Dalam kuliah hadis lalu, ustaz syarah hadis yang berkait-rapat dengan adab-adab makan. Selama ni tau serba sikit cara-cara dalam bab makan dan minum tapi bila dengar ustaz cerita pasal hadis tu, rasa berharga sangat penerangan ustaz... rasa bersyukur sangat dapat hadir duduk mendengar di majlis ilmu.
Ustaz ingatkan agar kita ikut sunnah Nabi SAW sebelum kita menjamah makanan. Setiap perlakuan kita umumnya hanya jadi perlakuan biasa jika tanpa sunnah. Sebaliknya segala perkara yang kita lakukan jika ikut sunnah maka ia menjadi satu ibadah yang mendatangkan kebaikan buat kita dunia dan akhirat.
Hadis yang dihuraikan ialah... "Apabila seseorang daripada kamu makan, maka makanlah dia dengan tangan kanannya. Dan apabila minum, maka minumlah dia dengan tangan kanannya. Ini kerana syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."
Maka kata ustaz, bila kita makan jangan lupa:
Maksud: Ya Allah, berkahilah kami dalam rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka.
- makan dengan tangan kanan
- memegang gelas dan minum dengan tangan kanan (baca bismillah kemudian minum dua tiga teguk.. berhenti. Kemudian baru minum lagi dua tiga teguk.. berhenti. Dah habis minum ucaplah alhamdulillah.
- kecilkan suapan, maknanya makan bukan dengan gelojoh
- sebaiknya makan hanya dengan satu lauk sahaja. Kalau ayam, ayam lah, kalau ikan, ikan saja.. cuba elakkan kombinasi lauk ayam dan ikan
- mulakan mengambil makanan yang dekat dengan kita
- sebaiknya makan dalam dulang/talam ramai-ramai, tapi jika takde dulang boleh lah makan dalam pinggan tetapi makan secara berjemaah. Elakkan makan sorang-sorang. Makan secara berjemaah InsyaAllah kita akan cepat rasa kenyang sebab ada keberkatannya. Sepertimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: "Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu" (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
- elakkan makan dan minum sambil berdiri. Dari Anas ra dari Nabi Muhammad SAW : Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW melarang seseorang untuk minum berdiri”. Qatadah (seorang tabi’in) berkata : “Kami bertanya kepada Anas, “Bagaimana dengan makan sambil berdiri?” Anas menjawab, ‘Yang demikian itu lebih jelek dan lebih buruk.’ (HR. Muslim)
- Apabila makan Nabi SAW tidak pernah mencela makanan. Jadi kalau kita tak suka makanan tu, tak sedap dan sebagainya sebaiknya jalan dicela, lebih baik diam saja.
- Nabi SAW suka makan labu.
- Nabi SAW sering makan dengan tiga jari. Jangan perlekehkan/persendakan/kondem cara Rasulullah SAW makan dengan tiga jari. Perkataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut kita boleh merosakkan iman... nauzubillah.
- makan jangan sampai over kekenyangan kerana jika terlampau kenyang akan buat kita jadi malas untuk bangun buat ibadah, malas solat, malas baca quran, rasa malas... rasa macam nak tido je bila dah kenyang sangat. Ingat kita makan sebab Allah suruh kita makan, bukan hidup untuk makan tapi kita makan untuk hidup... agar bila dah kenyang kita akan ada tenaga, lalu bila ada tenaga maka dapatlah kita tunaikan kewajipan beribadat pada Allah.
- makanan akan beri kesan pada kita, akan jadi darah daging kita. Kalau makan yang syubhah/haram maka aliran darah akan pergi ke otak, lalu otak akan pikir perkara yang tak elok saja. Kalau pergi ke kaki, lalu kaki akan mudah melangkah ke tempat maksiat. Sebaliknya kalau kita makan yang elok, halal dan bersumber dari yang halal maka badan akan mudah untuk taat pada Allah... InsyaAllah
- Selesai makan, baca doa sesudah makan atau ucaplah Alhamdulillah.
Nabi SAW makan dengan penuh adab. Kita harus ikut sunnah Nabi SAW semampunya dalam setiap tindakan kita. Kalau sayang dan cinta pada Rasulullah SAW maka ikut sunnah baginda. Kita utamakan Allah dan Rasul maka kehidupan kita InsyaAllah akan diberkati. Allah akan berikan kehidupan yang baik buat kita. Tanda rezeki kita berkat ialah bilamana semakin banyak rezeki semakin dekat kita dengan Allah... aminnn
Wallahu'alam.