Memperbanyakkan tempat sujud

Bismillahirrahmanirrahim

Teringat kata-kata ustaz... "bantulah dirimu dengan memperbanyakkan sujud..."   
Solat merupakan perbuatan mendekatkan diri kepada Allah Taala.
Rasulullah SAW berpesan kepada Tsauban ra: Maksudnya: 
"Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud(solat)kepada Allah, kerana tidaklah kamu bersujud kepada Allah dengan suatu sujud melainkan Allah akan mengangkatmu satu darjat dengannya, dan menghapuskan dosa darimu dengannya" (HR Muslim 753) 

Seorang lagi ustaz dalam kuliah Maghrib telah memperingatkan agar kita sentiasa cuba beralih-alih tempat setiapkali solat.  Contoh:  Selepas dirikan solat fardhu berjemaah, kita mengambil tempat lain untuk tunaikan solat sunat baadiah.  Jika bangun untuk solat sunat lagi, cari tempat yang lain pula.  Ini adalah kerana di hari kiamat nanti, tanah tempat sujud kita itu InsyaAllah akan menjadi saksi terhadap sujud kita... Subhanallah  

Dalam kereta kami sambung diskas tentang apa yang ustaz duk cerita pasal tempat sujud. En suami pun ikut mengiyakan, sambil bagi contoh amalan salah seorang kariah di kawasan kami yang dilihat sering memperbanyakkan tempat sujud semasa buat solat sunat.  Haji Salleh selalu kelihatan beralih-alih tempat semasa nak mulakan solat.  Kata en suami, beliau ini ternyata seorang karkun yang istiqamah.  Beliau jarang menyia-nyiakan masa terutama waktu berharga di antara solat Maghrib dan Isyak.  Jika tidak pulang ke rumah, tempoh masa yang singkat itu sering diisi dengan banyak melakukan solat2 sunat.  Pernah di satu ketika suami saya yang ketika itu sama2 kat surau sementara menunggu Isyak, tertanya2 sendiri di dalam hati selepas memerhatikan beliau. Bila tengok Haji Salleh dah selesai solat, en suami langsung bertanya, 

"Haji solat apa tu tadi... lama benar saya tengok..." 

"Erm... oo tadi tu solat tasbih jap...", jawab beliau.  Ohh sempat solat tasbih lagi beliau dalam waktu yang singkat itu...Subhanallah. 


Hidayah itu milik Allah, namun kita jangan putus harap. Perlu sentiasa ada usaha untuk cuba mendapatkannya.  Banyak melakukan ketaatan InsyaAllah Allah akan lorongkan taufiq dan hidayah-Nya buat kita... ameen
Mari memperbanyakkan tempat sujud InsyaAllah.  


Comments
0 Comments

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

kasih komentar