Tampilkan postingan dengan label Ad Durrun Nafis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ad Durrun Nafis. Tampilkan semua postingan

KITAB “AD-DURRUN NAFIS” FASAL KEEMPAT PADA MENYATAKAN TAUHID ZAT (SYEIKH MUHAMMAD NAFIS AL-BANJARI)

KITAB “ad-Durrun Nafis” SYEIKH MUHAMMAD NAFIS AL-BANJARI


PASAL AKHIR

الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)

Bermula fasal yang keempat pada menyatakan tauhid azzat

ertinya mengesakan allah ta'ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi2 maqam tiada lagi diatasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya dan kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orangyang 'arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan merekaitu dan kepadanyalah diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga2 dan sehabis2 sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam yang diatasnya daripada ini tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga nabi mursal dan malaikat yang muqarrobin sekalipun tiada sampai kepadanya

iaitu maqam kunnuhu zat allah ta'ala seperti firman allah ta'ala

(ويحذركم الله نفسه)

ya'ni dipertakuti allah ta'ala daripada sampai makrifat akan kunnuhu zatnya

(dan lagi) sabda nabi saw

(كلّكم فى ذات الله أحمق)

ya'ani sekelian kamu mendapat akan kunnunhu zat allah ta'ala ahma'

ertinya tiada mendapat kepada kunnunhu zatnya sekali2 (kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu didalam kitab aljuahir waddhurur daripada menterjemahkan kata syechnya ali khawas rodhiallahu anhu (bermula) pengetahuan akan hanya hak allah ta'ala itu tiada merasai dan mendapat akandia olih seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya allah ta'ala itu bukan ia [b]'ain yang dihukumkan akandia olih akal dan bukan ia 'ain yang dihukumkan akandia olih syuhud hati dan mata[/b]

tetapi adalah ia dibalik yang demikian itu maka bukan ia 'ain yang dikenal olih merekaitu akandia dan bukan ia 'ain yang dijahilkan olih merekaitu akandia (dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghoib iaitulah 'ain yang disyuhud dan iaitulah 'ibadat yang sempurna 'ibadat wallahu 'alam ah (shahadan) tiada yang sampai kepada maqam tauhid azzat ini

melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barangyang ada daripada segala anbia' dan aulia' yang dibawah qidamnya kerana tiada yang dijadikan allah ta'ala dengan zatnya itu hanya nabi kita Muhammad saw jua seperti yang tersebut didalam hadis jabir rhodiallahu anhu yang lagi akan datang pada khotimah (shahadan) bermula kifiyat yang mengesakan allah ta'ala pada zat itu iaitu dipandang dengan mata kepala dan dengan mata hati bahawasanya tiada yang maujud didalam ujud ini hanya allah ta'ala jua

iaitu 'ibarat daripada fana' segala zat kita dan segala zat yang lainnya daripada zat kita daripada segala makhluk dibawah zat allah ta'ala sekira2 tiada yang maujud melainkan allah ta'ala jua sendirian dan adalah ujud segala yang lain daripada segala makhluk itu menempati tiada kerana ujud yang lain daripada allah ta'ala itu bukan maujud sendirian hanya ia maujud dengan allah ta'ala jua ertinya ujud yang lain daripada allah ta'ala itu qhoim ia dengan ujud allah ta'ala tiada qoim dengan sendirinya tetapi adalah ujud yang lain daripada allah ta'ala itu khayal ertinya menempati akan ma'dum pada tempat yang maujud dan waham ertinya sangka dan bathil jua dengan dinisbahkan kepada ujud allah ta'ala (kata) syechuna al'arifi billah assyech siddiq bin umar khan rohimallah bermula segala ujud ghairrullah itu seperti ujud yang kita lihat akandia didalam mimpi jua tiada baginya haqiqat maka apabila jaga kita hilanglah ia seperti demikian itulah ujud ghairrullah apabila kita mati nescaya hilanglah ia maka baharulah pada ketika itu kita jaga dan kita lihat bahawasanya tiada baginya ujud yang sebenarnya

 (seperti) sabda nabi saw

(الناس نيام فإذا ماتوا التبهوا)

bermula segala manusia itu tidur maka apabila mati merekaitu baharulah jaga merekaitu

