HAKIKAT SHAHADAT

Sesungguhnya sahadat adalah merupakan rukun islam yang pertama dimanaseseorang itu ingin menjadikan islam sebagai cara hidupnya haruslah terlebihdahulu mengucap dua kalimah sahadat i itu:- Jadi sesungguhnya selagi sesorang itu tidak melafazkan dua kalimah sahadat makaselama itulah dia tidak boleh di iktiraf sebagai seorang islam.
Dalam pengertian syariat,dua kalimah sahadat itu ialah "aku menaik saksi bahawatiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku menaik saksi bahwa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Sesungguhnya ramai diantara kita hanya pandai melafazkan ucapan dua kalimahsahadat itu tetapi jarang benar dikalangan kita cuba mengkaji atau sekurang2nyamenyoal diri sendiri tentang hakikat pengertian hujung jatuhnya sahadat itusendiri,kita lihat ibu bapa kita melafazkan sahadat maka kita pun turut berbuatdemikian,namun begitu tak pernah bertanya kenapa kitaharus melafazkanyaDan kenapa kita pula tidak boleh melafazkan satu bentuk penyaksian yang laindaripada dua kalimah sahadat.Disamping itu tidak kurang pula dikalangan kita bertanya kenapa LA ILA HA ILLAALLAH itu boleh membawa pengertian "tiada tuhan yang di sembahmelainkan Allah" sedangkan di dalam kalimah tersebut tidak pernah terdapatperkataan tuhan (RABB) dan tidak pula terdapat perkataan sembah (PAK BUDUUHU) tetapi di dalam pentafsiran erti baik bahasa oleh para ulama syariat ada perkataan "tuhan" dan "sembah" dan kenapa pula sahadat tersebut tidak bolehdikatakan begini......لyang mungkin lebih sesuai untuk diberi erti "tiada tuhan yang disembah melainkanAllah" tetapi islam tetap mengunakan lafaz sahadat dengan.. yang membawa pengertian kepada tiada yang nyata hanya Allah.

TIADA NYATA HANYA ALLAH Jadi boleh disimpulkan di sini bahawa pengertian yang dibuat oleh para alim ulamasyariat adalah jauh,tidak menepti daripada matlamat sebenar yang hendak dinyatakan oleh sahadat itu sendiri disamping itu soalnya apakah perkataan Allahdi dalam sahadat itu boleh di samakan kepada tuhan dan apakah sebenarnyabegitu..??Begitu juga apabila kita melafazkan .. itu apakah benar membawa satu pengertian kepada "Nabi Muhammad itupersuruh Allah" jika benar begitu kenapa Nabi Adam Alaihimusallam bapasekalian manusia juga mengucap sahadatnya dengan mengkhabarkan sahadatnyaitu dengan lafaz Muhammad Rasulullah dan seterusnya Nabi Ibrahim,Nabi Ismaildan rasul2,wali2 Allah sebelum zahir Nabi Muhammad saw mengucap denganucapan yang sama atau dalam hal yang lain ada dikalangan kita akan berkatanabi2 sebelum zahirnya Nabi Muhammad mengucap dengan cara lain, jika benarbegitu apakah mereka difahamkan bahawa islam itu hanya baru ujud pada zamanMuhammad saw dan benarkah islam tidak pernah ujud sebelumnya,dan jika benarucapan Muhammad RasuluLlah itu fahaman kepada Nabi Muhammad,kenapapula Nabi Muhammad juga mengucap seperti kita mengucap sekarang,dan kenapapula RasuluLlah tidak mengucap begini... yang lebih sesuai membawa kepada pengerian "aku naik saksi tiada tuhan yangdisembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa akulah persuruh Allah"

Pendek kata banyaklah lagi persoalan-persoalan yang harus ditanya oleh kita apabila kitamelangkah dan berusaha mencari dan menggali pengertian sahadat yangbenar,justeru itu marilah kita membincangkan bersama-sama akan hakikat sahadatmengikut pandangan hakikat dan makrifat dan marilah kita sama-sama menggalimakna hujung jatuh sahadat itu sendiri agar kita sama-sama dapat memahaminyadengan mendalam dan dapat pula berpegang dengan pemahaman kita itu.

