Solat Jamak


Bismillahirrahmanirrahim
Pagi-pagi tadi anak saya duk ber-sms dengan kawannya yang sedang dalam perjalanan ke utara untuk hari pendaftaran matriknya.  Kawannya duk tanya2 pasal macamana nak solat Jamak. Jadi hendak kongsi tentang Solat Jamak di sini (hanya copy n paste), moga bermanafaat bagi yang belum biasa buat Solat Jamak..InsyaAllah

 Solat Jamak

Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada dua:

1) Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan 
- solat Zuhur dan solat Asar  dalam waktu Zuhur; atau 
- solat Maghrib dan solat Isya’ dalam  waktu Maghrib.

2) Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan 
- solat Zuhur dan solat Asar  dalam waktu Asar; atau 
- solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.


Syarat Solat Jama’ Taqdim

i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat  Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.

ii. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama  sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang  kedua (Asar atau Isya’).



Syarat Solat Jama’ Ta’khir

i. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

ii. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.


Contoh Niat untuk Jama’ Taqdim

i. Jama’ Taqdim (Empat Rakaat)

Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan  kepadanya Asar, tunai kerana Allah Taala


ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar ( Dua rakaat)

Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan  kepadanya Asar, Qasar kerana Allah Taala


Contoh niat untuk Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir (Empat Rakaat)

Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar, tunai kerana Allah Taala


ii.  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar  (Dua Rakaat)

Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan  kepada Asar, Qasar kerana Allah Taala



**QASAR
Qasar ialah menqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isyak' kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan.

(Sumber: Android, TQ)


Comments
0 Comments

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

kasih komentar