(maka adapun) mati itu dua perkara pada istillah ahli attassawuf (pertamanya) mati khassi namanya iaitu iaitu 'ibarat bercerai ruh daripada jasad ( keduanya) mati ma'nawi namanya

iaitu yang diisyaratkan olih rasullullah saw dengan sabdanya

( موتوا قبل أن تموتوا ومن أراد أن ينظر إلى ميت يمشى على وجه الأرض فلينظرإلى أبى بكر )

ya'ni matikan olihmu akan diri kamu ssebelum lagi mati kamu dan barangsiapa menghendak melihat kepada mayat yang berjalan ia diatas bumi maka hendaklah lihat olihmu kepada abu bakar

iaitu 'ibarat daripada mati nafsu yang amarah dan 'ibarat daripada pandang akan bahawasanya segala ghairrullah itu fana' dan tiada pada haqiqatnya 'intaha' ahma' (أحمق) buta @ tidak mampu memahami @ sukar dicapai indera-rasa'ain (عين) materi @ kehadhiran @ fenomena @ fatasia ghairullah (غيرالله) bukan ketuhanan @ selain tuhankunnuhu (كنّه) keberadaannya @ keadaannya @ hal manifestasinyama'dum (معدوم) tidak ujud @ tidak dapat dikatakan ada kerana kepastian tiadanya @ tidak juga bolih dikatakan kosong kerana tidak pernah adanyama'nawi (معنوى)

pengertian yang mendalam @ pengertian disebalik tabirmaujud (موجود) kelibat @ keberadaan @ dualisma zat (الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)

bermula fasal yang keempat pada menyatakan tauhid azzat ertinya mengesakan allah ta'ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi2 maqam tiada lagi diatasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya dan kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orangyang 'arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan merekaitu dan kepadanyalah diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga2 dan sehabis2 sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam yang diatasnya daripada ini tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga nabi mursal dan malaikat yang muqarrobin sekalipun tiada sampai kepadanya iaitu maqam kunnuhu zat allah ta'ala

seperti firman allah ta'la

(ويحذركم الله نفسه)

ya'ni dipertakuti allah ta'ala daripada sampai ma'arifat akan kunnuhu zatnya

(dan lagi) sabda nabi saw

(كلّكم فى ذات الله أحمق)

ya'ani sekelian kamu mendapat akan kunnunhu zat allah ta'ala ahma'

ertinya tiada mendapat kepada kunnunhu zatnya sekali2 (kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu didalam kitab aljuahir waddhurur daripada menterjemahkan kata syechnya ali khawas rodhiallahu anhu (bermula) pengetahuan akan hanya hak allah ta'ala itu tiada merasai dan mendapat akandia olih seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya allah ta'ala itu bukan ia [b]'ain yang dihukumkan akandia olih akal dan bukan ia 'ain yang dihukumkan akandia olih syuhud hati dan mata[/b] tetapi adalah ia dibalik yang demikian itu maka bukan ia 'ain yang dikenal olih merekaitu akandia dan bukan ia 'ain yang dijahilkan olih merekaitu akandia (dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghoib iaitulah 'ain yang disyuhud dan iaitulah 'ibadat yang sempurna 'ibadat wallahu 'alam ah (shahadan) tiada yang sampai kepada maqam tauhid azzat ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barangyang ada daripada segala anbia' dan aulia' yang dibawah qidamnya kerana tiada yang dijadikan allah ta'ala dengan zatnya itu hanya nabi kita Muhammad saw jua seperti yang tersebut didalam hadis jabir rhodiallahu anhu yang lagi akan datang pada khotimah

(shahadan) bermula kifiyat yang mengesakan allah ta'ala pada zat itu iaitu dipandang dengan mata kepala dan dengan mata hati bahawasanya tiada yang maujud didalam ujud ini hanya allah ta'ala jua iaitu 'ibarat daripada fana' segala zat kita dan segala zat yang lainnya daripada zat kita daripada segala makhluk dibawah zat allah ta'ala sekira2 tiada yang maujud melainkan allah ta'ala jua sendirian dan adalah ujud segala yang lain daripada segala makhluk itu menempati tiada kerana ujud yang lain daripada allah ta'ala itu bukan maujud sendirian hanya ia maujud dengan allah ta'ala jua ertinya ujud yang lain daripada allah ta'ala itu qhoim ia dengan ujud allah ta'ala tiada qoim dengan sendirinya tetapi adalah ujud yang lain daripada allah ta'ala itu khayal ertinya menempati akan ma'dum pada tempat yang maujud dan waham ertinya sangka dan bathil jua dengan dinisbahkan kepada ujud allah ta'ala

(kata) syechuna al'arif billah assyech siddiq bin umar khan rohimallah bermula segala ujud ghairrullah itu seperti ujud yang kita lihat akandia didalam mimpi jua tiada baginya haqiqat maka apabila jaga kita hilanglah ia seperti demikian itulah ujud ghairrullah apabila kita mati nescaya hilanglah ia maka baharulah pada ketika itu kita jaga dan kita lihat bahawasanya tiada baginya ujud yang sebenarnya

(seperti) sabda nabi saw

(الناس نيام فإذا ماتوا التبهوا)

bermula segala manusia itu tidur maka apabila mati merekaitu baharulah jaga merekaitu

