KITAB USUL DIRI (SIRI 6) : ANALISA SIFAT 20



SIFAT 20 SATU ANALISA
Ulamak yang terdahulu mereka mempelajari ilmu mengenal diri dan Allah adalah melalui ilmu sifat 20, inilah satu-satunya ilmu akidah yang menceritakan secara terperinci, memandangkan ilmu ini sudah pupus maka elok rasanya di imbas kembali ilmu tersebut supaya jenerasi sekarang dan akan datang dapat menilai akan kesucian ilmu ini, ilmu ini di katakan boleh menjadikan seseorang itu menjadi sesat SEKIRANYA tidak di pelajari dengan orang yang arif, walau apapun ilmu ini adalah terbentang luas kerana di dalamnya terkandung segala sumber segala alam

Di sini penulis tidak bercadang hendak menghuraikannya dengan cara yang terperinci kerana ia akan memakan masa yang agak lama untuk menamatkannya, cukup sekadar membentangkannya dengan cara soal jawab



Soalan:
Di dalam ilmu sifat 20, sifat yang pertama ialah sifat WUJUD, Apakah maksud sifat WUJUD itu ?

Jawapan:
Maksud WUJUD pada ilmu sifat 20 ialah adanya Zat Tuhan, atau Diri Tuhan yang menjadikan sekalian alam

Soalan:
Bagaimanakah rupa dan keadaan Zat Tuhan itu ?

Jawapan:
Zat Tuhan itu tiada berupa apa juapun,sebagaimana yang di nyatakan oleh Allah dalam surah Asy Ayura ayat 11, sebagai contoh adanya angin dan nafas yang tidak dapat kita melihatnya

Soalan:
Di manakah Zat Tuhan itu berada?

Jawapan:
Di dalam firman Tuhan ada menyatakan bahawa Tuhan itu menyatakan " Apabila hamba-hambaKu bertanyakan tentang diriKu naka katakanlah Aku sentiasa hampir" sebagaimana yang telah di nyatakan oleh Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 186

Soalan:
Hampir yang bagaimana?

Jawapan:
Dia hampir sebagaimana yang di nyatakan oleh Allah "Kami lebih hampir kepada dua urat lehernya iaitu urat leher manusia "sebagaimana yang di nyatakan oleh Allah dalam surah Qaf ayat 16

Soalan:
Adakah maksud hampir itu dengan maksud beserta?

Jawapan:
Di dalam Al Quran Allah menyatakan bahawa Dia beserta dengan kamu di mana juga kamu berada, sebagaimana yang di nyatakan oleh Allah dalam surah Al Hadid ayat 4

Soalan:
Apakah maksud bahawa Allah itu bertempat?

Jawapan:
Allah tidak bertempat,cuma istilah hampir dan beserta itu perlu di fahami mengikut ketentuan dalam ilmu Allah, hanya Allah sahaja yang memahaminya, manusia tidak akan tercapai untuk memahami hakikat DiriNya

Soalan:
Bagaimanakah Hakikat Nafsiyah sebelum makhluk di jadikan?

Jawapan:
Hakikat Nafsiyah bererti Diri Zat (Tuhan) Sebelum Dia jadikan makhluk maka Dia hanya ujud dalam istilah La Ta'ayun (Tiada kenyataan) sebagaimana firman Allah menyatakan "Tidakkah sudah datang suatu berita di suatu zaman yang telah berlalu mengikut perhitungan masa yang tidak dapat di sebut-sebut" Al Insan ayat 1

Comments
0 Comments

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

kasih komentar