Bismillahirrahmanirrahim
Nak cerita apa yang jadi kat pejabat post semalam.
Semalam lepas breakfast lebih kurang, terus memecut ke pejabat post. Sesi menunggu biasalah... lama tak lama ada la lebih kurang dalam setengah jam. Kira tak lama sangat lah sebab nak sampai ke nombor saya tu, ada lagi giliran untuk 15 orang.
Nak jadi cerita, terserempak dengan beberapa orang rakan semasa sesi menunggu tu. Sapa menyapa lebih kurang hingga tiba2 datang seorang kawan lama yang sama2 pioneer di kawasan ini. Saling bertanya khabar, citer2 sikit sebanyak hingga tibanya masa untuk turn nombor saya dipanggil. Kawan saya sebelum tu dah berbisik mintak tumpang nak beli 'wang kiriman' yang berharga rm2. Jadi bila saya bangun ke kaunter, rakan tadi mengikut sama. Saya dah plan untuk tidak mengajak beliau, kiranya biar saya saja yang tolong belikan. Tapi tup-tup beliau ikut sama pergi ke kaunter. Bila selesai urusan saya, saya terus sambung minta untuk beli wang kiriman untuk kawan tadi yang sedang berdiri di sebelah saya. Namun... kedua2 kami tergamam seketika bila kerani di kaunter tersebut kata, "Satu nombor untuk satu orang... kena ambik nombor lain."
Bila saya berpaling pada kawan saya, beliau cepat2 mengangguk sambil kata..."tak pe..."
Aduhh... "...tak kan lah nak mintak beli wang kiriman rm2 pun tak boleh tumpang turn saya. Kalau kawan saya nak tunggu nombornya, kena tunggu giliran lagi 20 orang. Apa lah salahnya kalau tak ikut sangat sistem ciptaan manusia .. bukan ambik masa pun...nak tumpang beli wang pos je pun.. ", bebel saya dalam hati.
Kami berdua beredar dari kaunter. Bila pandang kawan saya, jelas tergambar rasa kecewa pada riak wajahnya..
"Takpe lah... kalu gitu saya balik dulu lah, petang nanti datang lagi... ", kata kawan saya sebelum kami berpecah membawa haluan masing-masing. (Nak kena datang lagi petang tu semata-mata untuk nak beli wang pos rm2)
"Sabar eh... ", kata saya semasa bersalam.
"Takpe... dia tak nak pahala...", balas kawan saya sambil tersenyum.
Harapnya kejadian seumpama itu tidak sering2 terjadi. Berlebih kurang lah, jangan terlalu berkira. Ada masanya tersedia ruang untuk kita merebut pahala. Lebih2 lagi jika hadir di depan kita orang yang betul2 desperate mengejar masa. Bagi yang tidak ada keperluan penting lain cerita, tapi bagi yang betul2 memerlukan kerjasama kita di masa2 tertentu, itu kira rugi lah kalau kita tak dapat nak tolong.
Teringat kata2 ustaz yang sering menjadi penawar....
"Bersyukurlah bila tiba-tiba ada orang datang pada kita mintak bantuan ataupun mintak derma/sedekah. Allah telah datangkan orang itu pada kita bukan kepada orang lain sebab Allah nak bagi peluang untuk kita merebut pahala..."
Wallahu'alam.