TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 1 : (BAH 22) CARA-CARA MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN AKHLAK

Akhlak pada umumnya dapat diperbaiki berdasarkan firman Allah yang mafhumnya:

"dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang orang yang mengotorinya." (As-Syams: 7-10)

Cara cara memperbaiki akhlak adalah seperti berikut:

1.     Meningkatkan 'Ilmu untuk Mengenal Jenis jenis Akhlak

Seseorang mu'min wajib mempelajari apakah akhlak akhlak yang dituntut oleh syari'at Islam dan apakah akhlak akhlak yang dikejinya. 'Ilmu yang membantu mengenali yang manakah akhlak mahmudah dan yang manakah akhlak mazmumah adalah di antara alat yang yang terpenting bagi setiap mu'min. Al Qur'an telah menggariskan akhlak akhlak utama yang mesti dihayati oleh setiap mu'min dan sunnah RasuluLlah s.a.w pula telah memperincikan setiap satunya dan telah menterjemahkannya ke dalam realiti kehidupan yang sebenar. Tanpa 'ilmu tidak mungkin seseorang itu mengetahui akhlak yang bagaimanakah yang dipuji dan akhlak yang bagaimanakah pula yang dikeji oleh Islam.

2.     Keazaman yang Tinggi

Menanamkan 'ilmu berkenaan akhlak akhlak mahmudah ke dalam 'amalan hidup memerlukan ke'azaman yang tinggi. Melalui ke'azaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benarbenar menghayati sifat sifat yang mulia. Perkara ini berdasarkan kepada hakikat bahawa akhlak mahmudah dan iman yang teguh adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Iman yang teguh memerlukan penjagaan yang rapi dan pembajaan yang balk. Oleh itu tugas pembinaan iman dan tugas pembentukan akhlak yang mulia adalah dua tugas yang sentiasa bergerak seiring jalan.

3.     Membiasakan Diri dengn Kebaikan

Akhlak akhlak mazmumah dapat dihapuskan dengan menggantikannya dengan akhlak akhlak mahmudah yang bertentangan dengannya. Akhlak akhlak mahmudah ini pula hendaklah dibiasakan agar dia dapat kekal dan bersemadi di dalam jiwa. Bagi seorang mu'min yang berusaha mem perbaiki dirinya dengan akhlak akhlak mahmudah maka hendaklah dia meneliti langkah langkah berikut:

        i.            Memeriksa diri dan mengenalpasti apakah akhlak akhlak mazmumah yang terdapat di dalam dirinya.

     ii.            Setelah mengenal pasti akhlak akhlak mazmumah pada dirinya maka hendaklah dipastikan pula mana di antaranya yang paling terkeji menurut keterangan keterangan daripada syara'.

   iii.            Setelah mengenal akhlak yang paling terkeji maka hendaklah dia mememastikan apakah akhlak yang paling berkesan dijadikan sebagai ganti akhlak terkeji tersebut menurut keteranganketerangan syara' juga.

   iv.            Selepas itu hendaklah dia memperbaiki dirinya menurut urutan keutamaan akhlak yang telah dikenalpasti olehnya.

      v.            Memperbanyakkan amalan sunat bagi melunakkan jiwanya bagi bertaqarrub kepada Allah.

Dengan cara ini dia dapat melaksanakan proses pembaikian akhlak menurut keutamaan yang paling baik.

4.    Bergaul dengan Ahli 'Ibadah dan Menjauhkan Diri dari pada Ahli Maksiat

Bergaul dengan orang orang yang berakhlak baik dan ahli ahli 'ibadah merupakan di antara cara yang berkesan untuk memperbaiki akhlak seseorang. Ini adalah kerana manusia cepat meniru orang yang digaulinya. Oleh itu RasuluLlah s.a.w menekankan bahawa orang orang yang beriman mesti hanya bergaul dengan orang orang yang saleh. Sabdanya yang mafhumnya:

"Janganlah kamu berteman melainkan dengan orang orang yang beriman dan janganlah memakan makananmu melainkan orang yang bertaqwa." (Abu Dawud, Tarmidzi)

Bergaul dengan orang orang yang salih sekali gus bererti menjauhkan diri daripada ahli ahli maksiat, ahli ahli bid'ah dan orang orang yang berakhlak buruk.

5.     Sentiasa Berlapan Dada untuk Menerima Nasihat

Mu'min yang berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan akhlaknya hendaklah sentiasa berlapang dada untuk mendengar nasihat. Ada masanya seseorang itu tidak me nyedari kekurangankekurangan dan kelemahan kelemahan dirinya. Oleh itu kadangkala dia tidak percaya bahawa kekurangan dan kelemahan itu terdapat pada darinya apabila dia ditegur oleh orang lain. Namun demikian apabila orang orang salih menegur dan menasihatinya, hendaklah dia yakin bahawa dada satu perkara pun yang diingini oleh orang orang salih kecuali kebaikan. Oleh itu hendaklah dia sentiasa berlapang dada menerima nasihat dan teguran terhadap kelemahankelemahan dirinya. Hendaklah dia bersyukur terhadap nasihatnasihat yang bertujuan untuk memperbaiki dirinya dan memperelokkan akhlaknya.

'Umar ibn al Khattab sentiasa berkata:

"Mudah mudahan Allah memberikan hidayah kepada orang orang yang menunjukkan kekurangan kekuranganku."
Comments
0 Comments

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

kasih komentar