun lamanya bersama ku tetapi kamu masih tidak tahu tempat almari itu”.
Abu Yazid menjawab: ”selama ini aku tidak pernah memandang ke atas atau ke bawah dalam bilik itu”
Gurunya berkarta dengan hati yang puas; ”Kamu telah cukup maju, dan kembalilah ke Bustam, di sana kamu akan menjadi maju dan masyhur lagi dalam bidang kesufian dan keroahian ini.
KISAH 24: ABU YAZID DIINTIP
Ada seorang hamba Allah yang mengintip kerja-kerja harian yang dilakukan oleh Abu Yazid dan bagaimana beliau solat. Tiba-tiba Abu Yazid menyebut nama Allah dan terus pengsan. Setelah sedar, Abu Yazid ditanya apa telah terjadi kepadanya. Abu yazid menjawab: “ Apabila ku menyebut nama Allah, saya telah masuk ke langit. Di situ saya melihat seekor naga besar dengan mulut terbuka hendak menerkam aku”, lalu aku bertanya kepada naga itu:, “dimana aku boleh melihat Tuhan kerana dalam Al Quran ada meyebutkan bahawa Tuhan itu berada di langit”, maka tiba-tiba aku tedengar suara yang berkata: “Allah itu berada dalam hati-hati yang remuk rendam di dalam dunia”, dan ayat Al Quran pun ada meyebutnya berbubnyi : ” Allah itu berada dalam hati-hati yang taat dan tidak takabbur”
Apabila aku mencapai kehampiran dengan Allah, aku terdengar lagi suara Ketuhanan itu berkata: ” Pintalah apa yang kamu kehendaki”. Lalu aku menjawab: ” Saya pinta apa yang Kamu ingin lakukan terhadap ku” . Lagi sekali suara itu berkata: ”Fanakan dirimu agar kamu baqa berasama Ku”.
Saya pun tunduk taat kepada perintah itu.
KISAH 25: INGIN MAJU DALAM KEROHANIAN
Suatu hari Abu Yazid sedang berjalan-jalan. Datang seorang hamba Allah dari belakang menuruti beliau. Dia meletakkan tapak kakinya di tempat bekas tapak kaki Abu Yazid selangkah demi selangkah. Kemudian orang tersebut juga meminta sebahagian daripada baju kulit beliau untuk dipakai agar dapat maju dalam bidang kerohanian.
Abu Yazid berkata: ”Jangankan baju ku yang engkau pakai, bahkan jika kulitku aku seliatkankan dan beri kepada mu, kamu tidak akan dapat maju dalam bidang kerohanian ini,, sehinggalah kamu mengamalkan dengan tekun dan jaya segala amalan kerohanian yang aku lakukan”.
KISAH 26: ABU YAZID DENGAN SEEKOR ANJING HITAM
Suatu hari hari Abu Yazid berjalan-jalan dengan beberapa orang muridnya, jalan yang sedang mereka lalui agak sempit dan tiba-tiba dari arah yang bertentangan datanglah seekor anjing hitam. Abu Yazid menyingkir ke tepi untuk memberi jalan kepada anjing tersebut.
Salah seorang muridnya tidak menyetujui tindakan Abu Yazid itu, dan berkata:
” Allah maha besar telah memuliakan manusia di atas segala makhluk-makluknya. Abu Yazid adalah raja diantara kaum sufi, tetapi dengan ketinggian martabatnya itu berserta murid-muridana itu masih memberi laluan kepada seeokor anjing. Aaak wajar tindakan seperti itu?
Abu Yazid menjawab: “ Anak muda, anjing tadi secara diam-diam telah berkata kepadaku: ” Apakah dosaku dan apakah pahalamu pada awal kejadian sehingga aku berpakaian kulit anjing dan engkau mengenakan jubah kehormatan sebagai raja di antara ahli sufi?
Begitulah sampai ke dalam fikriranku dan kerana itu aku memberi jalan kepadanaya”
KISAH 27: MEMEGANG BUAH EPAL
Suatu ketika Abu Yazid memegang buah epal, Abu Yazid berkata: ” Alangkah baiknya!”. terdengar suara ketuhanan berseru.” Tidakkah engkau malu memuji epal itu, padahal pujian itu adalah untuk Ku sahaja?”
