Kembali kepada al-Qur'an dan al-Sunnah bererti mendukung sepenuh apa yang terkandung di dalam keduanya. Ini bererti menjadikan al-gur'an dan al-Sunnah sebagai panduan, tidak ada yang lain, dalam menetapkan segala asas-asas kehidupan manusia dalam bidang-bidang perseorangan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Panduan ini juga bererti ia merangkumi seluruh kegiatan dalam kehidupan manusia seperti 'aqidah dan kepcrcayaan, tingkah laku dan akhlak, jual beli dan ekonomi, politik dan pemerintahan, ketenteraan dan hubungan antarabangsa dan seterusnya.
Dasar utama kepada cara untuk kembali kepada al-gur'an dan al-Sunnah adalah seperti berikut:
1. Menerima sepenuhnya tanpa ragu-ragu bahawa Islam adalah addin yang syumul, lengkap, dapat mentadbir dan mengurus seluruh aspek kehidupan manusia tanpa meminta bantuan dari sistemsistem yang lain dan dapat dilaksanakan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Penerimaan terhadap Islam dengan segala sifat-sifat yang dijelaskan tadi adalah kerana ia bersumber dari Allah dan telah ditunjukkan oleh Rasul-Nya.
2. Menerima dasar-dasar utama perintah-perintah dan pengajaranpengajaran yang terkandung di dalam al-gur'an dan al-Sunnah melalui memahami dan mengamati ruh dan isi kandungan keduanya
