KITAB KEJADIAN INSAN SIRI 1 : MUQADDIMAH

(NUKILAN HADHRAT JALALUDDIN AR ROWI)

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang

Nahmaduhu Wa Nusolli 'Ala Rasulihil Karim, Amma Ba'du; 

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman 

"Dan tidak Aku menciptakan Jin dan Insan melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."
[Az-Zariyat : 56] 



PERINGKAT KEJADIAN INSAN

KEWUJUDAN Insan adalah setelah melalui berbagai peringkat kejadian bemula dari Alam Amar sehinggalah ke Alam Khalaq dan seterusnya menempuh kematian untuk menjalani kehidupan yang kekal sehingga bertemu hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala di Alam Akhirat. Dia menciptakan sekelian makhluk ini agar mereka mengenal Penciptanya dan beribadah kepadaNya.

Beribadah bererti mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan Ma’rifat yang sempurna kerana jika kita tidak mengenal Pencipta sepertimana yang sepatutnya maka bagaimanakah kita boleh mengabdikan diri kita kepadaNya? Mengabdikan diri kepada Allah bermaksud mengenali Zat Allah menerusi SifatSifatNya, Af’al perlakuanNya dan AsmaNya serta menunaikan segala suruhan yang telah diperintahkanNya dan meninggalkan segala laranganNya menurut petunjuk yang telah disampaikan oleh KekasihNya Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Al-Quran Surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud,
Dan tidak Aku menciptakan Jin dan Insan melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.
Dalam sebuah Hadits Qudsi yang masyhur bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman yang mafhumnya seperti berikut,
 “Aku adalah Kanzun Makhfiyan (perbendaharaan yang tersembunyi), maka Aku cinta untuk dikenali, maka Aku telah menjadikan makhluk agar Aku dikenali.”
Untuk memperkenalkan DiriNya, Dia telah menciptakan Nur Muhammad dan menciptakan sekelian makhlukNya dari Nur tersebut, khususnya Para Nabi untuk memperkenalkan tentang Keesaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dalam sebuah Hadits Qudsi yang masyhur,
Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman menerusi NabiNya Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Aku menjadikan segala perkara kerana engkau (Muhammad) dan Aku jadikan engkau keranaKu.”
Dalam Hadits Qudsi yang lain dinyatakan bahawa,
“Kalaulah tidak kerana engkau, Aku tidak jadikan sekelian Falak ini.”
Ketahuilah bahawa makhluk pertama yang diciptakan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah Hakikat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diciptakan dari Nur Jalal Allah dan dihiasi dengan Nur Jamal Allah dan ditawajjuhkan dengan Nur Kamal Allah, yakni dari sumber cahaya kebesaran, keindahan dan kesempurnaan Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagaimana mafhum firmanNya di dalam Hadis Qudsi:
“Khalaqtu Ruha Muhammadin Min Nuri Wajhi.”
Terjemahan: Aku telah ciptakan Ruh Muhammad dari cahaya WajahKu (Zatku).
Syeikh  Hadhrat Nuruddin Ar-Raniri Rahmatullah ‘alaih telah meriwayatkan beberapa Hadits yang masyhur di dalam kitabnya yang berjudul Bad’u Khalqis Samawati Wal Ardhz berkaitan penciptaan makhluk yang pertama yang di antaranya Hadits Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah menjadikan Ruh Nabi dari ZatNya dan Dia menjadikan ‘Alam semuanya dari Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”
Hadhrat Syeikh Muhammad ‘Uthman El-Muhammady mengulas berkenaan Hadits ini, maksudnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan Ruh Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dari tidak ada kepada ada daripada SisiNya, ini bukan bermakna bahawa sebahagian dari Allah yang dijadikan Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, sebaliknya Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu dijadikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dari Cahaya ZatNya.  Hadhrat Syeikh Nuruddin Ar-Raniri Rahmatullah ‘alaih juga meriwayatkan beberapa Hadits yang mafhumnya seperti berikut, “Perkara yang paling awal yang dijadikan Allah ialah Ruhku.” telah Dalam sebuah Hadits yang lain Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang mafhumnya,
“Perkara yang awal sekali yang diciptakan Allah ialah Ruh-Ruh.”
Dalam sebuah Hadits yang lain ada dinyatakan bahawa,
“Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah ‘Aqal.”
 Dalam Hadits yang lain ada dinyatakan bahawa,
“Perkara yang paling awal diciptakan Allah ialah Qalam.”
Dalam Hadits yang lain dinyatakan pula bahawa,
“Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah Nurku.”
Di sini seolah-olah menunjukkan kenyataan yang berlawanan antara satu sama lain dan Para ‘Alim ‘Ulama telah pun membahaskan perkara ini sedalamdalamnya. Hadhrat Syeikh Nuruddin Ar-Raniri Rahmatullah ‘alaih telah menghuraikan bahawa ‘Aqal, Qalam dan Ruh dalam Hadits-Hadits tersebut ialah kejadian Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, mafhumnya:
“Yang pertama diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala ialah Ruhku dan yang pertama diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala ialah Nurku dan
Peringkat Kejadian Insan yang pertama diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala ialah Qalam dan yang pertama diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala ialah ‘Aqal.”
Menurut Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya Sirrul Asrar, Ruh, Nur, Qalam dan ‘Aqal yang dimaksudkan dari Hadits tersebut adalah merujuk kepada perkara yang satu iaitu Hakikat Muhammadiyah. Hakikat Muhammadiyah disebut sebagai Nur (Cahaya) kerana ia bersih dari segala zulmat kegelapan sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam ayat 15 Surah Al-Maidah:
Wahai ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al-Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Cahaya maksudnya, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan kitab maksudnya, Al Quran.
Hakikat Muhammadiyah juga disebut sebagai ‘Aqal yang mana di kalangan Para Failusuf mereka menamakannya sebagai ‘Aqal Awwal kerana ia yang menemukan segala sesuatu dan ianya juga disebut sebagai Qalam kerana ia yang menjadi sebab perpindahan ilmu sepertimana pena yang menjadi sebab perpindahan ilmu ke alam huruf dan menyebabkan ianya tertulis. Ia juga disebut sebagai Nur kerana ia bersih dari segala zulmat kegelapan dan ia juga disebut sebagai Ruh kerana ia merupakan suatu urusan Amar Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang telah menciptakan Hakikat Muhammadiyah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang merupakan Rahmat bagi Sekelian Alam.
Comments
0 Comments

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

kasih komentar