Pokok Bunga Nasi Kerabu tumbuh subur dalam pasu

Cantik haribulan hari ni... 13.1.13

Alhamdulillah sempena 13.1.13 bersamaan dengan 1 Rabiul-awal 1434 nak kisahkan tentang pokok bunga telang saya yang sangat menjadi-jadi suburnya... alhamdulillah. 

Bunga Telang atau lebih kami kenali sebagai Bunga Nasi Kerabu itu, asal dulu tanam guna biji benih yang dapat dari Maksu masa kami balik kampung suatu waktu.  Alhamdulillah dari biji benih yang ditabur, berhasil mengeluarkan 5 anak pokok Bunga Nasi Kerabu.  

Sering tak lepaskan peluang berpaling tengok Bunga Nasi Kerabu tiapkali melintas dekat pokoknya yang dah makin merimbun sekarang. Bunganya tersangat-lah cantik...Subhanallah.. Moga tambah rajin buat nasi kerabu lepas ni.. he he.. Selama hari ni kalau datang teringin nak makan nasi kerabu, selain dari pergi beli kat pasar malam, rajinkan diri tanak sendiri pakai pewarna biru dalam botol kecil Star brand.  

Tapi pewarna buatan ini kalernya tak sama hasilnya dengan kaler original Bunga Telang.  Kalau terlebih titik, kaler nasi dah jadi tak brapa nak cantik.  Tapi kalau guna air biru dari bunga telang, kaler nasik akan tetap cantik walau kaler terlebih atau terkurang... itu kelebihannya.

Pokok Bunga Nasi Kerabu tumbuh subur dalam pasu...syukur Alhamdulillah...  
Tapi wajib yakin dan percaya bahawa kalau Allah tak izinkan, tak akan tumbuh pokok walaupun kita telah menanam biji benih pada tanah yang subur, cukup baja, cukup air dan cukup cahaya matahari. Semua perkara bergantung dan berlaku dengan izin Allah. (mari flashback di sini)

Comments
0 Comments

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

kasih komentar