Adapun kalimah sahadat itu adalah:- dan sesungguhnya adalah dinamakan sahadat tauhid dan.. adalah pula sahadat rasul.Sebab kalimah..LAILAHAILLALLAH.. dinamakan sahadat tauhid adalah didalamkalimah tersebut kita bersaksi dengan penuh rasa bahawa tiada yang lain hanyaAllah semata2 tiada bersekutu baginya dalam segala2 hal dan tiada sesuatu punyang bercampur aduk denganya kecuali DIA sendiri,oleh itu kita bersaksi dengandiri kita sendiri tiada yang nyata pada kita hanya Allah semata2,kita nafi tubuhkita dan kita isbatkannya kepada Allah semata-mata (diri batin kita)
  
Adapun kalimah itu dinamakan sahadat rasul,sebab pada kalimah ini kita melafazkan bersaksibahawa yang menyampaikan dan menanggung diri rahsia Allah adalahMuhammad iaitu diri zahir kita,dan dengan melafazkan kalimah tersebut makaberikrar dan bersaksilah kita dengan diri kita sendiri bahawa diri zahir kita tetapakan menanggung rahsia Allah dan akan menjaganya buat selama2nya.Adapun hakikat ketuhanan itu adalah diri batin kita (ruhani),dan hakikat kerasulan itu adalah diri zahir kita (jasmani)Diri batin adalah sebenar-benar diri yang menyatakan rahsia tuhan dan untuk menyatakan diri rahsia Allah tersebut adalah diri zahir kita...jadi diri zahir kitalahyang menyatakan rahsia ketuhanan Allah Taala,oleh yang demikian diri zahir kitadigelar HAKIKAT RASUL.

APABILA KITA MELAFAZKAN:- TIADA NYATA HANYA ALLAHMAKNAYA: tiada nyata hanya Allah....dari sini jelaslah kalimahLAILAHALILLAH itu sudah terang diri batin kita,bila saja kita melafazkankalimah tersebut dengan jelas kita memperakui dengan sesungguhnyabahawasanya tiada nyata hanya DIAlah Allah yang dikandung oleh tubuh zahirkita.

ADAPUN KALIMAH: MUHAMMADRASUL ALLAH pula menyatakan dirikasar kita kerana hakikat bentuk manusia itu berhakikat dengan huruf M U H AM M A D , justeru itu menakala kita melafazkan kalimah. Maka kalimah yang telah dilafazkan itu adalah meliputi pada menyatakan diribatin dan diri zahir kita (ruhani dan jasmani) iaitu kita menyaksikan bahawa yangdikandung oleh diri kasar ini adalah diri rahsia Allah Taala dan diri kasar inilah

merupakan sarung, seperti firman Allah yang bermakna :MANUSIA ITUADALAH RAHSIAKU DAN AKULAH RAHSIANYA"

Allah Taala telah mengurniakan manusia untuk memegang dan bertangungjawabterhadap rahsia yang ditanggung oleh manusia itulah Allah Taala memberi satupenghormatan besar terhadap kejadian manusia...seperti firman-Nya.... sesungguhnya Aku kurniakan akan manusia itu satu kejadian yang sebaik-baiknyanya.Kejadian manusia adalah satu2 kejadian yang paling rapi,elok tersusun pada zahirdan batin,duduknya kemuliaan manusia adalah kerana manusia sahajalah kejadianAllah yang sanggup memegang rahsianya,sedangkan sebelumnya Allah sendiripernah menawarkan rahsia ini kepada langit,bulan,bukit untuk menanggungnyatetapi semuanya makhluk kejadian tersebut tidak mempunyai kesanggupan untuk menanggungnya:- seperti firman Allah yang bermaksud:" sesungguhnya rahsia akuini pernah aku taruhkan kepada langit,bumi,gunung-ganang tetapi mereka engganmenerimanya kerana takut mengabaikannya,tetapi yang sanggup menerima adalahmanusia".Dari itu apabila kita mengucap akan kalimahلmaka bererti kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata padadiri kita hanya Allah semata-mata dan tubuh zahir kita ini adalah tukang penyatarahsia Allah semata-mata

