Dalam perjalanan balik dari pasar, tiba-tiba rasa teringin nak makan cendol. Terus pusing kereta menghala ke gerai cendol yang lokasinya kira-kira 5 minit perjalanan. Tapi terfikir jugak, dah siap ke cendol nya time tu, tengok jam baru pukul 10... ish rasa macam pagi benar la pulak...
Tapi tak kira, singgah jugak kat gerai cendol tuan karkun tu. Yang tau tuan gerai tu seorang karkun sebab ingat en suami pernah cerita, ada sekali dulu pernah sama2 dalam jamaah 'keluar 3 hari' dengan tuan gerai dan pembantunya.
Ok berbalik cerita pasal cendol, tanya2, alhamdulillah dah ada pun. Hepinya rasa... '....satu ya dik, bungkus..", kata saya pada pembantu gerai.
Masa nak bayar, saya hulurkan rm1.50 pada adik tu. Tapi, err.. entah kenapa nampak adik tu macam teragak-agak pulak nak terima. Tiba2 isteri tuan gerai datang sambil tersenyum. Beliau mengambil duit dari pembantu gerai kemudian terus hulurkan balik pada saya sambil kata, "... takpe tak payah bayar... hari ni ada orang sponsor..."
"Oh iyake... lorr...alhamdulillah rezeki.. timakasihhh...", ucap saya sambil tersenyum suka.. Ish tak sangka pulak kejadian yang tiba2 terlintas nak makan cendol tu mengandungi hikmah... nak dapat cendol free rupanya... hasil sedekah seorang hamba Allah yang mencari pahala sedekah di hari Jumaat, hari yang mulia. Semoga diberkati Allah... ameen