Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala... bahagianya hati seorang ibu bila mendapat khabar gembira ini...
"Mama! kak ngah da khatam juz amma! Da siap tasmik dah ngan Hajar... Hajar kata, "Alhamdulillah... teruskan lagi ya..."
Hajar ni rakan sebilik kak ngah. Sejak jadi room-mate Hajar dari semester lepas, anak saya bagai disuntik semangat untuk ikut bersaing dengan Hajar. Hajar seorang hafizah yang bukan saja excellent akademik malah seorang puteri yang terjaga personalitinya. Subhanallah. Syukur alhamdulillah anakku direzekikan Allah dapat duduk dalam suasana yang kondusif terhadap agama. Saya perhatikan kak ngah masa pulang di hari minggu pun makin improve dalam bab berpakaian. Dah istiqamah pakai stoking dan sarung lengan. Gud kak ngah!
Kak ngah dan Hajar aktif dalam kerja amal, persatuan serta usrah. Kedua-duanya sering ikut serta dalam pelbagai 'Talk' yang berlangsung di dalam/luar kampus.
..ini masa keluar kutip derma untuk tabung Syria
Malam tadi dapat mesej kak ngah yang berbunyi...
"Mama! alhamdulillah mama tau tak kak ngah td dpt rezeki..mkn free.. he he.. n hari ni kak ngah lead usrahhh! huhuhu...=p"
Kita mula dengan Surah an-Naba' yang jumlahnya 40 ayat.. "ammayatasa alunn... "