(maka adapun) mati itu dua perkara pada istillah ahli attassawuf

(pertamanya) mati khassi namanya iaitu iaitu 'ibarat bercerai ruh daripada jasad

( keduanya) mati ma'nawi namanya iaitu yang diisyaratkan olih rasullullah saw dengan sabdanya ( موتوا قبل أن تموتوا ومن أراد أن ينظر إلى ميت يمشى على وجه الأرض فلينظرإلى أبى بكر ) ya'ni matikan olihmu akan diri kamu ssebelum lagi mati kamu dan barangsiapa menghendak melihat kepada mayat yang berjalan ia diatas bumi maka hendaklah lihat olihmu kepada abu bakar iaitu 'ibarat daripada mati nafsu yang amarah dan 'ibarat daripada pandang akan bahawasanya segala ghairrullah itu fana' dan tiada pada haqiqatnya 'intaha'ahma' (أحمق) buta @ tidak mampu memahami @ sukar dicapai indera-rasa'ain (عين) materi @ kehadhiran @ fenomena @ fatasia ghairullah (غيرالله) bukan ketuhanan @ selain tuhankunnuhu (كنّه) keberadaannya @ keadaannya @ hal manifestasinyama'dum (معدوم) tidak ujud @ tidak dapat dikatakan ada kerana kepastian tiadanya @ tidak juga bolih dikatakan kosong kerana tidak pernah adanyama'nawi (معنوى) pengertian yang mendalam @ pengertian disebalik tabirmaujud (موجود) kelibat @ keberadaan @ dualisma zat(kata) setengah 'arif

bermula alam ini naskhah alhaq ta'ala (dan) dan kata setengah ini cermin haq ta'ala (kata) assyech alakbar walkibriyat alahmar qadassallahu sirrahu didalam fusus dan apabila adalah haq allah ta'ala itu waqayah bagi hamba pada suatu wajah iaitu keadaan haq ta'ala itu zhohir ia didalam cermin hamba dan jadilah hamba itu bathin dan apabila adalah hamba itu waqayah bagi haq ta'ala pada suatu wajah iaitu keadaan hamba itu zhohir ia didalam cermin haq ta'ala maka jadilah haq ta'ala itu bathin

(maka engkau katalah) hai salik pada sekelian yang maujud yang dizhohirkan ini barangyang engkau kehendaki dengan segala 'itibar yang bersalah2an (jikalau) engkau kehendaki maka engkau kata iaitu makhluk yang zhohir ia didalam cermin haq ta'ala dengan 'itibar keadaan hamba itu waqayah akan ujud haq ta'ala iaitu (شهود الكثرة فى الوحدة ) ertinya pandang yang banyak didalam yang satu

(kata) syech sahami qadassallah sirrahu sebab didahulukan 'itibar ini kerana terlebih sukar pada memfahamkan dia kepada segala akal orang awam (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akandia itu haq ta'ala ertinya rupanya yang zhohir ia pada cermin makhluk dengan 'itibar keadaan haq ta'ala itu waqayah akan hambanya iaitu (شهود الوحدة فى الكثرة) ertinya pandang yang satu dalam yang banyak (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akandia itu haq allah ta'ala pun ia dan makhluk pun ia dengan 'itibar zhohir tiap2 satu daripada keduanya didalam cermin yang lain serta ketiadaan tamyiz akan dua cermin itu kerana

bahawanya segala 'itibar itu hanya thabit ia didalam ilmu haq ta'ala yang tiada mengubahkan dia olih cenderong pada segala wajah itu (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akan dia itu bukan ia haq allah ta'ala pada tiap2 wajah dan bukan ia makhluk pada tiap2 wajah dengan 'itibar beza antara dua cermin itu pada satu wajah dan iaitu wajah yang membezakan ilmu itu daripada zat (kata) syech abdul ghoni an nablussi qadassallahu sirrahu (bermula) murad keadaannya itu bukan ia haq ta'ala pada tiap2 wajah itu tetapi adalah ia 'itibar haq ta'ala itu pada wajah keadaannya maujud faqad dan murad keadaannya bukan ia makhluk pada tiap2 wajah itu tetapi adalah ia itu dengan dengan 'itibar makhluk pada wajah keadaannya berupa jua intiha'(dan) jika engkau kehendaki

maka engkau kata akan dia dengan hairan tercengang pada yang demikian itu iaitu seperti engkau kata tiada diketahui mana yang zhohir dan mana yang bathin kerana yang zhohir pada cermin itu menjadilah ia bathin dengan 'itibar keadaannya diri cermin dengan tilik yang lain (maka apabila) engkau kenal dan engkau ketahui akan segala perkara wajah ini maka sanya telah nyatalah bagimu hai salik yang dituntut olih tiap2 seorang daripada segala orangyang mutaqin akan mertabat ujud dengan 'itibar zatnya dan zhuhornya dan jika ada yaqin itu melazimkan bagi tahdid maka tiada mengapa yang demikian itu (dan) dalil yang menunjukan tahdid itu tiada mengapa atas haq ta'ala bahawasanya jikalau tiada tahdid harus bagi allah ta'ala nescaya tiada menkhabarkan segala rasul itu dengan tahwil ya'ani yang warid daripada allah ta'ala pada hadrat zhuhornya dengan bertahwil haq allah ta'ala itu pada segala rupa (kata) syech abdul ghoni alnablussi qadassallahu sirrahu