Adapun solat itu adalah berdiri menyaksikan diri kita sendiri,kita menyaksikanbahawa diri kitalah yang membawa dan menanggung rahsia Allah Taala dan tiadasesuatu pada diri kita hanya rahsia Allah semata2,tiada satu jua pun yang kitapunya kecuali hak Allah semata-mata,jika diibaratkan kita ini hanya sebagai sebuahkotak radio yang hidup dengan mengharapkan siaran dari stastion besarsemata2,dan perlu di ingat bahawa berfungsinya radio tersebut kerana dapatmenerima gelombang siaran dari station besar,yang demikian jika habislah siaranatau rosaknya penerimaan siaran maka sudah tentu kotak radio tersebut akandibuang menjadi sampah,maka begitulah kita.Kita akan berguna di sisi Allah jika kita dapat menanggung amanah rahsia ituserta dapat berfungsi dan bertindak mengenal diri kita sendiri,kerana apabila kitaberjaya dapat mengenal diri kita,maka dengan itulah pula kita dapat mengenal diriAllah itu sendiri...firman Allah dalam hadis qudsiertinya,barangsiapa mengenal dirinya maka kenallah tuhannya.Oleh itu jika kita tidak mengenal diri kita,maka kita adalah lebih hina daripadasampah di sisi Allah.

Adapun sembahyang/solat itu bukanlah sekali ertinya menyembah kerana apabiladisebut sembah,maka sudah tentu membawa pengertian bahawa ada yangmenyembah dan ada pula yang kena sembah dan tiap tiap yang disembah sudahpasti ada di hadapan yang menyembah.Justeru itu bagaimana halnya dengan Allah yang bersifat bersalahan denganbenda-benda itu ujud,ujud dihadapan untuk di sembah,dan jikalau Allah dihadapanya maka ertinya Allah bertempat,jika ini iktikad kita maka kafirlah kita jadinya.Lagi pun bagaimana boleh dikatakan sembahyang itu boleh disifatkanmenyembah sedangkan manusia itu sendiri pun adalah diri rahsia Allah sepertifirman Allah dalam Hadis Qudsi; "ertinya : manusia itu adalahrahsiaKu dan diri Akulah rahsianya".

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa sembahyang itu sebenarnya adalah satuistiadat menyaksikan diri sendiri dan sesungguhnya diri kita itu adalah kepunyaanAllah semata-mata.Dan sugia di ingatkan bahawa keadaan yang dinyatakan di atasbukanlah sekali kita boleh beriktikad bahawa Allah Subhanahuwatallah itu duduk di dalam diri kita,jika kita beranggapan bergitu maka kafirlah jadinya dankeadaan yang diterangkan di atas juga bukan sekali-kali boleh beriktikad bahawadiri batin kita (ROH) itu tuhan dan bertuhankan diri,maka berbuat demikian kafirpula jadinya.Perlu di ingatkan bahawa kita adalah sebagai kotak radio yang menerimagelombang radio dan rahsia radio,maka untuk menyatakan rahsia radio tersebutadalah station yang memancar siaranya ke kotak radio,maka berbunyilah radioseperti mana asalnya di station besar.Bergitu dengan Allah,Dia memuji diriNyadengan diri rahsiaNya yang dikandung oleh manusia.Seperti firman Allah didalamHadis Qudsi yang bermaksud:AKU SUKA MENGENAL DIRIKU SENDIRI,LALU AKU JADIKAN MAKHLUK INI,LALU AKU PERKENALKAN DIRI AKU,KEPADA MEREKA DAN LALU MEREKA,PUN MENGENAL AKU.
Bermula yang dimaksudkan dengan makhluk di dalam hadis qudsi di atas adalahmanusia.Adapun yang dikatakan sembahyang itu berdiri menyaksikan diri kerana semasasembahyang kita wajib berkata :" ertinyabersaksilah aku bahawa tiada yang nyata kecuali Allah (diri batin) dan bersaksilahaku bahawa Muhammad (diri zahir) itu adalah penyaksian Allah (diri batin).Di sini terang dan jelaslah bahawa kalimah penting itu di lafazkan oleh kita bagitujuan supaya menilik diri kita dengan matahati kita,bahawa akulah yangmembawa rahsia Allah,dan kita menilik dengan mata zahir dan batin kita bahawakita adalah Allah semata-mata tiada sesuatu pada kita hanya Allah semata-mata.Ucapan penyaksian ini bukanlah sahaja dilafazkan oleh lidah malahan dikatakanbersama oleh semua anggota zahir dan batin kita,masing-masing serentak berdirimenyaksikan diri ini adalah Allah semata-mata)Maka di saat melafazkan sahadah tersebut maka gementarlah seluruh tubuh jiwaraga orang arifin billah,maka disaat itu terasalah oleh mereka satu kelazatan yang amat sangat,tiada bahasa yang boleh diterangkan di sini kecuali diketahuilahsendiri oleh mereka yang mengalami dan sampai pula ke martabatnya.
Untuk menegaskan hal di atas Allah Subhanahuwatallah telah berfirman di dalamAl-Quran ertinya" sesungguhnya bagi mereka yang beriman apabila sahaja disebut Allahnescaya gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat-ayatNya bertambahiman mereka kepada Allah mereka bertawakal.Adapun ertinya bersaksilah aku tiada yang nyata hanya Allah,iaitubersaksilah aku dengan telingaku,mataku,otakku,kulitku,dagingku,kakiku, danseluruh tubuhku yang zahir dan batin aku,tiada yang nyata kecuali Allah jua.Akumelihat dan mendengar dengan penglihatan Allah dan pendengaran Allah,tiadaaku merasa ,Allah lah merasa,tiada aku berkehendak,Allah lah yang berkehendak,tidak aku berkuasa,Allah lah yang berkuasa...tidak....tidak...tidakkkk...HANYAALLAH SEMATA-MATA
.Seperti firman Allah;..."Dimana sahaja kamu berhadap disitulah wajah Allah".Cara ini adalah dengan kita menafikan diri kita yang zahir ini dan mengisbatkandiri kita yang batin (Allah).

