MENCEMARKAN TAUHID KITA (4) BERJUMPA DENGAN BOMOH

Di antara perbuatan yang mencemari kemurnian
tauhid ialah berjumpa dengan bomoh, dukun, pawang,
penilik nasib atau sesiapa jua yang mendakwa mengetahui
ilmu-ilmu ghaib.
Berjumpa dengan orang yang mendakwa
mengetahui ilmu ghaib dapat mencemari kemurnian tauhid
kerana pengetahuan tentang ilmu ghaib hanya milik Allah
Subhanahu wa Ta‘ala. Apa yang dimaksudkan dengan ilmu
ghaib ialah pengetahuan yang tidak dapat diperolehi
melalui deria manusia, seperti khabar yang akan datang,
isi hati manusia dan peristiwa yang tersembunyi.

Pengetahuan tentang ilmu-ilmu ini hanya dimiliki oleh
Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana firman-Nya:

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci
perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa
yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja. [al-
An’aam 6:59]

Katakanlah: “Tiada sesiapapun di langit dan
di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib
melainkan Allah!” [al-Naml 27:65]

Pengetahuan tentang ilmu ghaib juga tidak
diketahui oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Allah Subhanahu wa Ta‘ala menerangkan hakikat ini:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak
berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan
tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang
dikehendaki Allah.
Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara
yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan
dengan banyaknya benda-benda yang
mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak
ditimpa kesusahan.” [al-A’raaf 7:188]

Apa-apa ilmu ghaib yang diketahui dan dikhabarkan
oleh Rasulullah di dalam hadis-hadis baginda yang sahih
seperti kejadian pada akhir zaman, kehidupan di alam
kubur, suasana Hari Akhirat dan sebagainya, semua itu
adalah daripada apa yang dikhabarkan oleh Allah kepada
baginda:

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala
yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara
ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun;
melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-
Nya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara
ghaib yang berkaitan dengan tugasnya). [al-Jin
72:26-27]

Oleh itu sesiapa yang mendakwa dirinya
mengetahui ilmu ghaib, dia seorang pendusta. Lebih dari
itu dia sebenarnya cuba menjadi sekutu bagi Allah dengan
meletakkan dirinya sejajar dengan keilmuan Allah
Subhanahu wa Ta‘ala.
Oleh kerana itulah Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam melarang kita daripada mengunjungi orangorang
yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib. Seorang
sahabat, Muawiyah bin al-Hakam radhiallahu 'anh pernah
bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

یَا رَسُولَ اللَّھِ! أُمُورًا كُنَّا نَصْنَعُھَا فِي الْجَاھِلِیَّةِ
كُنَّا نَأْتِي الْكُھَّانَ. قَالَ: فَلاَ تَأْتُوا الْكُھَّانَ.

“Wahai Rasulullah! Ada perkara yang kami
lakukan semasa zaman Jahiliyyah (seperti)
mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui
ilmu ghaib.” Rasulullah menjawab: “Jangan
mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui
ilmu ghaib.”

Dalam hadis di atas, orang yang mendakwa
mengetahui ilmu ghaib dikenali sebagai ( الْكُھَّانُ ). Perkataan
الْكُھَّانُ) ) atau ( كَھَنَةٌ ) adalah jamak daripada perkataan ( .(كَاھِنٌ
Al-Allamah Syam al-Haq Abadi menjelaskan:
Disebut di dalam al-Lisan (oleh Ibn Manzur)
bahawa ia adalah orang yang memperoleh khabar
daripada alam sekelilingnya tentang hal-hal yang akan
berlaku dan mendakwa mengetahui perkara-perkara
rahsia …… maka di antara mereka ialah orang-orang yang
mendakwa memiliki jin yang mengikuti mereka dan
menyampaikan khabar kepadanya dan di antara mereka
ialah orang-orang yang mendakwa mengetahui sesuatu
urusan berdasarkan pendahuluan sebab-sebab yang
menunjuk ke arahnya melalui perkataan atau perbuatan
atau hal tertentu. Berkata Ibn Atsir, sabda baginda:
“Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa
mengetahui ilmu ghaib” merangkumi bomoh, tukang ramal
dan penilik nasib.
Larangan mengunjungi orang yang mendakwa
mengetahui ilmu ghaib adalah larangan yang besar
sebagaimana hadis berikut daripada Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَھُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَھُ صَلاَةٌ
أَرْبَعِینَ لَیْلَةً.