bermula murad dengan tahdid yang harus bagi allah ta'ala itu iaitu pada zhuhornya jua pada haq ta'ala tiada berubah pada sekira2 bathinnya atas barangyang ada atasnya yang maha besar lagi maha mulia intiha'faqad (فقط) semata2 @ jua @ cuma @ hanyahaq (حق) milik @ haqiqat @ kebenaran'itibar (إعتبار) metafora @ kiasan @ gagasan kaedah @ jalan pertunjukmurad (مراد) tujuan @ bermaksud @ mendatangkan ma'ana dan ma'anitamyiz (تمييز) perbezaan @ mencerai2kan hingga mendatangkan desriminasi atau kelainantahdid (تحديد) menentukan @ mempuat keputusan @ menetapkan @ kata penghujungtahwil (تحويل) penukaran @ pelencungan @ pengobahan @ tidak telus dikaitkan dengan asal bicara thabit (ثابت) yg menetapkan @ memutuskan @ tidak berobahwaqayah (وقاية) penjelmaan @ tajalli @ keberadaan @ kehadiran @ penyataan diriiaitu barang seatu daripada ahadiyat

bahawasanya allah ta'ala itu tajalli ia pada hari qiamat bagi segala makhluk rupa yang dimungkarkan maka firman ia (انا ربّكم الأعلى) ertinya akulah tuhanmu yang maha tinggi maka jawab mereka (نعوذ بالله منك) ertinya berrlidunglah kami dengan allah ta'ala daripadamu kemudian maka tajalli ia pada rupa segala 'itiqad merekaitu maka sujudlah merekaitu baginya (maka apabila) adalah sekelian yang ada itu daripada martabat haq allah ta'ala serta

bahawasanya baginya itu tahwil pada segala rupa padahal tiada rupa itu bagi segala 'ayan daripada sekira2 'adam (maka) janganlah engkau pandang akan 'ain itu samaada didalam cermin haq ta'ala atau didalam cermin makahluk melainkan kepadanya jua dan tiada tertentu yang demikian itu dengan penglihatan tetapi tiada jatuh hukum itu melainkan atasnya samaada hukum itu dengan lihat atau lainnya kerana ma'dum itu daripada sekira2 ia ma'dum tiada tetap baginya hukum maka tiada hukum itu atas segala 'ayan dengan melihat dan lainnya itu melainkan 'itibar thubutnya dalam ilmunya yang tiada bolih mengubahkandia daripada segala perkara intiha'

KITAB “AD-DURRUN NAFIS” FASAL KETIGA PADA MENYATAKAN TAUHID SIFAT (SYEIKH MUHAMMAD NAFIS AL-BANJARI)

KITAB “ad-Durrun Nafis” SYEIKH MUHAMMAD NAFIS AL-BANJARI

 
FASAL KETIGA

الفصل الثالث فى بيان توهحيد الصفات)

(Bermula fasal) yang ketiga pada menyatakan tauhidus sifat

(ya'ani)mengesakan Allah ta'ala pada segala sifat berdiri ia pada zat allah itu iaitu 'ibarat daripada fana' segala sifat makhluk sama ada sifat dirinya atau lainnya sekeliannya fana' ia didalam sifat allah (bermula kifiyat) memandang dan musyahadahkan yang demikian itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dan engkau musyahadahkan dengan matahatimu dan dengan itiqadmu bahawasanya segala sifat yang berdiri ia kepada zatnya itu iaitu seperti qudrat dan irodat dan ilmu dan hayat dan sami dan basar dan kalam sekeliannya itu sifat allah taala kerana tiada tiada ada zat yang bersifat dengan segala sifat yang tersebut itu pada haqiqatnya melainkan allah zat allah taala jua dan dibangsakan segala sifat ini kepada makhluk atas jalan majazi jua tiada pada haqiqatnya dan hanyasanya segala sifat yang tersebut itu ada ia berdiri pada segala makhluk itu iaitu mazharnya sifat Allah taala jua