Adapun ertinya "dan bersaksilah aku bahawa diriku yangzahir ini adalah menanggung diri rahsia Allah semata-mata.Di dalam kalimah ini kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa diri kita jasmaniinilah yang menanggung dan membawa rahsia Allah (diri batin) dan diri kita yangzahir inilah juga yang menjadi dalil awal akan ujudnya Allah Tuhan semesta alam.Dengan yang demikian fahamlah kita bahawa kalimah sahadat itu adalah kalimahhakikat yang menyatakan penyambungan diantara badan jasmani dengan badanruhani kita,ianya tidak boleh dipisahkan dan diceraikan diantara satu dengan lain.Oleh kerana kita faham dengan hujung jatuhnya kalimah sahadah itu adalahhakikat penyambungan diantara ruhani dengan jasmani,maka setengah ulama'berpendapat bahawa tidak wajar bagi kita untuk melafazkan kalimah sahadahtersebut secara mewakafkan bacaan dimana-mana bahagian kalimah dua kalimahsahadah tersebut,adalah tidak kita mewakafkan di kalimah ALLAH seperti yangdiamalkan oleh kebanyakan orang jahil di dalam hakikat dua kalimahsahadah,kerana pada hakikatnya kita telah mengetahui bahawa tubuh kalimah duasahadah tersebut adalah gabungan ruhani dan jasmani kita.

