Tampilkan postingan dengan label doa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label doa. Tampilkan semua postingan

Doa Selepas Azan


Bismillahirrahmanirrahim

Di ulang siaran dari sini...

Ustaz mengingatkan agar kita semua tak lupa untuk berdoa selepas Azan.  Setiapkali mendengar Azan, kita jawab azan, kemudian berdoalah... Biar timbul teruja untuk berdoa selepas azan kerana telah disebutkan dalam hadis Nabi SAW iaitu; jika membaca doa selepas azan InsyaAllah akan ada peluang untuk kita mendapat syafaat Rasulullah SAW di hari pembalasan nanti...InsyaAllah.  Ditegaskan, jika terlepas mendengar azan bila masuk waktu, berusahalah mencari azan di mana2 untuk merebut peluang agar dapat berdoa selepas azan.

Dari Jabir ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang ketika - sudah selesai - mendengarkan azan lalu mengucapkan "Allah humma rabbaha zihid da' watit dammah, wassola tilko imah, atisaiyiddana muhammadanil wasila tawal fadhilah, waba athhul maqam almahmu danil ladzi wa ath' dhah." yang ertinya: "Ya Allah yang Maha Menguasai doa yang sempurna serta solat yang akan didirikan ini, berikanlah kepada Muhammad wasilah dan keutamaan, bangkitkanlah ia pada kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan," maka akan dapatlah ia memperoleh syafaatku pada hari kiamat."  (Riwayat Bukhari)

Wallahu'alam.

Doa Yang Bermula Dengan Rabbana dalam Surah al-Furqan

Bismillahirrahmanirrahim

Berikut ialah doa yang bermula dengan Rabbana dalam; 
Surah al-Furqan di ayat 65 - 66:



yang bermaksud:

[65]Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan

[66]Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat 
tinggal yang amat buruk”;


dan Surah al-Furqan ayat 74:

yang bermaksud:
[74]Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Wassalam.

Doa yang bermula dengan Rabbana dalam Al-Quran



Doa yang bermula dengan Rabbana iaitu "Wahai Tuhan kami..." di dalam al-Quran:

Surah al-A'raf ayat 23





maksud:

Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.



Surah Ibrahim ayat 41


maksud:
“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”



Surah al-Kahfi ayat 10


maksud:
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.


Doa yang bermula dengan Rabbana dalam Surah Ali Imran

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan hari Jumaat, penghulu bagi segala hari. Banyak2 kita berdoa ke hadrat Allah SWT, banyak berselawat ke atas Nabi SAW, banyak menderma dan bersedekah dan rajin2 kita membaca Surah al-Kahfi sekurang-kurangnya bagi 10 ayat terawal; hari ini... InsyaAllah


Doa-doa yang bermula dengan ucapan Rabbana yang terkandung di dalam Surah Ali Imran ialah:


  • Surah Ali Imran ayat 8


(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.



  • Surah Ali Imran ayat 16


(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka”;


  • Surah Ali Imran ayat 147


Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

  • Surah Ali Imran ayat 194


Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”.


Doa yang bermula dengan Rabbana dalam Surah al-Baqarah

Bismillahirrahmanirrahim


Doa-doa yang bermula dengan ucapan Rabbana di dalam Surah al-Baqarah: 

  • Surah al-Baqarah ayat 127


Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;



  • Surah al-Baqarah ayat 201


Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.



  • Surah al-Baqarah ayat 286

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.



Doa Masuk ke Masjid dan Doa Keluar dari Masjid

Bismillahirrohmanirrohim

Semasa dengar Kuliah Maghrib mata hanya tertumpu ke depan.  Jadi tanpa sengaja, selalu lah terpandang seorang pakcik yang sesekali keluar semasa kuliah sedang berlansung.  Setiap kali nak keluar dari pintu masjid, pakcik tersebut terus berhenti sekejap sambil angkat tangan berdoa.  Tak lama lepas tu, ternampak beliau sekali lagi mengangkat tangan sebelum kembali masuk ke ruang solat.  Amalan beliau sering tak lepas dari perhatian saya kerana ianya berlaku berulang-ulang selama beberapa lama.  Itu yang jadi semangat untuk ikut membaca doa bila nak masuk dan keluar dari masjid.  

