Mulakan hari kita dengan senyuman. Kita senyum bukan kerana semua perkara berada dalam keadaan baik. Sebaliknya kita senyum sebab dek senyum kita, InsyaAllah semuanya akan menjadi baik. Kerja2 kita akan jadi lebih mudah, orang-orang di sekeliling kita juga akan ikut merasa senang bila tengok kita senyum.
Kita senyum lagi... bukan kerana kita bahagia disebabkan hari ini indah. Sebaliknya kita senyum dan hati merasa bahagia sebab dari senyum kitalah maka hari ini akan ikut jadi lebih indah.
Berbahagialah kita jika dapat membantu orang lain tak kira walau dalam sekecil-kecil perkara. Dikatakan kebahagiaan ibarat tanaman, akan kering dan layu jika tak disiram. Kebahagiaan mesti disiram tiap hari dengan cara membantu sesama kita melalui tindakan memberi. Latih diri untuk memberi bukan sekadar tunggu untuk menerima.
Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Senyuman kepada saudaramu (muslim) adalah sedekah, menyeru kepada ma’ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah." (HR Tirmizi)
"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).