Cukup-cukup lah...
"Alhamdulillah bersyukur kita kerana diberi kelapangan oleh Allah untuk dapat duduk dalam majlis ilmu malam ini...", terngiang2 kata2 aluan oleh S/U masjid sebelum ustaz mengambil tempat untuk sampaikan tazkirah. Ustaz kali ini memastikan kami yang hadir ada al-Quran di tangan masing-masing untuk sama-sama dapat membaca dan menghayati potongan ayat 14 - 19 Surah al-Mujadilah di m/s 544.
Selepas membaca, ustaz huraikan tafsir potongan ayat yang dimaksudkan untuk sama2 diambil iktibar dan peringatan tentang apa yang Allah firmankan.
...maksud ayat:
[14]
Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik); dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
[15]
Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.
[16]
Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh), maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah; oleh itu mereka beroleh azab seksa yang menghina.
[17]
harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah. Merekalah ahli neraka, mereka tetap kekal di dalamnya.
[18]
(Setelah nyata kepada orang-orang munafik itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta.
[19]
Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.
**************
Begitu jelas apa yang ustaz terangkan, huraikan tafsir dari apa yang disebut dalam ayat tersebut... Subhanallah.
Sebagai mengakhiri kuliah, ustaz memperingatkan...
"Cukup-cukup lah tu...", kata ustaz.
"Cukuplah jika selama ini kita dah buat endah tak endah terhadap apa yang termaktub dalam al-Quran. Quran dah sebut, tapi kita masih buat tak tahu. Tetap tak takut terhadap apa yang Allah larang. Tetap tak ambik pengajaran dari apa yang Allah firmankan...
...Mengaji biarlah betul-betul. Jangan mengaji, tapi tak ikut. Mengaji kena jelas, kena jelas faham apa yang dipelajari. Biar faham betul-betul, biar timbul taqwa, takut pada Allah. Masalahnya, tak kuat rasa cinta untuk mengaji, tidak sungguh2, mengaji bukan untuk tujuan perbaiki amalan.. tu sebab contohnya bagi sesetengah orang mengaji hanya untuk lulus periksa, bukan untuk sebatikan ilmu dalam diri, tiada kemahuan untuk apply-kan ilmu dalam kehidupan seharian. Itu sebab tak timbul taqwa, tak rasa cinta untuk beramal, tak timbul takut bila langgar perintah Allah, tak rasa gerun bila melakukan dosa..."
Wallahu'alam.
0 Comments
Langganan:
Posting Komentar (Atom)