Iman itu ialah tasdiq dan amal. Apabila wujud tasdiq baharulah ada amal, tiada amal tanpa tasdiq. Tasdiq yang dimaksudkan di sini merangkumi seluruh aspek yang datangnya dari Allah melalui Rasulullah s.a.w.
Tasdiq bererti menerima sepenuhnya apa yang terkandung di dalam dua kalimah syahadah. Ini bermakna membenarkan rububiyyah dan uluhiyyah Allah, dan membenarkan kerasulan Rasulullah s.a.w serta segala apa yang dibawanya.
Maudu' kepada amal terdiri dari dua sudut. Sudut pertama bersifat 'itiqadi dan sudut kedua bersifat ' amali atau pelaksan
4.1 Sudut I’tiqadi
ni bererti seseorang muslim itu mestilah meyakini bahawa semua perkara yang telah ditetapkan sebagai wajib oleh Allah melalui Rasul-Nya adalah wajib dilaksanakan. Menafikan wajibnya amal-amal seperti salat, zakat, haji, puasa, berjihad di jalan Allah adalah perbuatan ingkar. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipan amal-amal ini maka ia telah kufur.
4.2 Sudut Amali

Melaksanakan amal-amal yang telah diwajibkan oleh Allah merupakan maudu' amal yang kedua. Ini bererti seseorang mu'min itu bukan sematamata meyakini kewajipan-kewajipan yang telah disyari'atkan oleh Allah, tetapi ia mempraktikkan keyakinannya melalui tindakan dan perbuatan.
Dari sini jelaslah bahawa secara umum dalam hal ini, telah nyata bahawa amal itu ialah tuntutan iman. Amal yang wajib itu mesti dii'tiqadkan sebagai wajib dan yang sunat itu sunat dan yang haram itu haram. Setelah i'tiqad ini baharulah dilaksanakan segala amal-amal tersebut menurut kedudukannya: iaitu yang wajib dilaksanakan, yang haram ditinggalkan dan yang sunat diusahakan sedaya upaya bagi menyempumakannya.
Sesiapa yang beri'tiqad yang wajib itu haram atau yang haram itu wajib beliau telah menjadi kafir. Malah sesiapa yang mempersendakan perkara sunat dengan niat untuk menghina Rasulullah s.a.w dan amalannya, maka ia telah jatuh menjadi kafir. Na 'uzubillah!.
Oleh itu dapatlah diaimpulkan bahawa iman itu adalah tasdiq dengan hati dan ikrar dengan lidah. Setelah itu syarat kesempumaan iman pula adalah beramal dengan segala yang telah ditetapkan oleh Allah dalam syari'atNya..