
Masa tengah goreng ayam untuk makan tengahari semalam, tiba2 dapat fon-kol dari jiran yang rumahnya selang sebaris dengan rumah kami. Sal, dalam nada yang agak cemas bertanya,
"Kak Nur, kalu nak surutkan bengkak, nak taruk apa ek?"
"Kenapa Sal, sapa yang bengkak?"
"Mak tadi jatuh kak Nur, kena kat kepala.. jadi besar jugak la bengkaknya.. yang risau tu darah cam taknak berenti pulak..."
Saya on the spot terfikir pasal daun lidah buaya... "Ok, Sal terai boh aloe vera, InsyaAllah boleh berenti kot darah tu..."
"Err.. takde tanam le pulak aloe vera.. caner hah kak Nur, nak stop darah tu kena demah ngan air panas ke air sejuk?", kedengaran suara Sal yang bunyinya semakin cemas.
"Ais, kalu tak silap akak... Ok Sal, nanti akak pegi, jap ya.."
Saya terus ke rumah Sal untuk tengok keadaan ibu mertuanya. Ya Allah, memang bengkak besar, darah pun masih mengalir keluar dan tempat bengkak dah jadi biru kehitaman.
"..ishhh...kena bawak ke hospital ni Sal", cadang saya bila tengok saiz bengkak tu boleh tahan besar, pastu risau takut jadi darah beku.
"Ok, nanti tunggu ayah diaorang balik, skarang dah kat jalan dah..."
Semasa Sal ke bilik air, saya terus sambung menekapkan tuala ke tempat bengkak makcik tu. Dalam tengah menahan sakit, tiba2 beliau bersuara dalam nada berbisik... "Ya Allah tetapkanlah iman hamba, sembuhkanlah sakit hamba..."
Diulang-ulangnya doa itu beberapa kali.
Saya yang mendengar terus menjawab "amenn, amenn..." Rasa nak menitis air mata bila mendengar beliau berdoa. Seorang insan yang dah begitu berusia, uzur lagi namun jelas memiliki wajah yang nampak begitu bercahaya sekali. Walau dalam usia emas, wajah beliau nampak begitu bersih sekali... Dari apa yang saya tahu, beliau semasa sihatnya selalu istiqamah dalam melakukan solat tahajjud setiap malam, bersolat dhuha setiap pagi dan konsisten berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Itu menjadi amalannya selama bertahun-tahun sehinggalah tiba saatnya beliau ditimpa keuzuran beberapa tahun kebelakangan ini.
Melihat hikmah ini, timbul keazaman dalam diri untuk lebihkan usaha buat apa yang patut semasa badan masih sihat... "Ya Allah, bantulah hamba, berilah kekuatan...ameenn"