Sebagai hukuman, beliau tidak mengalami kelazatan dalam solatnya selama 40 hari. Beliau membuat keputusan tidak mahu makan buah buahan untuk selama-lamanya.
KISAH 28: DIAJU SOALAN KEROHANIAN
Ada ketika, segelintir orang bertanya kepada Abu Yazid:’ Apakah yang pada pendapat kamu yang menjadi penghalang besar dalam menuju Allah?”
Beliau menjawab;” Tanpa kehendak Nya sangat susah untuk mengahadapkan hati kepadaNya, dan jika dengan kehendakNya senang sahaja berjalan menuju Dia itu”.
KISAH 29: ABU YAZID DENGAN SANG PERTAPA
Ada seorang pertapa merupakan antara tokoh-tokoh suci terkenal di Kota Bustham. Ia mempunyai ramai pengikutnya, tetapi ia sendiri sentiasa mengikuti pengajaran-pengajaran yang diberikan oleh Abu Yazid. Dengan tekun ia mengikuti ceramah-ceramah Abu Yazid dan duduk bersama sahabat-sanahat beliau.
Pada suatu hari, ada keluangan masa, berkatalah ia kepada Abu Yazid:
” Pada hari ini genaplah 30 tahun lamanya aku berpuasa dan memanajat doa sepanjang malam sehingga aku tidak pernah tidur. Namun pengetahuan ilmu yang engkau sampaikan ini belum pernah menyentuh hatiku. Walau demikian aku percaya kepada pengetahuan itu dan senang mendengar ceramah-ceramahmu”
lalu ujar Abu Yazid:” Walaupun engakau berpuasa pada siang hari selama 300 tahun, sedikit pun dari ceramah-ceramahku ini tidak akan dapat engkau hayati dengan seksama”.
”Mengapakah demikian?”, tanya si murid.
“Kerana mata mu tertutup oleh dirimu sendiri”, jawab Abu Yazid.
”Apakah yang harus kulakukan?”, tanya si murid pula.
”Jika kukatakan, pasti engkau tidak mahu menerimanya”
”Akan ku terima!, katakanlah kapadaku agar kulakaukan seperti engkau suruh itu”
’Baiklah!” , jawab Abu yazid.
”Sekarang ini juaga cukurlah janggut dan ramabutmu. Tinggal akan pakaian yang sedang engku pakai in dan gantilah dengan cawat yang berbuat dari bulu domba. Gantungkan sebungkus kacang di lehermu, kemudian pergilah ke tempat ramai. Kumpulkan anak-anak seramai mungkin dan katakan kepada mereka: ” Akan kuberikan sebutir kacang kepada setiap orang menampar kepalala ku”
Dengan cara yang sama pergilah megelilingi kota, terutama sekali di tempat-tempat di mana orang-orang sudah mengenal mu. Itulah yang harus kau lakukan”.
”Maha besar Allah!, Tiada Tuhan kecuali Allah”, cetus si murid setelah mendangar kata-kata Abu Yazid tersebut.
Jika seorang kafir mengucapkan kata-kata itu niscaya ia menjadi muslim”. Kata Abu yazid. ” tetapi dengan mengucapkan kata-kata yang sama engkau telah memepersekutukan Allah”
’Mengapa begitu?”, tanya si murid.
”Kerana engkau merasa bahawa dirimu terlalu mulia untuk berbuat seperti yang telah ku katakan tadi. Kemudian engkau mencetuskan kata –kata tadi untuk menunjukkan bahawa engkau adalah seseorang yang penting, bukan untuk memuliakan Allah. Dengan demikian bukankan kah engkau telah mempersekutukan Allah:”
Cadangan-cadangan kamu tadi tidak dapat ku lakasanakan. Berikan cadangan-cadangan lain”. Ujar simurid lagi.
Hanya itu sahaja yang dapat ku cadangkan”, Abu Yazid menegaskannya.
‘Aku tak sanggup melakukkannya” , si murid mengulangi kata-katanya.