Sesiapa yang mengunjungi orang yang
mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya
kepada dia sesuatu maka tidak akan diterima
solatnya selama empat puluh malam.

Perkataan ( عَرَّافًا ) yang disebut di dalam hadis di
atas memiliki maksud yang hampir sama dengan ( (الْكُھَّانَ
yang disebut dalam hadis sebelumnya. Muhammad bin
Shalih al-Utsaimin menerangkan:

Dikatakan, ( العَرَّاف ) adalah ( الكَاھِن ), iaitu orang
yang sering memberitahu tentang khabar yang akan
terjadi. Ada yang mengatakan ia adalah nama umum
meliputi dukun, ahli nujum dan orang-orang yang
mendakwa mengetahui ilmu ghaib.
Perhatikan semula hadis di atas, Rasulullah tetap
melarang kita mengunjungi orang yang mendakwa

Hadis ini tidaklah bermaksud orang itu tidak perlu bersolat
selama 40 malam. Dia tetap wajib mendirikan solat seperti biasa sebagai
kewajipan dirinya. Hanya dia tidak menerima pahala daripada solat itu.
mengetahui ilmu ghaib atau bertanya sesuatu kepadanya
sekalipun kita tidak mempercayai apa yang dikatakan
olehnya. Terdapat beberapa sebab di sebalik larangan ini:

1. Pengetahuan tentang ilmu ghaib hanya diketahui
oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Apabila seseorang
itu mendakwa dirinya mampu mengetahui ilmu
ghaib, maka dia meletakkan dirinya sejajar dengan
Allah.

2. Apabila seorang muslim mengunjungi orang yang
mendakwa mengetahui ilmu ghaib, bererti dia
mengiktiraf orang tersebut sebagai mampu
mengetahui hal ghaib. Sepatutnya seorang muslim
menolak orang yang mendakwa mengetahui ilmu
ghaib dan tidak mengunjunginya kecuali untuk
memberi nasihat akan kesalahan tindak tanduknya.

3. Sekalipun pengunjung pada awalnya tidak
mempercayai khabar yang diberikan oleh orang
yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib, dia
kemudian akan mempercayai orang tersebut jika
khabar yang diberikannya menjadi sesuatu yang
benar-benar berlaku. Ini akhirnya akan
mengakibatkan pengunjung membenarkan apa
yang dikhabarkan oleh orang tersebut.
Akhir sekali, jika seseorang itu membenarkan
khabar orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib, ia
membawa natijah yang amat berat. Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam memberi amaran yang keras dalam hal
ini:

مَنْ أَتَى كَاھِنًا فَصَدَّقَھُ بِمَا یَقُولُ أَوْ أَتَى امْرَأَتَھُ
حَائِضًا أَوْ أَتَى امْرَأَتَھُ فِي دُبُرِھَا فَقَدْ بَرِئَ مِمَّا أُنْزِلَ
عَلَى مُحَمَّدٍ.

Sesiapa yang mengunjungi orang yang
mendakwa mengetahui ilmu ghaib lalu
membenarkannya atau menyetubuhi isterinya yang
sedang haid atau menyetubuhi isterinya dari
duburnya, maka dia telah lepas (keluar) daripada
apa yang diturunkan ke atas Muhammad (yakni
Islam).