Adapun ucapan dua kalimah sahadah yang hanya disebut dilafazkan dimuluttampa mengerti apakah sebenar hakikat sahadah tersebut adalah dinamakansahadah tanda,hujung jatuh akan hakikat sahadah tanda ini adalah bertujuansupaya satu-satu masyarakat yang mengaku diri mereka islam,turut samamengiktiraf bahawa manusia yang mengucap dua kalimah sahadah semacam tadiadalah berugama islam seperti mereka juga. tetapi sebenarnya sahadah sedemikianitu adalah kosong dan tidak memberi erti apa-apa serta tidak bermaya, ertinya jikadi ibaratkan besi maka besi seperti inilah besi tawar yang tidak pernah mengertiapa makna tajam,ia hanya bergelar besi tetapi tidak berguna untuk apa-apa juapun kerana perlu di tegaskan bergunanya besi bagi sebilah pisau adalah keranatajamnya.Tajam itulah sebenar benar tubuh pisau itu,oleh sebab itu bagi merekayang hanya mengerti melafazkan dua kalimah sahadah tetapi jahil daripadamengerti hakikat sahadah maka manusia begini adalah manusia islam minannasdan ianya bukan sekali kali islam minallah,oleh itu untuk menjadi islam minallahmaka seseorang itu haruslah mengerti dan mengetahui dan memahami serta dapatduduk pada hakikat sahadah sebenarnya. HURUF-HURUF KALIMAT SAHADAT 24 HURUF MELAMBANGKAN 24 JAMSEHARI SEMALAM. Adapun kalimah sahadat ini hendaklah dijadikan darah daging kita pada siang malamselama 24 jam ertinya hidup kita,mati kita,bangkit kita dihari kiamat nanti adalah dengankalimah sahadat
ertinya:hidupku didalam dunia ini,matiku dan bangkitku dihari akhir nanti didalamkalimah (sahadat) dan insallah aku menjadi orang yang amin. disamping itu diingatkan bahawa didalam kalimah tauhid jiga mengandungi 24 huruf semuanya bagi menandakan kehidupan manusia 24 jam dalam sehari semalamsebagaimana yang dinyatakan dalam bab yang lalu bahawa kalimah sahadat itu adalah pada menyatakan perihal diri ruhani dan jasmani kita.Kalimah ini adalah tersangat penting didalam penghidupan kita untuk menuju kepada Allah Subhanahu wataala. Oleh itu janganlah dipisahkan manusia samasekali dua kalimah sahadat didalamkehidupan kita,jika ingin menjadi manusia yang diredhai di dunia dan diakhirat dan jangan sekali2 kita mati tampa kalimah sahadat.
( 24 huruf) (bagi mengisyaratkan kehidupan/penghidupan manusia 24 jam sehari semalam.) Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segalasudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap. Ahli Hakikat hanya ada satu arahiaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri. "Ke mana saja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah" (Al-Qur-an) "Ke mana saja kamu memandang", sama ada dengan deria atau akal atau khayalan, makadi situ ada Wajah Allah". Oleh itu dalam tiap-tiap ain [di mana] ada ain (Zat Ilahi) dansemuanya adalah "La ilaha illalLah" (Tiada Tuhan Melainkan Allah).
Dalam "La ilaha illalLah" semua wujud ada terkandung, iaitu Wujud Semesta Raya danWujud secara khusus; atau Wujud atau apa yang dianggap Wujud; atau wujud Hakiki danWujud makhluk. Wujud makhluk tertakluk kepada kepada "La ilaha" yang bererti bahawa segala-galanyakecuali Allah adalah kosong(batil), iaitu dinafikan bukan diisbatkan. Wujud Hakikitermasuk dalam "illaLlah". Oleh itu semua kejahatan tertakluk di bawah "La ilaha" dansemua yang dipuji tertakluk di bawah "illaLlah". Semua wujud terkandung dalam mengisbatkan Keesaan (La ilaha illaLlah) dan andamesti memasukkkannya juga dalam menamakan hamba yang paling mulia (dalammengatakan Muhammadun RasuluLlah). "Muhammadun RasuluLlah" ini mengandungi tiga alam.