”Bukanakah telah ku katakan bahawa engkau tak akan sanggup untuk melaksanakan dan engkau tidak akan boleh menuruti kata-kata ku”, kata Abu Yazid
KISAH 30: ABU YAZID DENGAN SEEKOR ANJING
Pada suatu hari Abu Yazid sedang melalui sebuah lorong, dengan semena-mena ada seekor anjing berlari-lari disampingnya. Melihat hal itu, Abu Yazid segera mengangkat jubahnya, tetapi si anjing itu berkata:’ Tubuhku kering dan aku tidak melakuakan apa-apa kesalahan. Seandainya tubuh ku basah, engkau boleh mencucinya dengan air yang bercampur dengan tanah 7 kali, maka selesailah persoalan antara kita. Tetapi apabila engkau menyingsingkan jubah kamu sebagai seorang parsi, dirimu tidak akan menjadi bersih walau engkau membasuhnya dengan 7 lautan “
Abu Yazid menajawab:” Engkau kotor secara lahiriah tetapi aku kotor secara batiniah marilah kita besama-sama berusaha agar kita berdua menjadi bersih.”
Tetapi si anjing menyahut: “ engkau tidak wajar untuk berjalan bersama-sama dengan diri ku dan menjadi sahabatku, kerana semua orang menolak kehadiranku dan meyambut kehadiaran mu. Siapapun yang bertemu denganku akan melempariku dengan batu tetapi manusia bertemu denganmu akan meyambutmu sabagai raja di antara para sufi. Aku tidak pernah menyimpan sepotong tulang tetapi engkau memiliki sekarung guni gandum untuk makanan keesokan hari”.
Abu Yazid berkata lagi:” Aku tidak wajar berjalan bersama-sama seeokor anjing!. Bagaimana aku dapat berjalan bersamanya yang abadi dan kekal?. Maha besar Allah yang telah memberi pengajaran kepada yang termulia di antara makhluknya melalui yang terhina di antara semuanaya!”
Kemudian Abu Yazid meneruskan ceritanya: ” Aku sangat bersedih dan duka, bagaimana aku hamba Allah yang patuh?:
Aku berkata kepada diriku sendiri: ” Aku akan pergi ke pasar untuk membeli ikat pinggang, yang dipakai oleh orang-orang bukan Muslim, dan ikat pinggang itu akan ku pakai sebagaimana namaku menjadi hina di dalam pandangan orang! pergilah aku ke pasar hendak membeli sebuah ikat pinggan. Di dalam sebuah kedai terlihat olehku ikat pinggang yang sedang panjangnya. harganya paling tidak 1 dirham”, kataku dalam hati”.
Kemudian aku bertanya kepada penjual di kedai tersebut; ”Berapakah harga ikat pinggang ini?. ”Seribu dinar ”, jawabnya. Aku tak dapat berbuat apa-apa, berdiri dengan kepala tertunduk.
Pada saat itu terdengar olehku sebuah suara dari atas langit;’ Tidak tahukah engkau bahawa dengan harga di bawah 1000 dinar orang-orang tidak akan menjual sebuah sabuk untuk diikatkan ke pinggang seseorang manusia seperi engkau?”. Mendengar seruan itu, hatiku bersorak riang kerana tahulah aku bahawa Allah masih memerhatikan hambanya ini lagi”
KISAH 31: ABU YAZID DENAG PENGANUT AGAMA MAJUSI
Di sebelah rumah Abu Yazid tinggal seorang penganut agama Majusi. Ia mempunyai seorang anak yang selalu menangis kerana rumah mereka gelap tidak berlampu. Abu Yazid sendiri telah memabwa sebuah pelita untuk mereka. Si anak segera berhenti menangis.
Lalu mereka berkata:” Kerana cahaya Abu Yazid telah memasuki rumah mereka ini, maka sangat disayangkan apabila kita tetap berada di dalam kegelapan”
Mereka segera memeluk agama Islam.
KISAH 32: ABU YAZID DUJI
Pada suaut hari seorang lelaki yang tidak mempercayai tentang kelebihan pada Abu Yazid., lalu datang mengunjunginya untuk mengujinya:
Katakan kepada ku jawapan sesuatu masalah”, katanya kepada Abu Yazid.