(maka apabila) tahqiqlah memandangmu dengan yang demikian itu nescaya fanalah segala sifat makhluk itu didalam sifat Allah Taala yani tiada mendengar ia melainkan dengan pendengaran allah dan tiada melihat ia melainkan dengan penglihat allah taala dan tiada tahu ia melainkan dengan tahu allah taala dan tiada hidup ia melainkan dengan hayat allah taala dan tiada berkata-kata ia melainkan dengan kalam Allah Taala jua hingga yang lain daripada segala sifatnya sekeliannya itu dengan sifat Allah taala jua fana' فماء @ binasa @ lenyap @ lupus @ tiada kelihatan kerana telah menjadi sebatian kedirianmajazi مجاز @ seakan2 @ seolah2 @ metaforiktahqiq تحقيق @ menetap dengan keyaqinan serta menyaksikan(bermula) dalil yang menunjukan atas bahawasanya tiada bagi hamba itu mempunyai sekelian sifat ini dan yang ada bagi hamba itu mazhar sifat allah taala jua iaitu firman allah taala didalam hadis qudsi

(ما تقرب إلىّ المتقربون بمثل أداء ما إفترضت عليهم ولايزال الغبد يتقرب إلىّ بالنّوافل حتى أحبّه فإذا أحببته كنت سمعه الذى بسمع به وبصره الذى يبصر به ولسنه الذى ينطق به ويده التى يبطش بها ورجله التى يمشى بها وقلبه الذى يضمر به)

ertinya “tiada menghampirkan olih segala orangyang menghampirkan dirinya kepadaku itu dengan seumpama mengerjakan barangyang aku fardhukan atas mereka itu dan sentiasa hamba aku menghampirkan diarinya kepada aku itu dengan mengerjakan segala ibadat yang sunat hingga aku kasih akan dia maka apabila aku kasih akan dia nescaya adalah aku pendengaranya yang mendengar ia dengan dia dan penglihatanya yang melihat ia dengan dia dan lidahnya berkata2 ia dengan dia dan yang memegang ia dengan dia dan kakinya yang berjalan ia dengan dia dan hatinya yang bercinta ia dengan ia“

Hadis Ketigapuluh Lapan Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihattannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia”

(Shahadan) bermula kifiyat tajjali sifat itu bahawa engkau pandang akan haq allah ta'ala itu bahawasanya hamba mendengar itu dengan allah maka fana'lah daripada segala keadaan mendengar ia dengan dirinya kemudian maka apabila tetaplah tajalli sifat yang satu itu daripada hatimu maka engkau pandang pula akan sifat yang lainnya hingga habis segala sifat itu dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu seperti bashar dan kalam dan ilmu dan irodat dan 'atho' dan mani' maka tiada dipandangnya dirinya yang bersifat dengan yang demikian itu hanya menerima daripada sifat allah ta'ala jua kemudaian daripada sudah hapus segala sifat yang lainnya itu maka tajalli pula atasmu maka engkau pandanglah akan dia  bahawasanya ia jua yang bersifat haiyun maka fana'lah hayat itu daripada dirimu maka nyatalah bahawasanya tiada yang hidup hanya allah ta'ala jua maka apabila hasillah bagimu maqam fana' ini pada ketika itu maka jadilah engkau baqa' bi sifat illah maka berolih kemenanganlah engkau pada ketika itu dengan mengenal maka kenallah akan dia dengan pengenalan yang layak dengan sempurnanya dan jadilah engkau pada ketika itu fana' fi sifat illah dan baqa' bi sifat illah dan memberi tahu allah ta'ala akan dikau pada ketika itu akan segala rahsia sifatnya yang mulia itu.

'tho' (عطاء) @ memberi @ menganugerah ( khayalan, fantasia, waham, maya, sangkaan, dualisma keberadaan) Bashar (بصر) @ penglihatan @ penyaksian @ pemerhatian @ pemusatan kearah imej2 avatarbaqa' bi sifat illah (بقاء) @ sebatian @ kekal Fana' (فناء) @ binasa @ lupus @ kelenyapan @ tanpa keberangkalian ujudbaqa' bi sifat illah (بقاء بصفات الله) @ sebatian @ kekal dengan sifat ketuhananhaiyun (حىّ) @ hidup @ berfungsiIlmu (علم) @ pengetahuan @ berkeadaan mengenal sesuatu Irodat (إرادة) @ berkehendak @ membutuhiKalam (كلم) @ berkata @ berbahasa dan berbunyi dengan isyarah menggerakan bibirMani' (مانع) @ melarang @ menghalang dari memberiTajalli (تجلّى) @ menyatakan keberadaan keatas sesuatu susuk @ tubuh Tajrij (تدريج) @ satu demi satu(shahadan) pada maqam albaqa' ya'ni maqam tauhid alsifat inilah kesudahan yang diharap dan yang dimaksudnya dan yang dicita dan yang dituntut dan pada maqam tauhid as sifat inilah kesudahannya sampai dari kebanyakan dari segala anbia' dan aulia' dan tiada yang melampaui akan maqam ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barang yang ada anbia' dan aulia' yang dibawah qidamnya

