Alhamdulillah Thank You Allah
Alhamdulillah dapat jam tangan baru sempena hari jadi. Dah rasa lama dah tangan tak pakai jam sebab jam kesayangan yang dah tahan bertahun-tahun itu baru-baru ini telah ditakdirkan hilang. Dah puas cari kat rumah, tak jumpa-jumpa. Wallahu'alam tertinggal kat mana.
Inilah rupa jam tangan baru yang sama rupanya dengan jam yang hilang dulu. Alhamdulillah.. tQ suamiku...
Anak2 pula hadiahkan telekong solat Vietnam sempena hari jadi. Alhamdulillah tQ anak-anakku. Cantik telekongnya, ada roses lagi timbul-timbul..mama suka.. :)
Terimakasih ya Allah kerana menghadiahkan diriku nikmat setahun lagi usia. Moga2 ada keberkatan dalam umurku ini.. aminn.. Dalam usia yang tersisa ini terasa begitu banyak keinginan yang ingin dicapai. Moga ada kekuatan untuk mencapai maksud.. ya Allah bantulah hamba menjadi hamba-Mu yang taat dan bertaqwa di sisi-Mu..aminn.. Teringat kata2 ustaz dalam Kuliah Maghrib malam tadi, gunakanlah sebaik-baiknya nikmat yang Allah beri dalam usaha kita mencari keredhaan Allah. Itu tanda syukur kita atas nikmat Allah.
Alhamdulillah Thank You Allah....
...sedutan pengisian Kuliah Maghrib malam tadi -
Rukun bagi seseorang hamba ialah sentiasa menjadi hamba yang bersyukur. Sentiasalah kita berterimakasih kepada Allah. Siapa yang syukur, pasti hidupnya tenang, rasa diri kaya, rasa memadai dengan apa yang ada, rasa sentiasa cukup. Berbeza dengan orang yang tak bersyukur... akan selalu rasa tak cukup, tak pernah cukup-cukup sebab tiada rasa syukur, tidak memada dengan apa yang ada.
Orang yang meniaga contohnya, jika hari ni dapat RM60 tetap rasa syukur... ucap terimakasih ya Allah. Bila dapat RM300 pun ucap terimakasih ya Allah...
Bagi mereka yang bersyukur itu, ada nikmat sehingga dengan rezeki yang Allah kurnia itu menjadi penyebab untuk lebih kasih dan lebih damping dengan Allah. Orang yang syukur itu sentiasa mensyukuri nikmat.. nikmat makan, pakai, tempat tinggal, keluarga, kasihsayang, silaturrahim dan segala macam nikmat lagi. Dapat bangun malam bertahajjud, ucap Alhamdulillah terimakasih ya Allah. Rasa syukur Allah anugerahkan nikmat dapat terjaga dan bangun di tengah malam untuk solat malam, suatu nikmat yang tak semua orang dapat. Kadang hari ni isteri dapat, suami tak dapat nikmat itu. Kadang bila suami dapat, isteri pula tak dapat.
Sifat mukmin, orang yang hatinya tergantung pada masjid yakni hati sanubarinya sentiasa berpaut kepada masjid ... akan rasa bangga dapat nikmat ibadah... dapat solat berjemaah, dapat duduk dalam majlis ilmu.. rasa nikmat.. bersyukur.. sering ucap Alhamdulillah terimakasih ya Allah. Sesungguhnya masih ramai di luar sana yang tak dapat nikmat solat berjemaah Maghrib contohnya sebab di waktu orang sedang solat di masjid dia masih tersekat dalam kesesakan lalu-lintas pulang dari pejabat.
Orang yang dapat mengalirkan airmata kerana Allah begitu tipis hatinya. Hati tidak keras sebab mampu mengalirkan airmata. Kita ini jangan asyik banyak sangat ketawa. Biar mampu menangis sekali-sekala. Jika tak mampu hari-hari, latihlah untuk menangis seminggu sekali. Zikir sambil menangis...ingat dosa, ingat diri masih lalai, masih leka...
Kena latih menangis, biar sedih lahir dari hati. Kena tarbiyah diri kita, kena didik, bersihkan hati dengan taubat. Menangislah kita kerana Allah.
Syukur itu berhimpun ia tiga perkara iaitu ilmu, sifat dan perbuatan. Bila seseorang itu berilmu, maka dia akan tahu bahawa segala macam nikmat itu datang dari Allah. Isteri yang dimiliki, anak-anak, harta, kasih-sayang semuanya dari Allah. Orang yang ada ilmu akan tahu dan sedar hakikat bahawasanya nikmat itu semua dari Allah. Yang bagi alim, Allah. Yang bagi akal, bagi kecerdikan pada kita ialah Allah. Bila sedar hakikat itu, maka tidaklah kita rasa sombong, takde lah rasa diri begitu hebat dengan apa yang dimiliki.