Di Malaysia, orang yang mendakwa mengetahui
ilmu ghaib, atau ringkasnya bomoh15, terbahagi kepada
14 Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-
Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 3904 (Kitab al-Tibb,
Bab berkenaan penilik nasib).
15 Bomoh itu sendiri terbahagi kepada dua jenis:
1. Mereka yang hanya melibatkan diri dalam perubatan tradisional
dan mengurut tanpa ada apa-apa kaitan dengan ilmu ghaib.
Perbincangan dalam bab ini tidak melibatkan bomoh jenis
pertama ini.dua kategori:

Bomoh Kategori Pertama:

Bomoh kategori pertama adalah mereka yang tidak
mengetahui apa-apa ilmu ghaib tetapi bijak membuat
khabar sehingga dipercayai oleh orang yang mengunjungi
mereka. Khabar-khabar yang disampaikan oleh bomoh
dalam kategori ini sudah ditentukan sejak awal lagi.
Berikut lima contoh yang paling lazim berlaku:

1. Jika orang yang mengunjunginya bertanya tentang
barang berharga yang hilang, jawapan yang akan
diberikan ialah: “Ia diambil oleh seseorang yang rapat
lagi dipercayai.”
2. Jika isteri bertanya tentang sikap suaminya yang
akhir-akhir ini berubah, jawapan yang akan
diberikan ialah: “Suami kamu sudah ada girlfriend yang
baru di hatinya.”
2. Mereka yang seperti jenis pertama, akan tetapi terlibat sama
dengan perkara-perkara ilmu ghaib. Contohnya di samping
memberi perubatan tradisional, mereka mendakwa bahawa sakit
yang menimpa itu adalah buatan orang. Perbincangan di atas
merujuk kepada bomoh jenis kedua ini.
3. Jika suami bertanya tentang sikap isterinya yang
akhir-akhir ini berubah, jawapan yang akan
diberikan ialah: “Isteri kamu telah kembali dengan
boyfriend lamanya.”
4. Jika seseorang ingin mencari pasangan hidup yang
sesuai yang masih belum ditemuinya, jawapan
yang akan diberikan ialah: “Ada sial yang menghalang
diri kamu daripada dilihat oleh orang lain.” Ubatnya
ialah mandi bunga.
5. Jika seseorang menghadapi satu penyakit aneh
atau mimpi yang bukan-bukan, jawapan yang akan
diberikan ialah: “Ia adalah buatan orang yang rapat lagi
dengki kepada kamu.”

Ada beberapa cara untuk mengenali bomoh
kategori pertama ini selain daripada jawapan-jawapan di
atas yang bakal diberikannya:
1. Mereka akan memulakan “upacara” dengan bacaan
al-Qur’an dan zikir-zikir tertentu. Ini hanyalah
solekan bagi memberi pengaruh palsu kepada
pengunjung bahawa mereka sebenarnya membuat
“upacara” yang selari dengan Islam.
2. Mereka akan berlakon seolah-olah sedang berfikir
dalam penuh kekhusyukan. Dahi dikerut-kerutkan
dan mata dipejamkan, sekali lagi untuk memberi
pengaruh palsu kepada pengunjung bahawa
mereka sedang bersungguh-sungguh untuk
membantu.
3. Khabar atau jawapan yang akan diberikan dengan
nada yang perlahan tetapi serius untuk memberi
pengaruh kepada pengunjung bahawa mereka juga
serius dalam khabar atau jawapan tersebut. Ini
akan memberi keyakinan kepada pengunjung
bahawa apa yang dikhabarkan adalah benar.
4. Di akhir “upacara”, mereka tidak akan meminta
apa-apa bayaran. Ini kononnya akan menunjukkan
keikhlasan usaha mereka sehingga berjaya
mendapat simpati pengunjung. Pengunjung
akhirnya akan memberi sedikit bayaran seperti
RM50 atau RM100. Akan tetapi jika diberi bayaran
yang amat sedikit, seperti RM5, si-bomoh akan
17 Dengan itu juga para pembaca sekalian perlu berhati-hati dengan
bomoh yang berselindung di sebalik watak ustaz, syaikh, wali dan
sebagainya.menunjukkan air muka yang kurang senang atau
mungkin juga akan berkata-kata sesuatu umpama:
“Terima kasih nak (anak) atas duit lima ringgit ni. Pak cik
memang memerlukannya, lebih-lebih lagi sekarang harga
minyak pun dah naik, harga sayur pun dah naik. Pak cik
sendiri dah lama tak makan daging. Hari-hari nasi dan
ikan masin sahaja.”