(shahadan) faedah tajalli itu memandang ia akan sifat dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu kerana setengah daripada tajalli sifat itu terlebih keras daripada setengah yang lainnya dan lagi pula supaya tamkin dan tetap ia dengan yang satu itu dan manakala tamkin dan tetap dengan yang satu itu nescaya hasillah daripadanya dan kuat bertambah2 supaya dapat ia menanggung akan tajalli dzat kerana tiada kuasa seseorang menanggong akan tajalli dzat itu sebelum lagi tamkin dan tetap pada tajalli segala sifat itu didalam hati maka apabila sampailah seseorang itu kepada maqam ini nescaya jadilah ia kholifah allah ta'ala didalam bumi ini dan menjadikan allah akan dia itu ganti pada meluluskan segala hukumnya pada segala hambanya seperti nabi adam as menjadi kholifah pada segala alam ini seperti firman allah ta'ala yang tersebut didalam alquran

 (وإذا قال ربّك للملإئكة إنّى جاعل فى الأرض خليفة)

Ertinya “Tatkala berfirman tuhanmu bagi segala malaikat bahawasanya aku hendak menjadikan di dalam bumi itu akan seorang kholifah (ya'ni) yang menganti akan daku pada meluluskan pada hukumku didalam bumi maka tiada menjadikan ia akan kholifahnya melainkan bahawa mengajari akan dia akan segala asma' sekeliannya”

seperti firman allah ta'al

(وعلم آدم الأسماء كلّها)

Ertinya dan telah mengajari allah ta'ala akan nabi allah adam akan segala asma' sekeliannya dan lagi menunjuki ia pada ketika itu akan barang yang sesat dan lagi mengetahui akan segala perkara sekeliannya samaada nyata atau tersembunyi dengan pengajaran daripada allah ta'ala kerana jadi kholifahnya

seperti kata setengah 'ariffin billah

(من عرف الله لا يخفى عليه شىء

ertinya barang siapa mengenal ia akan allah ta'ala dengan sebenar2 pengenal nescaya tiada terlindung atasnya sesuatu jua pun dan lagi menganugerahi Allah ta'ala akan dia itu akan ilmu laduni iaitu ilmu yang diilhamkan allah ta'ala kepada hati hambanya dengan tiada wasitah mengambil talqin daripada masyaih iaitu ilmu yang tetap yang tiada boleh hilang dan lupa maka orang yang mempunyai ilmu itu dinamakan 'alim yang sebenarnya seperti kata Abu Yazid Albustami qadassallahu sirrahu dan lainnya bukannya orang yang 'alim itu orang yang mehafazkan ilmunya daripada kitab apabila lupa ia akan barang yang dihafazkan itu maka jadilah ia jahil dan hanyasanya orang yang 'alim sebenarnya itu iaitu orang yang mengambil ia akan dari tuhannya pada barang waktu yang dikehendakinya dengan tiada sebab hafaz dan daris maka orang itulah yang dinamakan al'alimu ar rabbani dan orang itulah yang diisyaratkan didalam


Firman allah ta'ala

(علّمنا من لدنا علما)

Ertinya dan kami ajar akan dia akan ilmu daripada kami (ya'ani) dengan tiada wasitah dengan berlajar dan setengah ilmu itu dengan wasitah berlajar kepada makhluk kepada yang demikian itu tiada dinamakan dia ilmu laduni tetapi ilmu laduni itu yang terbuka pada sirr hati daripada tiada sebab yang menghasilkan akan dia pada khorij

kata aAu Yazid Albustami qadassallahu sirrahu bagi segala ulama' zhohir pada khasnya

(أخذتم علمكم ميتا من ميت وأخذنا علمنا من الحىّ الذى لا يموت)

ertinya kamu ambil akan ilmu kamu hai ulama' az zhohir hal keadaannya mayat daripada mayat dan kami ambil akan ilmu kami itu daripada tuhan yang hidup yang tiada mati

 intiha' demikianlah hasil yang disebutkan oleih Imam Alghazali didalam Ihya Ulumuddinal'alimu ar rabbani (العلم الربّانىّ) memhami @ mengerti @ berilmu ketuhanananbia' (أنبياء) nabi2 @ pemberita2 @ tukang2 cerita @ ahli2 iluminati @ para filosof2 agamaaulia' (أولياء) wali2 @ kekasih2 tuhan @ yang bersandar setiap urusan kepada tuhankholifah (خليفة) bayangan @ wakil @ pengganti @ dibelakangkhorij (خارج) luar @ tidak dari dalamladuni (لدنى) ilmu ilham @ wahyu tanpa menuntut dari mana pihakmasyaih (مشائح) guru2 kerohanianqidam (قدم) telapak kaki @ dibawah hirakitamkin (تمكين) keadaantalqin (تلقين) ajaran @ pimpinan @tunjuk ajarwasitah (واسطة) perantaraan @ orang tengah(adapun) pada maqam ini melihatlah ia segala perkara sekeliannya samaada ia zhohir atau bathin dan terbuka baginya segala haqiqat sesuatu dengan cahaya yang nyata yang menganugerah ia allah ta'ala akan dia tiada terlindung atasnya seberat zarah juapun daripada segala alam ini dengan barang yang muafakat dengan hal mereka itu dan anugerahnya itu iaitu tiada dapat seorang juapun menegahkan dia seperti yang tersebut

didalam alquran firmannya

(كلا نمدّ هؤلاء من عطاء ربّك وما كان عطاء ربّك محظورم)

