Diperingatkan dari Bayan(tabligh) dalam satu slot Kuliah Maghrib...
Kena ada rasa risau dalam hati. Risau yang membawa kepada lebih bersungguhnya kita untuk memelihara iman. Jangan biarkan diri kita tidur tanpa ada sunnah Rasulullah SAW. Amalkan sunnah Nabi SAW bermula dari kita bangun tidur sampailah kita kembali tidur. Tak kira tidur kita lapan jam. tujuh jam, enam jam atau lima jam sekalipun... biarlah tidur kita tidur yang ada sunnah Nabi SAW. Tidur yang ada sunnah dapat pahala sedangkan tidur tanpa sunnah hanyalah tidur semata2... dapat rehat je lah kiranya...
Bersungguh2 lah memelihara iman dengan istiqamah ikut sunnah dengan mendirikan solat berjemaah di surau/masjid (khusus buat kaum lelaki). Setiap langkah ke masjid untuk berjemaah, InsyaAllah Allah Taala bagi pahala, hapuskan dosa dan tinggikan darjat.
Ditegaskan bahawa ada 2 perkara yang kita boleh buat di mana tiada seorang pun dapat menghalang iaitu:
- Berazam
- Berdoa
Mohon dan mengadulah hanya pada Allah, Allah Maha Mendengar segala isihati. Banyak2 kita mengingati Allah melalui zikir dan doa... banyak ingat Allah, ikut perintah Allah, jauhi larangan-Nya serta ikut sunnah Nabi SAW... InsyaAllah akan beroleh kejayaan, akan sentiasa terpelihara iman... aminn