Abu Yazid melihat betapa lelaki itu menaruh keraguan terhadapnya di dalam hati.
Maka berkatalah Abu Yazid: ”Di atas sebuah gunung ada sebuah gua daa di dalam gua itu ada seorang sahabatku. Mintalah padanya untuk menjelaskan masalah itu kepadamu”.
Lelaki itu segera pergi ke gua yang diakatakan oleh Abu Yazid. Tetapi yang dijumpainya di sana seekor naga yang besar dan sangat menakutkan. Menyaksikan hal ini ia pun jatuh pingsan dan pakaiannya menajdi kotor. Begitu dia sedar cepat-cepat ia meninggalkan tempat itu,. Tetapi kasutnya tertinggal. Lalu ia kembali kepada Abu Yazid. Sambill melutut di depan Abu Yazid lalu ia bertaubat. Abu Yazid berkata kepadanya; ” Maha besar Allah!. Engkau tidak berani mengamabil kasutmu kerana takut kepada makhlukNya. Apakah engkaurtakut kepada Allah, bagaimanakah engkau berani mengambil rahsia yang engkau cari di dalam keingkaran mu”
KISAH 33: KEKHUSUKKAN ABU YAZID
Kekhusukaan Abu Yazid berbakti kepada Allah, memang tidak tertandingkan oleh sesiapa pun, sehingga setiap hari apabila disapa oleh muridnya yang sentaisa meneertainya selama 20 tahun, ia akan bertanya:” Anakku, siapakah namamu?”
Suatu hari si murid berkata kepada Abu Yazid; ” guru, engkau menpersenda-sendakan daku. Telah 20 tahun aku mengabadi kepada mu tetapi setiap hari engkau menanyakan namaku!”
”Anakku”, Abu Yazid menjawab, ” Aku tidak mepersendakan mu, tetapi NamaNya telah memenuhi hatiku dan telah menyisihkan nama-nama yang lain, Setiap kali kali aku untuk mengingati sebuah nama lain, segeralah nama itu terlupakan olehku”.
KISAH 34: DUNIA DITALAK TIGA
Pernah Abu Yazid berkata: ”Dunia ini telah ku talak tiga. Kemudian seorang diri ku berjalan menuju Yang sendiri. Aku berdiri di hadapan hadiratNya dan berseru: ”Ya Allah, kecuali Engkau , tiada sesuatu pun yang ku inginkan. Apabila Engkau telah ku Perolehi maka semuanya akan ku perolehinya’.
”Setelah Allah mengetahui keikhlasan hati ku itu,. Maka kurnia pertama yang diberikannya kepada ku adalah membukakan tadbir keakuan dari depan mata ku”
KISAH 35: PELEBURAN DIRI ABU YAZID
Seseorang bertanya kepada Abu Yazid;” Apakah yang dimaksudkan dengan singahsana Allah”
Abu Yazid menjawab:” Singahsana itu aku”
”Apakah yang dimaksudkan dengan loh dan pena Allah.”
”Loh dan pena Allah itu adalah aku”
’Allah mempunyai hamba-hambanya seperti Musa, Ibrahim dan Isa. ’Mereka itu adalah aku”
”Allah mempunyai habaa-hambnya seperti Jibarail, mikali, Isafil”.
” Mereka itu adalah aku”
Lelaki yang bertanya lalu diam tak terkata.
Kemudian Abu Yazid berkata:” Barangsiapa yang telah lebur di dalam Allah dan telah mengetahui hakikat mengenai segala sesuatu yang ada, maka segala sesuatu baginya adalah Allah”.
KISAH 36: MENDENGAR KEBAIKAN MENJADI LUPA
Abu Yazid Al Bustami sejak kecil taat kepada Allah dan suka berbuat kebajikan. Kedua orang tuanya selalu menjaga diri untuk tidak makan kecuali yang halal. Abu Yazid, sejak dalam kandungan dan menerima air susu ibunya, tidak pernah berkenalan dengan barang Syuhbat, apa lagi haram. Pada tahap awal keinginannya, jika mendengar suatu kebaikan, beliau mudah lupa.
