TOKOH SUFI KLASIK HARITS AL MUHASIBI KE 3:PAKAR MAKANANAN HALAL DAN HARAM



Abu Abdullah Al-Harits Ibn Asad Al-Basri Al-Muhasibi (dipanggil Muhasibi) dilahirkan di Basrah pada tahun 165 Hijrah ( 781 M). Sejak kecil sudah merantau ke Baghdad mencari ilmu. Ilmu yang diminatinya adalah ilmu Hadis dan Tasawuf.

Muhasibi terkenal dengan kisah tentang pemeliharaan Allah keatasnya dari menjamah makanan yang haram. Ketika dia menghulurkan tangan untuk mengambil makanan yang diragukan status halalnya, secara mendadak urat saraf dibelakang jarinya menegang hingga jarinya tak dapat digerakkan. Maka ketika itu, sedarlah Muhasibi bahwa makanan itu tidak halal.

Al-Junaid bercerita, "Suatu hari aku berjumpa dengan Muhasibi disuatu majlis perkahwinan. Dia nampaknya sedang lapar. Lalu aku mengatakan kepadanya, "Pakcik..aku akan memberikan makanan untukmu."

"Terima kasih," jawab Muhasibi.

Lalu Junaid pun pergi ke tempat menyimpan makanan. Dia mengambil baki kuih majlis perkahwinan tersebut dan menghidangkannya kepada Muhasibi. Tiba-tiba, jari tangan Muhasibi tidak mahu bergerak sesuai dengan keinginannya. Dia berusaha untuk memakan kuih tersebut dan membawanya hingga ke mulut. Namun kuih itu tetap tak mahu masuk. Maka dengan segera dia membuang kuih itu.

Lalu Junaid bertanya apa yang terjadi.

Muhasibi menjawab, "Aku memang lapar ketika itu dan ingin makan untuk menyenangkanmu. Tetapi Allah SWT memberi tanda khusus bahawa makanan yang meragukan tidak akan masuk ke mulutku. Bahkan, tanganku pun tidak mahu menyentuhnya."

Maka Junaid berkata, "Mahukah engkau datang ke rumahku?"

"Boleh saja," jawab Muhasibi.

Mereka pun berjalan ke rumah Junaid. Apabila tiba, tuan rumah segera menghidangkan roti buat tetamunya. Tangan Muhasibi lancar bergerak dan lancar pula menelannya.

"Inilah makanan yang paling sesuai untuk seorang seperti saya," ujar Muhasibi.

Comments
0 Comments

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

kasih komentar