Sambung Nyawa atau nama lainnya Akar Sebiak atau nama saintifiknya Gynura Procumbens berkesan dalam mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga digunakan untuk merawat sembelit, diabetes, kanser dan masalah buah pinggang.
Bahagian yang kerap digunakan dalam rawatan herba adalah daunnya. Daun pokok Sambung Nyawa boleh dijadikan ulam dalam menu makanan harian. Boleh juga dimakan terus selepas dipetik dan dibasuh bersih. Makanan manis tidak sesuai di-ambil bersama-sama dengan tumbuhan ini. Biar ada tempoh masa sebelum makan makanan manis selepas makan Sambung Nyawa.
Alhamdulillah saya banyak menanam pegaga dan ulam sambung nyawa ini di persekitaran laman rumah. Pegaga ditanam terus atas tanah manakala ulam sambung nyawa ditanam dalam beberapa pasu. Alhamdulillah kedua-duanya tumbuh subur. Kami suami-isteri konsisten ambik petik makan ulam sambung nyawa sekurang-kurangnya 3 helai atau sebanyak2nya 7 helai daunnya setiap pagi. Alhamdulillah.
Tapi awas jangan kita taksub pada nama ulam ini iaitu Sambung Nyawa. Anggaplah ia hanya sekadar nama, kerana yang menentukan waktu expired-nya nyawa kita hanya Allah Ta'ala. Kita hanya melakukan ikhtiar dalam usaha menjaga kesihatan diri dan merawat penyakit. Mohon agar diberikan kesihatan oleh Allah Ta'ala... ameenn