Tujuan Hidup


Tertarik hati untuk kongsi satu tazkirah online...


Hidup kita ibarat Komputer... ada hardware dan ada pula softwarenya. Hardware nya terdiri dari keperluan seperti harta, keluarga, makan minum dsb manakala software nya pula memerlukan pengisian untuk makanan ruhani.

Hakikatnya, tiada yang senang 100%. Tidak ada yang sempurna. Ramai yang senang tapi tak tenang. Ramai yang senang tapi jiwa rasa sempit, hati tak tenteram. Tak ramai yang senang mendapat tenang.

Harus diingat, jangan kerana kita hendakkan senang lalu kita abaikan tenang. Dan jangan pula sebab kita nakkan ketenangan lalu kita pinggirkan kesenangan. Perlu wujudkan tenang dalam usaha mencapai senang. Untuk capai tenang, kita kena banyak melakukan ibadah. Biar ibadah merangkumi seluruh aspek kehidupan. Tak kira di mana berada biar semua menjadi ibadah. Kebanyakan masa biasanya bertumpu di tempat kerja. Fokus jadikan kerja sebagai ibadah kerana bila diniatkan sebagai ibadah, maka itulah yang dinamakan tujuan hidup.

Bila nawaitu hanya kerana Allah, bukan saja kita akan dapat senang dari gaji yang diterima tapi sekelian InsyaAllah akan mendapat pahala. Jangan kita hilang arah akan tujuan sebenar. Rumah kita dibina dengan konkrit tapi rumahtangga kita mesti dibina dengan kasih-sayang. Itu termasuk dalam tujuan hidup.

Berbalik pada perumpamaan sebagai komputer.... kuantiti harta (hardware) memang penting tapi kualiti jiwa(software) lagi penting dalam matlamat untuk kita membina ' tujuan hidup.'

Maka berbekallah kita... kerana sebaik-baik bekal adalah TAQWA kepada Allah SWT...

Sebagaimana firman Allah:
''Bertaqwalah dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepada-KU hai orang-orang yang berakal.''(Surah al-Baqarah:197).


Wallahu'alam.
Comments
0 Comments

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

kasih komentar