Bomoh Kategori Kedua:

Jika bomoh kategori pertama hanya memberi
khabar berbentuk umum yang sudah disiapkan sejak awal,
bomoh kategori kedua pula mampu memberi khabar
secara tepat lagi terperinci. Ini dapat dilakukan dengan
bantuan jin kafir atau jin fasiq yang mereka pelihara. Oleh
itu jika seorang muslim mengunjungi mereka dengan
masalah-masalah yang sama di atas, bomoh dalam
kategori ini akan mampu memberi jawapan yang tepat lagi
terperinci hasil daripada pemberitahuan jin peliharaannya.
Sebagai contoh, jika bertanya tentang dompet yang
hilang, bomoh kategori ini akan menjawab:
“Ia diambil oleh rakan kerja yang duduk dua
meja di sebelah kanan pada hari Khamis yang lepas. Dia
seorang wanita berumur 24 tahun. Pada hari itu dia
memakai baju kebaya merah dengan tudung merah muda
yang diikat ke belakang kepala. Dia mencuri dompet kamu
kerana dengki terhadap elaun tambahan yang kamu
perolehi minggu lepas. Dia ingin melihat kamu berada
dalam kesusahan untuk menggantikan semula kad
pengenalan, lesen memandu, kad ATM, kad kredit dan
sebagainya yang terdapat dalam dompet.”
Demikian khabar yang sebegitu terperinci yang
disampaikan oleh jin peliharaan bomoh. Akan tetapi
ketahuilah bahawa khabar itu sendiri terbahagi kepada dua
bahagian:
1. Khabar tentang ciri-ciri rakan kerja yang duduk dua
meja di sebelah. Khabar ini memang tepat dan
berjaya memberi keyakinan kepada pengunjung
akan khabar yang disampaikan oleh bomoh.
2. Khabar bahawa rakan kerja itulah yang mencuri
dompet kerana dengki dan ingin memberi
kesusahan kepada pengunjung. Khabar ini adalah
dusta.
Bentuk khabar sebegini yang disampaikan oleh jin
peliharaan bomoh sudah diberitahu oleh Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam sejak lebih 1400 tahun yang
lalu. A’isyah radhiallahu 'anha pernah bertanya kepada
Rasulullah:

یَا رَسُولَ اللَّھِ! إِنَّ الْكُھَّانَ كَانُوا یُحَدِّثُونَنَا بِالشَّيْءِ
فَنَجِدُهُ حَقا! قَالَ: تِلْكَ الْكَلِمَةُ الْحَقُّ یَخْطَفُھَا الْجِنِّيُّ
فَیَقْذِفُھَا فِي أُذُنِ وَلِیِّھِ وَیَزِیدُ فِیھَا مِائَةَ كَذْبَةٍ

Wahai Rasulullah! Sesungguhnya orang yang
mendakwa mengetahui ilmu ghaib lazimnya
mengkhabarkan kami dengan sesuatu, kemudian
kami dapati ia adalah benar!” Rasulullah menjawab:
“Ia adalah kalimah (perkara) benar yang diambil
oleh seorang jin lalu dibisikkan kepada telinga
pengikutnya, kemudian dibuat tambahan padanya
dengan seratus kedustaan.”