Ertinya sekeliannya kami anugerah ia akan mereka itu dan mereka itu daripada pemberian tuhanmu itu tiada tertegah dan lagi pula pada maqam ini mendengar ia akan segala seru samaada dengan lidah yang zhohir atau dengan lidah yang bathin iaitu 'ibarat daripada hathir hati samaada ia pada tempat yang jauh atau hampir jua jikalau balik jibal khof sekalipun yang seru itu nescaya didengarnya jua kerana padanya itu hampir jua sekelian alam ini (dan warid daripada) hadith bahawasanya sekelian alam ini pada aulia' allah ta'ala itu seperti qidam jua dengan semata2 anugerah allah ta'ala dan rahmatnya maka bersungguh2lah engkau hai saudaraku menuntut yang demikian itu supaya engkau dapat akan dia (dan) bersungguh2 lah engkau pada memintak doa kepda allah subhanahu wata'aka kerana allah subhanahu wata'ala itu memperkenan pinta orang yang meminta

seperti Firman allah ta'ala

(أدعوني أستجب لكم)

Ertinya Minta olehmu kepada aku nescaya aku perkenankan bagi mu hathir (حطر) bisikan @ goyangan @ detak- detik jabal khof (جبل قاف) bukit khaf warid (ورد) kehendak @ ya'ni @ dimaksudkan @ tujuan (shahadan)

bersalahan ulama' pada segala sifat itu adakah ia diri zat atau lain daripadanya (kata) ulama' usulluddin ya'ni ahlus sunnah wal jumaah rodhiallahu anhu bahawasanya segala sifat ini sekeliannya qodim seperti zatnya jua dan qodimnya pun dengan qodim zat jua dan ujudnya pun dengan ujud zat jua ya'ni tiada bolih tanggal daripadanya tetapi adalah ia ma'ani yang berdiri kepada zat tiada lain daripada zat lagi bertambah atasnya maka pula ini adalah allah ta'ala qodirun biqudrotih muridun bi irodatihi dan alimun biilmihi haiyun bihayatihi samiun bisam'hi dan basirun bibasrihi dan mutakallimun bikallamihi (dan) kata ulama' ahlu attassawuf ya'ni 'ariffin billah qadassallahu asrarrahum bahawasanya segala sifat itu diri mausufya'ni diri zat maka atas qaul ini adalah allah ta'ala qodirun bizatihi dan muridun bizatihi dan alimun bizatihi dan samiun bizatihi dan basirun bizatihi dan mutakallimun bizatihi tiada lainnya

(dan kata) syechuna al'arif billah maulana as Syech Siddiq Ibni Umar Khan talmiz almarhum alqutub ar rabbani Maulana as Syech Muhammad bin Abdul Karim as Saman almadani rodiallahu anhuma

(bermula qaul) yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri mausuf tiada lain daripadanya maka iaitu atas jalan kasyaf dan musyahadah kerana qaul ini sabit pada mereka itu ya'ni ahlu attassawuf pada jalan kasyaf dan musyahadah kerana merekaitu sentiasa musyahadahkan allah maka dibukakan olih allah ta'ala akan merekaitu dinding sifatnya maka tiada dilihatnya dan didapatnya olih merekaitu akan sifat itu berdiri kepada ma'ni yang qoimun ia kepada zat dan hanya yang dilihat dan yang didapat olih merekaitu sifat itu berdiri kepada zat jua dan lagi pula mengambil dalil merekaitu dengan akal jikalau bahawasanya sifat itu lain daripada mausuf nescaya adalah allah ta'ala itu majhul yang berkehendak kepada sifat yang mengenalkan dia maha suci allah ta'ala daripada yang demikian itu tetapi adalah ia terlebih ma'rifah daripada segala yang ma'rifah

