
Diperingatkan.... biar sering teruja untuk merebut pahala sekaligus cuba semampunya mengurangi dosa. Harus kita rebut cari pahala dalam usaha nak memberatkan timbangan amal kita, biar beratnya mengatasi timbangan yang terkumpul dosa. Bagaimana nak rebut? Antara caranya kata ustaz ialah dengan....
- rajin baca quran... tanam lah azam agar kita sentiasa dapat khatam al-Quran. Jika tak dapat khatam dalam beberapa hari, cubalah khatam dalam masa 10 hari. Jika tak dapat juga cubalah khatam dalam masa sebulan. Kalau tak mampu, cuba khatam dalam masa 3 bulan. Tak boleh juga, khatamkan secara beramai2 (bertadarrus) di bulan Ramadhan.. kesimpulannya, mesti ada usaha untuk dapat khatam.
- jika tak mampu khatam sebuah al-Quran itu, kita bolehlah cuba untuk istiqamah baca surah-surah pilihan seperti Surah Al-Mulk yang disebut dapat memberi syafaat kepada pembacanya; Surah Al-Waqiah yang menyuburkan rezeki; Surah Al-Fatihah seagung-agung surah dalam al-Quran; Surah Qul huwallahu ahad (surah al-Ikhlas) yang pahala membacanya menyamai membaca sepertiga al-Quran; Qul a'udzu birabbil falaq dan Qul a'udzu birabbin nas yang mohon perlindungan kepada Allah dari gangguan jin dan mata manusia; dan beberapa surah pilihan yang lain.
- amalkan baca ayat-ayat pilihan contoh Ayat Kursi dari Surah Al-Baqarah yang mana jika diamalkan membacanya Insya-Allah akan selalu didampingi oleh malaikat dan terpelihara dari gangguan syaitan; 10 ayat dari permulaan surah al-Kahfi maka akan terjaga dari gangguan Dajjal; beberapa ayat penghabisan surah Al-Baqarah dan lain-lain lagi.
- rajin amalkan zikir setiap pagi dan petang untuk pendinding diri sepanjang hari contoh: zikir al-mathurat, Manzil, Ratib al-Haddad dan sebagainya. Zikir2 ini dapat mendinding diri kita dari gangguan syaitan yang direjam serta Insya-Allah dapat mengukuhkan kekebalan diri kita dari terdorong melakukan kemungkaran dan maksiat.
- tidak lepaskan peluang untuk istiqamah buat solat2 sunat yang sangat dituntut seperti Solat Dhuha, Solat Tahajjud, Solat Sunat Fajar sebelum Subuh dan solat2 sunat yang lain. Solat sunat Rawatib yang kita kerjakan sejurus sebelum dan selepas solat fardhu Insya-Allah dapat menampung kekurangan yang tentu saja ada dalam solat fardhu kita.
Jom sama2 kuatkan semangat merebut pahala... lazimkan, kerapkan, biar jadi rutin.. Insya-Allah.