Terdapat beberapa sebab jin sengaja membuat
dusta:
1. Supaya berlaku pertengkaran antara dua orang
Muslim. Perpecahan dan persengketaan antara
orang Islam memang digemari oleh golongan jin
yang kafir atau fasiq.
2. Supaya pengunjung tersebut akan meminta bomoh
untuk membalas rakan kerjanya dengan sesuatu
gangguan. Bomoh pada gilirannya akan mengupah
jin peliharaannya untuk melakukan sesuatu
gangguan kepada rakan kerja itu. Upahan yang
diberikan lazimnya adalah sembelihan haiwan
seperti ayam putih atau kambing putih.
3. Sebenarnya jin tidak memerlukan apa-apa
sembelihan haiwan. Mereka hanya menghendaki
agar sembelihan dilakukan di atas nama mereka
atau kerana mereka. Apabila bomoh dan
pengunjung melakukan sembelihan sedemikian,
mereka telah melakukan kesalahan yang besar di
sisi Allah. Inilah yang dikehendaki oleh jin tersebut,
iaitu menyesatkan seorang muslim dan
menjerumuskannya ke dalam kesalahan agama.
Menyembelih di atas nama selain Allah Subhanahu
wa Ta‘ala merupakan satu kesalahan yang besar.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لَعَنَ اللَّھُ مَنْ لَعَنَ وَالِدَهُ وَلَعَنَ اللَّھُ مَنْ ذَبَحَ لِغَیْرِ
اللَّھِ وَلَعَنَ اللَّھُ مَنْ آوَى مُحْدِثًا وَلَعَنَ اللَّھُ مَنْ غَیَّرَ مَنَارَ
الأَرْضِ.

Allah melaknat orang yang melaknat
ibubapanya, Allah melaknat orang yang
menyembelih kerana selain Allah, Allah melaknat
orang yang melindungi seorang ahli bid’ah dan Allah
melaknat orang yang mengubah sempadan tanah.

Bomoh kategori kedua dapat dikenali dengan
ketepatan khabar yang dikemukakan olehnya terhadap
sesuatu masalah yang dihadapi oleh pengunjung. Akan
tetapi kebenaran hanyalah sedikit demi memperoleh
keyakinan pengunjung. Seterusnya adalah dusta. Bomoh
kategori kedua lazimnya tidak akan meminta bayaran
dalam bentuk wang sahaja tetapi dilengkapi dengan
persediaan dalam bentuk kebendaan seperti haiwan, telur
dan sebagainya.
Hukum mengunjungi bomoh kategori kedua ini
adalah jauh lebih berat daripada bomoh kategori pertama.
Ini kerana mereka mendakwa mengetahui hal ghaib
dengan khabar-khabar dusta yang akhirnya memfitnah
orang yang tidak bersalah. Lebih dari itu pemeliharaan dan
penggunaan jin akan menyebabkan bomoh dan
pengunjung terpaksa melakukan amalan yang dilarang
oleh Islam.

Bagaimana Jika Menggunakan Jin Muslim?

Menyentuh tentang pemeliharaan dan penggunaan
jin, sebahagian pihak ada yang berkata ianya dibolehkan
jika jin tersebut adalah “jin muslim”. Saya berkata, benar
bahawa terdapat jin yang muslim. Hal ini dinyatakan di
dalam al-Qur’an:
Katakanlah (wahai Muhammad), telah
diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya satu
rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku
bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu
kepada kaumnya dengan) berkata:
“Sesungguhnya kami telah mendengar Al-
Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan
kandungannya sungguh menakjubkan! Kitab yang
memberi panduan ke jalan yang betul lalu kami
beriman kepadanya dan kami tidak sekali-kali akan
mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan
kami.” [al-Jin 72:1-2]

Namun persoalannya adalah, bagaimana kita dapat
mengetahui jin tersebut adalah muslim yang shalih lagi
berada di atas jalan yang benar? Ini kerana masyarakat jin
itu sendiri terbahagi kepada beberapa aliran dan mazhab:

Dan bahawa sesungguhnya (memang
maklum) ada di antara kita golongan (jin) yang
shalih dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita
masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang
berlainan. [al-Jin 72:11]

