TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 10 : (BAH 1) LANGKAH-LANGKAH UNTUK KEMBALI KEPADA IMAN SETELAH TERKELUAR

Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan barangsiapa di antara kamu yang murtad dari din-Nya iaiu ia mati, sedang dia dalam kafir, maka telah habislah amalannya di dunia dan akhirat. Maka mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah: 217)

Sesiapa yang menyatakan atau melakukan sesuatu yang tidak dapat diertikan melainkan kufur, maka ia telah melakukan satu jenayah sekiranya mati dalam keadaan tidak bertaubat maka ia mati sebagai seorang kafir. Luputlah kedudukannya di dunia ini sebagai seorang yang beriman dan di akhirat dia dimasukkan oleh Allah dalam golongan orang­ orang kafir.

Orang-orang yang murtad dan kemudian sedar dan hendak kembali kepada iman hendaklah mengikut langkah-langkah yang telah ditunjuk­kan oleh al-Qur'an. Firman Allah yang mafhumnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (makhluq) yang dapat mela'nati. Kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (Al Baqarah: 159-160)
"Kecuali orang-orang yang bertaubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (al-Din) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) din mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar." (An-Nisaa' : 146)

Langkah-langkah yang digariskan oleh kedua ayat di atas adalah seperti berikut: 

1.    Bertaubat
Orang yang murtad itu hendaklah bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Menyedari kesalahannya, menginsafi keterlanjurannya, ber'azam untuk tidak mengulanginya dan menanamkan perasaan benci untuk kembah kafir semula setelah iman. Wajib baginya mengucapkan semula dua kalimah syahadah.

2.     Mengadakan Islah atau Pembaikan
Dia hendaklah mengadakan pengislahan yang sepenuhnya dalam hidupnya. Sekiranya dia murtad oleh kerana ucapannya yang maka wajib baginya belajar dari orang-orang yang ber'ilmu. Sekiranya kekafirannya disebabkan oleh pengaruh cara hidup, kawan-kawan atau kumpulannya, maka wajib dia menukar cara hidup tersebut serta meninggalkan kawan-kawan dan keluar daripada kumpulan yang telah disertainya sebelum itu.

3.     Menerangkan Kebenaran
Wajib baginya untuk menyatakan, menerangkan atau mengisytihar­kan taubatnya kepada kaum muslimin. Hendaklah dia menyatakan kesalahannya dan membuktikan di dalam hidupnya kemudian bahawa dia telah meninggalkan ucapan-ucapan atau perbuatan­perbuatannya yang telah menjadikan ia murtad. Tujuan diadakan penerangan ini adalah dengan tujuan untuk membersihkan kekeliruan yang terdapat di kalangan umat Islam daripada kenyataan orang tersebut. Malah untuk menjadikan orang-orang yang terpengaruh dengan ucapan atau perbuatannya menyedari bahawa ucapan atau perbuatan tersebut adalah salah.

4.    Berpegang Teguh Kepada Al-Din Allah
Orang tersebut hendaklah berpegang sepenuhnya kepada ajaran Islam. Melaksanakan yang diperintahkan Allah dan meninggalkan segala yang dilarangNya. Sekiranya dia tidak berpegang teguh dengan ajaran Islam adalah dikhuatiri dia akan kembali kufur semula.  

Firman Allah yang mafhumnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian kafir, kemudian beriman(pula), kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi keampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang Lurus. " (An-Nisaa' : 137)

5.     Mengikhlaskan Diri kerana Allah
Orang tersebut mestilah mengikhlaskan seluruh amal dan tindakannya kepada Allah. Firman Allah yang mafhumnya:

"Padahat mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memumikan keta'atan kepadaNya dalam menjalankan din yang lurus. " (Al-Bayyinah : 4)

Setelah orang tersebut memenuhi kelima-lima langkah di atas barulah ia tergolong semula dalam golongan orang-orang yang beriman sebagaimana firman Allah yang mafhumnya: 

"Maka mereka itu adalah bersama-sama orang-orang yang beriman."
Comments
0 Comments

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

kasih komentar