(bermula) qaul yang mengatakan bahawasanya sifat itu lain daripada zat dan lagi bertambah ia atasnya maka iaitu atas jalan ajal dan 'itiqad iaitu terupa ia pada pihak akal kerana ia isim mushtaq maka tiap2 isim mushtaq itu tiada dapat tiada baginya daripada mushtaq minhu iaitu seperti qodirun umpamanya maka iaitu isim mushtaq ertinya yang diterbitkan maka tiada dapat tiada baginya itu mushtaq minhu yang diterbitkan daripadanya iaitu qudrah ya'ni bahawasanya qodirun itu isim fa'il yang diterbitkan ia daripada masdar iaitu qudrah maka qudrah itu iaitu sifat lain daripada zat tetapi tiada baginya ujud sendiriannya hanya ujudnya itu dengan tiada tanggal ia daripadanya dan qodimnya pun dengan qodim zatnya jua (dan lagi) qaul terupa yang demikian itu pada 'iqtiqad kita sebelum lagi sampai kepada maqam mukafahah ya'ni berhadapan dan musyahadah ya'ni berpandangan (adapun) jikalau sudah sampai kepada maqam mukafahah dan musyahadah maka tiada dilihat disana sifat ini lain daripada saufun intiha' dimithalkan seperti seorang orangyang dicari umpamanya dikhabarkan olih seseorang akan dia akan sifat hajarrul aswad itu seperti dikata orang baginya bermula hajarrul itu sangat hitam umpamanya maka 'itiqadkan olih orangyang belum melihat ia akan hajarrul aswad itu seperti yang disifatkan olih orangyang pada akalnya tatkala sebelum ia melihat dia sebab ada berdiri hitam itu kepadanya hingga dikata ia yang hitam

maka menjazamlah pada 'itiqadnya dengan demikian itu kerana tiada dapat sekali2 dirupakan olih akal dikatakan yang hitam itu jikalau tiada berdiri hitam kepadanyalah maka dikata ia yang hitam maka tatkala sampailah ia kenegeri mekah umpamanya terpandanglah ia dengan dia dan dilihatlah akan haqiqatnya sebenarnya jua hajarrul aswad itu yang hitam seperti yang dikhabarkan olih orang itu jua maka hilanglah pada ketika itu 'itiqadnya yang mengatakan hitam itu berdiri kepada hajarrul aswad kerana sudah musyahadah nyata ia dilihat pada ketika itu tiadalah dilihat yang hitam berdiri berdiri kepada kepada lainnya daripada hajarrul aswad tetapi yang hitam itulah zat hajarrul aswad tiada lainnya faifham wassalam (soal) jika ditanya orang apa perbezaaan mazhab ahlu attassawuf ini dengan mazhab mu'tazillah (jawab)

bahawasanya mazhab mu'tazillah yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri zat tiada lain daripadanya dan tiada bertambah atasnya itu iaitu 'itiqadkannya dengan ittihad ertinya bersuatu iaitu seperti bahawa ada bagi zat itu ujud istiqlal dan ada bagi sifat itu ujud istiqlal maka dicampurkan keduanya itu menjadi satu seperti bercampur sakarnabat dengan air maha tinggi allah ta'ala daripada sangka mu'tanzillah yang bidaah fasik itu dengan ketinggian yang amat besar (shahadan) bahawa maqam tauhidus sifat inilah maqam yang tetap dan rosih maka ratkala sudah habis segala tajalli sifat itu didalam hati maka dianugerahkan allah ta'ala akan dia pada ketika itu kuat yang dapat ia menanggong akan tajalli zat jika dikehendaki allah ta'ala maqam inilah yang menyampaikan orang yang arif itu kepada maqam yang diatasnya iaitu maqam tauhiduz zat inilah maqam yang keempat daripada segala maqam ariffin wassalamfaifham (فإفهم)

 maka fahamkanlah'itiqad pegangan (إغتقاد) @ pendapat @ fahaman @ doktrin anutanistiqlal (إستقلال) didatangkan @ dipindahkanjazam (جزم) berpegang teguh @ menetapkasyaf (كشف) berpandang tebus @ landas seakan melihat realitimajhul (مجهول) yang di bodoh @ didungukan disifatkan sebagai tolol @ diperkecil2kan @ diperbudak2kanmasdar (مصدر) nama terbitan @ pronounmukafahah (مكافحه) mengawal serta membiasakanmu'tazillah (معتزلة) kaum rationalis islam yang berpandulkan akaliyah dan tidak melibatkan diri dalam pertentangan politik antara ali ibn abu mutholib dan mu'awiyah bin abu sofyan musyahadah (مشاهده) penyaksian seakan2 fokus, lantas.. hadap meghadapimushtaq (مشتق) isim atau kata nama yang dibina dari nama terbitan.. dengan berasakan tiga huruf asas namun memiliki ma'ani yang berbeza umpamanya: (قال و وإستقلال)qodim (قدم) dari awalan tanpa awalanqoimun (قائم) berdiri sendiriansabit (ثبت) tetap @ keputusan @ tidak ada perubahansakarnabat (سكرنبات) gula ato manisan yang tersuling/ diperah dari tanam2an ato buah2anrosih (راسخ) jelas @ berunsur fakta @ logikasifat (صفة) oknum zat @ dualisma zat @ penyataan intipatitalmiz (تلميذ) murid @ pengikut @ perlajar @ penuntut bukan penkajitanggal @ bercerai @ berpisah @ tidak sebati @ didalam atau diluar @ tidak bersatuzat (ذات) intipati @ materi awalan tanpa definasi