Pagi ni bila bukak blog, tertera hadis yang membuka lembaran di pagi tahun baru Masihi 1/1/2013...
Dari Abu Bakar As-Siddiq r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa selalu beristighfar kepada Allah, dia tidak akan digolongkan dikalangan orang yang melakukan dosa walaupun dalam sehari dia melakukan tujuh puluh dosa. (HR Abu Daud)
Begitu besar kelebihan buat orang yang selalu beristighfar.
Teringat semalam, semasa sedang menunggu anak yang sedang tampal gigi di klinik kesihatan berhampiran, saya menghabiskan masa menunggu yang panjang dengan membaca buku kecil yang selalu standby ada dalam handbag saya. Bukunya ialah Andainya Engkau Tahu terbitan Telaga Biru.
Alhamdulillah sempat hafal doa pergi ke masjid yang sebelum ini kalau nak baca masih kena tengok buku. Alhamdulillah akhirnya berjaya ingat, jadi lepas ni dah tak payah dah nak tengok buku semasa on the way ke masjid.
Dah settle kat klinik gigi, kena menunggu lagi untuk nombor giliran dipanggil di BSN. Sikit punya ramai orang... ish ish. Sambung lagi membelek buku kecil tu, di mana tiba-tiba mata terpaku dekat bab Istighfar. Disebut bahawa, Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam buku at-Taubah Ila Allah ada menyatakan,
kelebihan beristighfar dan bertaubat ialah:
- orang yang bertaubat disayangi Allah
- orang yang bertaubat didoakan oleh para malaikat
- orang yang bertaubat diampunkan Allah
- orang yang bertaubat diberikan pelepasan oleh Allah daripada segala masalah
- orang yang bertaubat dimurahkan rezekinya oleh Allah
- orang yang bertaubat ditinggikan kedudukannya oleh Allah
- bertaubat merupakan ciri orang yang beriman.
Mari kita sentiasa beristighfar memohon ampun dari Allah. Duduk saja2 kita ucaplah "Astaghfirullah hal'adzim". Daripada membiarkan masa berlalu sia-sia semasa memandu ke mana2 atau semasa menunggu sepertimana pengalaman menunggu 2 - 3 jam yang saya lalui semalam, maka elok kita isikan masa dengan beristighfar dan lain-lain zikrullah. InsyaAllah beroleh ganjaran pahala dan masa tidak terbuang sia-sia. Dan lagi, masa menunggu yang lama tidaklah nanti terasa begitu menyesakkan dada... alhamdulillah.. :)
Mari kita beristighfar. Ucapkan...
atau;
atau;
Istighfar yang ringkas
atau;
Penghulu Istighfar:
Selamat sambut tahun 2013
Bimbingi diri dengan doa dan zikir
hargai nikmat Allah
mohon ampun pada-Nya...
Dari Ibnu ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka. (HR Abu Daud)
Wassalam