” Apakah ibu ingat pernah memakan sesuatu yang haram atau Syuhbat ketika mengandung atau menyusuiku, sebab jika mendengar kebaikan aku mudah lupa ? ” tanya Abu Yazid kepada ibunya.
” Anakku, suatu hari ketika sedang mengandung atau menyusuimu, aku melihat sepotong keju tergeletak di tempat fulan. Saat itu aku sedang mengidam, dan benar – benar menginginkan keju itu. Lalu ku ambil secuil keju dan kumakan tanpa sepengetahuan pemiliknya. “
Mendengar jawaban ibunya, Abu Yazid segera mengunjungi pemilik keju itu.
” Wahai fulan, dahulu ketika mengandung atau menyusuiku, ibuku telah memakan secuil kejumu. Sekarang aku mohon agar engkau sudi memaafkannya, atau engkau tetapkan berapa harga secuil keju itu, nanti aku akan membayarnya, ” kata Abu Yazid setelah bertemu pemilik keju.
” Ibumu telah kumaafkan dan apa yang ia makan telah kuhalalkan, ” kata pemilik keju.
Sejak saat itu, Abu Yazid tak pernah lupa, bila mendengar kebaikan. Anggota tubuhnya semakin ringan untuk berbuat kebajikan.
KISAH 37 : KEKERAMATAN ABU YAZID
Al Qusyairi mengisahkan, bahawa Abdul Rahman bin Muhmad As Shudi berkata:” Pakcik ku pernah bercerita.
Pada suatu hari ketika kami hadir dalam majlis Abu Yazid, tiba-tiba beliau berkata: ”Bangunalah kalian mari kita menyambut kedatangan seorang Wali Allah”, Kami berjalam di belakang beliau sampai ke sempadan kota, setibanya kami di perbatasan kota, kami bertemu denagan Syeikh Ibrahim bin Sayaibah Ak Harawi yang sedang memasuki perbatasan kota.
Abu Yazid berkata:”Tergerak dalam hatiku untuk menyambut mu dan untuk ku mintakan syafaat dari Allah”.
Jawab Syeikh Ibrahim: “Jika ku minta syafaat bagi mu dan engkau pun diberi syafaat oleh Allah, maka hal itu tidaklah sulit bagi Allah kerana engkau dijadikan dari tanah”. Abu Yazid jadi terharu dengan jawapan dari beliau itu.
Imam Al Manawi mengisahakan, bahawa ada salah seorang murid Abu yazid berkata: : ”Aku pernah bertanya tentang maksud bertawakkal kepada Syeikh Abdul Raham bin Yahya”. Beliau memberi jawapan yang kurang kuarng memuaskan. Kemudian ku mengetuk pintu rumah Abu Yazid untuk ku tanyakan maksud tawaakkal, Abu yazid tidak membuka pintu pada ku daa beliau hanya berkata dari belakang pintu: : ”Tidakkah cukup dengan jawapan Abddul Rahman bin Yahya”.
Jawab ku:’buakakan pintu pada ku”. Jawab Abu yazid: “Kamu datang kemari bukan kerana ingin menziarai aku, kamu hanya ingin bartanya sahaja, dan Syeikh Abdul Rahman telah memberikan jawapan kepada mu”
Setalah setahun dari kejadian itu, aku datang bekunjung pada beliu. Di saat itulah beliau menyamabutku dengan hangat , sambil berkata: “ Aku menayambut mu kerana kamu mamag datang dengan niat untuk menziarahi daku”
Dikisahkan ada seorang berkata kepada Abu Yazid: “ Aku dengar bahawa kamu boleh terbanag di udara, apakah benar hal itu?”, Jawab Abu Yazid: “Apakah yang di hairan tentang hal itu, tidakkah burung pemakan bangkai dapat terbang, sedangkan mukmin yang jauh lebih mulia dari burung, apakah kamu hairan jiak hal itu terjadi”
Al Khani pernah berkata:
Abu Yazid pernah berkata : “ Pada satu malam yang gelap gelita, pernah aku mebujurkan kaki ku ke arah depan mihrab, tiba-tiba akau mendengar suara ghaib menegur perbuatan ku: “ Pantaskan seorang duduk di hadapan sang Raja dengan cara yang tidak bersopan?”.