Jika belum sedar, akan rasa duit tu duit aku, aku yang punya. Itu yang jadi tak cukup2, terus mencari lagi siang dan malam hingga lupa tanggungjawab sebagai hamba Allah. Cari dan terus cari harta, kumpul-kumpul tapi malangnya ditakdirkan mati tanpa sempat nak guna harta yang terkumpul. Harta yang tinggal, orang lain yang dapat. Kumpul barang kemas, simpan banyak-banyak tapi sampai masa orang datang curi, tak sempat pakai pun. Semasa masih di dunia, ada duit tapi tak dapat guna.. nak makan gula tak dapat sebab ada diabetis mellitus.. Semua ada asbab.
Oleh itu tiapkali dapat nikmat, bersyukurlah.. ucap Alhamdulillah. Allah menguji kita dengan dunia, harta, pangkat, kuasa dan sebagainya. Apakah kita ingat Allah atau lupa Allah? Apakah kita tetap mempunyai sifat hamba yang selalu bersegera tunaikan perintah Allah? Orang yang beriman, jika diuji senang tetap menjadi hamba Allah, diuji susah tetap menjadi hamba Allah, diberi kemuliaan pun tetap menjadi hamba Allah. Pastikan kita hamba yang sering menunaikan perintah Allah yang merangkumi perintah suruh dan perintah tegah.
Sebelum keluar mencari rezeki tunaikan dulu hak pada Allah. Jika tangguh atau belum selesai tugas pada Allah, dikhuatiri Allah nanti tangguh rezeki kita. Kita cuma diwajibkan tunai solat fardhu 5x sehari semalam. Tunaikan segera, jangan bertangguh-tangguh. Kerja dengan Allah dah pasti upahnya, dah pasti ganjarannya... percaya dan yakin itu, InsyaAllah.
Jika diuji sakit, pasti ada ubatnya. Namun sesuatu penyakit itu boleh sembuh tanpa ubat kerana yang memberi kesembuhan ialah Allah Taala. Jangan berpegang bahawa kita sembuh dari penyakit sebab makan ubat. Makan ubat hanyalah salah-satu ikhtiar kita, selebihnya kita berserah pada Allah kerana yang dapat menyembuhkannya hanya Allah. Kita akan sembuh dari penyakit dengan izin Allah.
Telah berfirman Allah Taala dalam surah An-Nahl ayat 53 :
"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah...."
Bila-bila masa saja Allah boleh ambil balik nikmat. Semua yang ada di dunia hanya bersifat sementara.. ianya tak lama.. semua sekejap...
Seorang mukmin bila sukacita dengan nikmat Allah maka akan membawa kepada lahirlah sifat dan kelakuan. Diri akan sujud dan patuh dengan perintah Allah. Lahir perasaan menghinakan diri tetapi dalam masa yang sama begitu membesarkan Allah. Terasa hina diri maka akan bersegera untuk tunai segala perintah Allah dan jauhi segala yang dilarang-Nya. Guna nikmat untuk ikut perintah Allah. Bila bertambah umur makin bertambah ilmu, makin bertambah ibadah. Bila bertambah pandai, tidak sombong diri sebaliknya semakin terserlah sifat tawadhuk dan rendah diri.
Gunakan nikmat Allah dengan sebaik-baiknya. Contoh: Nikmat mata yang Allah anugerahkan, kita pakailah untuk melihat perkara2 yang Allah redha. Sentiasa tengok al-quran, hadis-hadis Rasulullah SAW, sentiasa tengok yang baik-baik sahaja. Jangan biarkan mata melihat benda-benda haram contoh bila tengok perempuan yang tak menutup aurat, mulut ucap Astaghfirullah... panjang istighfarnya tapi malangnya mata tetap di sana tak mahu beralih-alih. Jadi jika berhadapan dengan keadaan sedemikian, eloklah cepat-cepat alihkan pandangan. Jangan tetap memandang, usahakan untuk cepat-cepat alih pandangan.
Nikmat harta yang Allah anugerahkan, kita gunakanlah untuk perkara kebajikan dalam memburu redha Allah. Buat sendiri atau tempah roti canai untuk bagi makan orang mengaji misalnya. Banyak-banyak kita bersedekah di jalan Allah. Maka InsyaAllah nanti akan lahir keberkatan atas nikmat harta.
Moga2 ilmu dapat suluh diri. Mengaji dapat ubatkan hati yang sakit, sebab yang sakitnya kita bukan orang lain. Maka kita suluh diri masing-masing. Wallahu'alam.
1 Comments
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Yprovunfulcdzu_Omaha Angela Wilson https://wakelet.com/wake/1MdkjiguoD_OI4DNoLjOU
BalasHapusdowsdelizi