Hatinya di sana...
Nak kongsi kisah...
Tiapkali ke pasar, lepas dah siap beli lauk semua, saya tak lupa singgah ke gerai jual bawang lada etc di lot paling tepi. Yang selalu berurusan dengan saya berjual-beli bawang, kentang, cili kering dll tu ialah seorang 'bro bangla' yang dah agak separuh umur.
Entah kenapa tiap kali bercakap sepatah dua masa beli bawang tu, dapat rasa keikhlasan orang tu berbicara. Orangnya nampak baik hati dan lurus. Ingat lagi, mungkin sebab karektor beliau macam tu maka sesetengah dari orang kita cam ambik kesempatan pula eksyen lebih-lebih.
Di suatu pagi, ada la sorang akak tu tengah pilih2 kentang. Punya lama pilih... masa bro tu nak timbang,nak jadi citer secara tak sengaja terjatuh la sebiji kentang, terus terpelanting ke bawah. Bro bangla cepat2 membongkok untuk ambil kentang yang jatuh tu.
"Tukar..tukar! Ambik yang lain..." Ish kasor bebenor la pulak bunyi suara akak tu. Lain-lain customer yang melihat gelagat tersebut sume pakat-pakat pandang akak tu kemudian pandang bro bangla. Mendengar arahan tersebut, bro bangla pun cepat2 terus capai tukar kentang yang lain. Saya yang berada paling hampir dengan akak tu, cuba sebolehnya untuk buat tak tau. Tapi dalam hati, rasa macam akak tu over la pulak. Kalau nak tukar sekali pun, apa salah nya biar leklok sikit... kalau orang tu bukan bangla mungkin lain sikit kot tone suara cik akak... ish ish..
Selepas akak tu pergi, bro bangla tu bersungut sendirian..."itu macam orang.. ada ka.." Kemudian bro bangla terus kembali senyum dan sambung layan customer yang lain. "Err... tu ustazah adik tu mama...", bisik anak saya pelan-pelan. "Ooo...", takat tu je lah saya jawab sambil mengangguk-ngangguk, taknak sambung lebih2, kang tak pepasal...
Bro bangla tu nampak begitu komited dengan kerja. Rajin dan wajahnya selalu senyum. Semasa singgah lagi nak beli bawang dua tiga hari lepas, saya ambik peluang tanya...
"Ayaa... anak-anak ada sini ke semua kat sana? (maksud saya sana tu Bangladesh)
"Ohh semua sana jugak, bangla sana... saya sini kerja... tapi hati saya ingat sana.. anak satu orang ada sakit..."
"Sakit apa Ayaa?", saya terus bertanya nak tau.
"Itu kanser otak... saya hati susah..."
Ya Allah... terkedu dengar berita ini. Kesiannya rasa dekat bro bangla. Moga beliau tabah bekerja di rantau orang sementalah dalam masa yang sama hatinya terhimpit dengan masalah keluarganya yang jauh di Bangladesh. Moga Allah kurniakan kesembuhan buat anaknya dan permudahkan urusannya di sini... aminnn
Moga kita semua termasuk dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. aminn
0 Comments
Langganan:
Posting Komentar (Atom)