Terdapat beberapa petunjuk yang dapat digunakan
sebagai ukuran membezakan jin muslim yang shalih lagi
berada di atas jalan yang benar:
1. Jin tersebut akan mengakui bahawa dia tidak
mengetahui perkara ghaib dan apa-apa manfaat
atau mudarat yang bakal berlaku. Masyarakat “jin
muslim” yang diiktiraf oleh Allah Subhanahu wa
Ta‘ala mengakui:

Dan bahawa sesungguhnya kami telah
berusaha mencari berita langit, lalu kami
dapati langit itu penuh dengan pengawalpengawal
yang sangat kuat kawalannya, dan
(dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa
menduduki tempat-tempat (perhentian) di
langit untuk mendengar (percakapan
penduduknya); maka sekarang sesiapa yang
cuba mendengar, akan mendapati api yang
menyala yang menunggu merejamnya.
Dan bahawa sesungguhnya kami tidak
mengetahui adakah bala bencana akan
menimpa penduduk bumi, atau pun Tuhan
mereka hendak melimpahkan kebaikan
kepada mereka. [al-Jin 72:8-10]

2. Jin tersebut akan menasihatkan agar tidak
menggunakan apa-apa khidmatnya kerana ia tidak
lain hanya akan menambah dosa dan kesalahan:

Dan bahawasanya ada beberapa orang lakilaki
di antara manusia meminta perlindungan
kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka
jin-jin itu menambah bagi mereka (manusia
tersebut) dosa dan kesalahan. [al-Jin 72:06]

3. Jin tersebut akan menasihatkan bahawa
kebanyakan daripada kalangannya lazim berdusta
dengan percakapan yang indah susunannya agar
dapat memperdayakan para pendengarnya:

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap
Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia
dan jin, setengahnya membisikkan kepada
setengahnya yang lain kata-kata dusta yang
indah-indah susunannya untuk memperdaya
pendengarnya. [al-An’aam 6:112]

Nah! Jika jin berani berdusta dan memperdayakan
para Nabi, sudah tentu mereka akan lebih berani
melakukannya terhadap manusia biasa.
4. Jin tersebut akan mengingatkan bahawa
menggunakan pertolongan mereka hanya akan
menempah tempat di dalam api neraka:

Dan (ingatlah) Hari (Kiamat yang padanya)
Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu
berfirman): “Wahai sekalian jin!
Sesungguhnya kamu telah memiliki banyak
pengikut-pengikut dari golongan manusia.”
Dan berkatalah pula pengikut-pengikut
mereka dari golongan manusia: “Wahai Tuhan
kami, sebahagian kami (manusia) telah
bersenang-senang (mendapat kemudahan)
dengan sebahagian yang lain (jin-jin), dan
kami telah sampai kepada masa kami (Hari
Kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi
kami.”
(Allah berfirman): “Nerakalah tempat
kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya
kecuali apa yang dikehendaki Allah.”
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad)
Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. [al-
An’aam 6:128]

5. Jin tersebut akan menerangkan bahawa
menggunakan khidmat mereka hanyalah sesuatu
yang dikhususkan keizinannya oleh Allah
Subhanahu wa Ta‘ala kepada Nabi Sulaiman ‘alaihi
salam, tidak kepada manusia yang lain:

Dan Kami (Allah) kurniakan kepada Nabi
Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk
perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah
menyamai perjalanan biasa sebulan, dan
sepetang perjalanannya adalah menyamai
perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan
baginya mata air dari tembaga; dan (Kami
mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja
di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan
sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari
perintah Kami, Kami akan merasakannya
(pukulan) dari azab api neraka.

Demikianlah beberapa ciri atau ukuran bagi
menentukan “jin muslim” yang shalih lagi berada di atas
jalan yang benar. Ringkasnya jin muslim tidak akan
menawarkan apa-apa khidmat kepada bomoh atau
manusia melainkan menasihatkan mereka, paling kurang,
dengan lima ayat al-Qur’an yang telah dikemukakan di
atas.
Comments
0 Comments

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

kasih komentar