Jaga Solat


***Bayan Tabligh yang mengisi slot Kuliah Maghrib.

Sesuatu yang istimewa dapat dilihat tiapkali ada sesi bayan oleh anggota Tabligh. Para jemaah kelihatan pakat mara ke depan, ramai-ramai duduk mengadap tok guru, kusyuk mendengar tazkiran yang disampaikan... alhamdulillah.


Pengisian bayan:

Solat fardhu yang merupakan 5 tiang seri agama mesti dijaga sungguh-sungguh. Seseorang yang berwudhuk dengan sempurna, berjalan ke rumah Allah untuk tunaikan solat maka setiap langkahnya Allah tingkatkan darjatnya di Syurga, mendapat pahala dan terampun dosa.

Barangsiapa yang sungguh-sungguh menjaga solatnya InsyaAllah akan beroleh:
  1. keberkatan rezeki -
    Jika jaga solat, rezeki jadi berkat... lagi banyak harta lagi banyak bersedekah di jalan Allah.
  2. Di dalam kubur nanti di-angkat azab kubur -
    Kita biasa dengar kubur akan himpit kita, tulang-tulang akan berlaga sesama sendiri, ular2 akan dilepaskan bila bermula seksa kubur. Maka kena sungguh-sungguh jaga solat kita. InsyaAllah kubur akan diluaskan, pintu syurga akan dibuka maka kita akan dapat mencium bau-bauan dari syurga. Dikatakan juga Allah akan memendekkan masa kita berada di dalam kubur.. wallahu'alam.
  3. Di padang masyhar akan terima buku catatan amal dengan tangan kanan -
    Sesungguhnya orang yang terima buku catatan amal dengan tangan kiri maka dia akan menyesal sungguh-sungguh kerana dia tau akan hadapi siksa api neraka... nauzubillah.
  4. Akan dapat melintas titian sirat sepantas kilat -
    Titian sirat adalah sejauh 1500 tahun perjalanan.. masyaAllah
  5. Dapat masuk Syurga tanpa hisab

Setelah bangkit di Padang Masyar nanti kita semua akan ditanya...

Bersabda Rasulallah saw: 'Kedua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan Tuhannya pada Hari Kiamat, sehingga selesai ditanya tentang empat perkara:

  • tentang umurnya, untuk apa dihabiskan
  • tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan
  • tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan
  • tentang ilmunya, apa yang sudah dibuat dengannya.
Maka marilah kita gunakan sebaik-baiknya saki-baki usia yang masih tinggal ini untuk memperelokkan solat kita agar mudah-mudahan dengan izin Allah kita beroleh Syurga tanpa hisab.

Mulakan dengan wudhuk yang sempurna, bersolat di awal waktu, cantik dan bersih mengadap Allah, hadirkan kusyuk dalam solat serta menjaga rukun dan syarat sah solat. Moga solat kita diterima Allah.. amiin

Sama-sama mendidik hati untuk suatu usaha yang berterusan agar mampu menjadi hamba Allah yang taat dan bertaqwa di sisi-Nya... amiin


Comments
0 Comments

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

kasih komentar