SOALAN
Apakah yang dimaksudkan dengan tasawwuf dari segi istilah?
JAWAPAN
Ma’ruf al-Karkhi mengatakan bahawa tasawwuf ialah pergantungan harap kepada Allah s.w.t dan tidak kepada makhluk. Menurut Abu Turab al-Nakhsyabi: Sufi itu ialah seseorang yang tidak dikotori oleh sesuatupun malah bersih daripada semua perkara.
Sahl bin Abdullah al-Tustari berkata: Sufi itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat, sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan Allah s.w.t dan tidak dengan manusia. Oleh yang demikian, di sisinya tidak ada apa-apa perbezaan antara emas dan lumpur.Al-Jurairi pula menyatakan bahawa: Tasawwuf ialah perlakuan akhlak yang tinggi dan meninggalkan perlakuan yang keji.
Al-Kattani menegaskan bahawa: Sesiapa yang membekalkan kamu akhlaknya yang terpuji maka dia telah menambahkan kebersihan jiwamu.
Dr. Abu al-Wafa’ al-Taftazani berkata: Oleh itu tasawwuf pada dasarnya adalah akhlak, dengan pengertian ini tasawwuf adalah ruh Islam kerana seluruh rukun Islam diasaskan kepada akhlak.