Muhammad itu menunjukkan Alam Nyata(Alam Nasut); iaitu alam yang boleh dipandangdengan deria(senses). Rasul itu menunjukkan Alam Perintah(Alam Malakut); iaitu Alam batin berkenaanrahsia-rahsia tanggapan yang mujarad; dan ini terletak antara yang muhaddas denganYang Qadim. Nama Ilahi(Allah) itu menunjukkan Alam Pertuanan(Alam Jabarut). Lautan darinyaterpancar pengertian dan tanggapan. "Rasul" itu sebenarnya pengantara yang muhaddas dengan Yang Qadim; kerana tanpa diatidak akan ada wujud, kerana jika yang muhaddas bertemu dengan yang Qadim, maka binasalah yang muhaddas dan tinggallah Yang Qadim.
Apabila Rasul diletakkan pada tempatnya yang wajar pada kedua itu, maka barulah alamini diperintahkan, kerana pada zhohirnya ia adalah hanyalah seketul tanah liat, tetapi batinnya ia adalah khalifah Allah. Pendeknya, maksud mengisbatkan Tauhid itu tidaklah sempurna dan tidaklah meliputitanpa diisbatkan Keesaan atau Tauhid Zat, Sifat dan Lakuan. Pengisbatan itu difahamidari "Muhammadun RasuluLlah". Apabila seorang ahli Makrifat berkata "La-ilaha illaLlah" maka ia ketahui padahakikatnya bukan hanya pada majazi sahaja, iaitu tidak ada jalan lain melainkan Allah.Oleh itu wahai saudaraku, janganlah hanya mengucapkan dengan mulut saja syahadahyang mulia ini, kerana dengan itu mulut sajalah yang akan mendapat manfaatnya. Dan ini bukanlah matlamat yang hendak dituju. Yang pentingnya ialah Mengenal Allah sebagaimana Ia sebenarnya."Allah itu dahulu seperti Ia sekarang jua tanpa sekutu, dan Ia sekarang seperti Ia dahulu jua". Fahamilah ini, dan anda tidak akan dibebankan lagi dengan penafian, dan tidak ada yangtinggal bagi anda lagi melainkan pengisbatan agar apabila anda berkata anda akan berkata; "Allah, Allah, Allah". Tetapi kini hati anda dibebankan dan pandangannyalemah. Semenjak anda dijadikan anda hanya berkata; La-ilaha........ tetapi bilakah penafian itu akan berkesan?. Bahkan ia tidak berkesan kerana penafian itu hanya denganlidah sahaja. Jika anda nafikan dengan Akal iaitu dengan Hati anda dan rahsia anda yang paling dalam, maka seluruh alam ini akan lenyap dari pandangan anda dan anda akanlihat Allah sendiri, bukannya diri anda sendiri dan juga makhluk-makhluk lain.
KaumSufi menafikan wujud yang lain kecuali Allah. Maka mereka mencapai kedamaian dankerehatan dan terus memasuki KalamNya. Mereka tidak akan keluar lagi. Tetapi penafiananda tidak ada langsung hujungnya............ Ghirullah(selain Allah) tidak akan lenyap dengan hanya mengatakan "tidak" dengan lidahsahaja; dan belum sempurna juga lagi dengan mata keimanan dan keyakinan, tetapi akanlenyap dengan pandangan secara langsung dan berhadapan muka."Sesungguhnya Allah itulah matlamat anda yang terakhir" (Al-Qur'an).Dialah sumber segala-galanya. Maka anda tidak perlu lagi nafi dan tidak perlu isbat. Iniadalah kerana Yang Wajib itu telah memangnya isbat walaupun belum anda isbatkan, danyang ghairullah itu sememangnya nafi walaupun sebelum anda nafikan. Tidakkah anda ingin menemui guru yang dapat mengajar anda bagaimana menafikanghairullah dan membawa anda kepada kedamaian di mana anda dapati tidak ada yanglain kecuali Allah?.
Maka barulah anda hidup dengan Allah dan dapat menjadi penghuni"Dalam tempat tinggal orang-orang yang ikhlas di Majlis Tuhan Yang Maha Agung", danini adalah semuanya hasil daripada ingat anda dan makrifat anda bahawa "Tiada Tuhanselain Allah". Anda tahu kata-kata Syahadah itu sahaja dan yang paling dalam yang anda tahu ialah berkata; "Tidak ada yang patut disembah melainkan Allah". Ini adalah pengetahuanorang-orang awam(biasa) tetapi apakah kaitannya dengan pengetahuan atau ilmu orang-orang Sufi?.Pengetahuan anda yang sekarang itulah yang menghalang anda memahami pengetahuanorang-orang pilihan(Sufi). Masihkan anda menafikan pengetahuan yang didapati dari bimbingan guru menuju Hakikat, padahal mereka yang dipimpin itu memandang tidak yang wujud kecuali Allah? Mereka bukan sahaja mengenal Allah dengan Iman dankeyakinan saja, tetapi mereka memandang dengan cara pandangan yang terus tanpahalangan. Omong kosong tidak sama dengan melihat, bertemu muka. Rujuklah mereka yang arif billah..
Comments
0 Comments

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

kasih komentar