Tapi rasa musykil pulak ke mana agaknya pakcik tu dah pergi sebab rasanya dah agak lama tak nampak kelibat beliau di ruang solat utama.  Dah lama tak nampak beliau yang selama ini sering istiqamah dengan amalan membaca doa masuk dan keluar masjid.   Moga beliau sihat-sihat saja... aminn



Doa Pergi Ke Masjid

most beautiful
 Bismillahirrahmanirrahim

Semasa sedang menuju ke masjid, bacalah doa:
Allahummaj 'alfi qolbi nuro
wafi lisani nuro
waj 'alfi sam'ie nuro
waj 'al fi basori nuro
waj 'al min kholfi nuro
wamin amami nuro
waj 'al min fauqi nuro
wamin tahk ti nuro
Allahumma 'aktini nuro


Sering diperingatkan agar tidak lupa untuk membaca doa pergi ke masjid. Sebagaimana disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Dari Ibnu Abbas r.a, beliau berkata, adalah Rasulullah SAW apabila baginda pergi ke masjid, baginda berdoa 
“Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hatiku
dan cahaya pada lisanku 
dan jadikanlah cahaya pada pendengaranku 
dan jadikanlah cahaya pada penglihatanku, 
dan jadikanlah cahaya dari belakangku 
dan cahaya dari depanku 
dan jadikanlah cahaya dari atasku 
dan cahaya dari bawahku, 
Ya Allah anugerahkanlah aku cahaya”.    
(Muttafaq’alaih).

Dengan setiap doa yang kita lafazkan, bermakna hati kita sentiasa mengingati Allah dan mengharap hanya kepada-Nya.  Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 152 
 
yang bermaksud:
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).


Doa keluar dari rumah


Semasa sesi kuliah hadith tempohari ustaz telah menerangkan tentang sunnahnya keluar dari rumah dengan kaki kanan. Tetapi perlu diingat keadaannya berbeza semasa kita hendak keluar dari masjid. Bila melangkah keluar dari masjid, adalah menjadi sunnah keluar dengan kaki kiri. Kata ustaz, langkahkan dulu kaki kiri, letakkan kaki kiri di atas selipar dan dalam masa yang sama surungkan kaki kanan memakai seliper. Menyarung seliper sunnah mulakan dengan kaki kanan. Melepaskan seliper dari kaki sunnah mulakan dengan kaki kiri.

Dari Abu Hurairah r.a bahasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila seseorang dari engkau semua mengenakan terumpah, maka hendaklah mendahulukan yang kanan dan apabila melepaskannya, maka dahulukanlah yang kiri. Hendaklah yang kanan itu yang pertama di antara kedua kaki yang dikenakan terumpah dan yang terakhir ketika dilepaskan." (Muttafaq 'alaih)


Jadi semasa kita keluar dari rumah, langkahlah keluar dari pintu dengan kaki kanan. Sesungguhnya ikut sunnah dapat pahala, tak ikut sunnah kiranya ia berupa aktiviti semata-mata. Niat ikut sunnah (1)untuk dapatkan redha Allah dan (2)untuk ikut amalan Rasulullah s.a.w. Ketika keluar dari rumah itu kita bacalah doa, bertawakkal pada Allah sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w...


Dari Anas r.a katanya Rasululllah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang mengucapkan, yakni ketika keluar dari rumahnya: Bismillah, tawakkaltu 'alallah wa la haula wala quwwata illa billah - artinya: Dengan menyebut nama Allah, saya bertawakkal kepada Allah, maka kepada orang itu dikatakanlah: "Engkau telah diberi petunjuk, telah pula dicukupi keperluanmu, juga telah diberi penjagaan. Syaitan pun menyingkirlah dari orang tersebut."


Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Termidzi dan Nasa'i serta lain-lainnya. Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan. Abu Dawud menambahkan lalu berkata: Bahwa syaitan yang satu berkata kepada syaitan lainnya: "Bagaimana engkau dapat menggoda orang yang telah diberi petunjuk, telah dicukupi dan telah pula diberi penjagaan."


***Alhamdulillah, hadis yang disyarah oleh ustaz
di surau telah dibalik semak dalam
kitab Riyadhus Shalihin (Taman Orang-orang Salih)
Imam Nawawi

Doa untuk dapat kemudahan dunia dan akhirat


Ustaz yang sampaikan kuliah berpandukan kitab Penawar Bagi Hati di masjid kami ada menitipkan saranan, agar sering2 kita amalkan baca....



Lailahaillallah





Muhammadarrasulallah






sallallahualaihi wasallam




dan di-ikuti dengan

La hawla wa la quwwata illa billah hil aliyil adzim





Kata ustaz, amalkan membaca rangkaian kalimah tersebut, jika mampu sebanyak 100x sebelum tidur dan 10x setiapkali selepas solat..


Lailahaillallah
Muhammadarrasulallah
Sallallahualaihiwasallam
La hawla wa la quwwata illa billah hil aliyil adzim


***Sama2 amalkan apa yang baik InsyaAllah, moga dengan zikir kita InsyaAllah akan mendapat kemudahan di dunia dan akhirat...aminn


Ucapan Sebelum Masuk Rumah

Ustaz yang sampaikan kuliah zohor di ofis suami menyarankan elok jika kita amalkan baca beberapa ayat sebelum kaki melangkah masuk ke dalam rumah....


Ada 3 langkah iaitu:
mula-mula kita bagi salam...
Assalamualaikum



diikuti dengan:
berselawat ke atas Nabi SAW



diikuti dengan
membaca Surah Al-Ikhlas

Doa nak tidur

Jam dah melepasi pukul 11.30 malam. Sebelum masuk tidur nak kisahkan sikit apa pesan ustaz tentang apa yang sebaiknya kita baca sebelum lelapkan mata. Ustaz selitkan pesanan tu dalam kelas Bahasa Arab dan Hadith di surau baru-baru ini.


Sebelum tidur, kita bacalah....

doa nak tidur iaitu:

ayat kursi


Tiga Qul iaitu:
Surah Al-Ikhlas,


Surah Al-Falaq,

dan...
Surah An-Nas


Kata ustaz, elok jika ditambah baca satu lagi iaitu:

Surah Al-Kafirun


Pesan ustaz, elok lah kita tidur awal agar kita dapat terjaga untuk bangun di sepertiga malam. Elakkan menonton tv atau berbuat perkara sia-sia hingga ke larut malam. Jika lewat sangat tidur bukan hanya kita tak terbangun untuk Solat tahajjud malah dikhuatiri Subuh pun nanti terlewat. Wallahu'alam.

Doa Naik Kenderaan


Ajal maut di tangan Allah. Kita tak dapat menolak ketentuan Allah tetapi jangan kita ketepikan ikhtiar dan usaha. Kita berdoa pada Allah mohon keselamatan sebelum memulakan satu-satu perjalanan sebagai salah-satu ikhtiar kita sebelum kenderaan bergerak mengikut adab-adab tertentu di jalanraya. Selebihnya, kita hanya berserah dan bertawakkal pada Allah SWT.


Naik je kenderaan, kita angkat tangan berdoa....

Subhanalladzi sakhara lana hadza wama kunna lahu muqrinin wainna ila robbina lamunqalibun...


Maksudnya:

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!
(Surah Az Zukruf 13-14)


Doa Selepas Makan


Kalau sebelum makan kita istiqamah angkat tangan baca doa sebelum makan, mari kita istiqamah pula berdoa bila dah habis makan. Kita kenyang dengan izin Allah, alhamdulillah. Jadi kita angkat tangan sekali lagi berdoa sebagai mensyukuri nikmat makanan yang Allah kurniakan.. alhamdulillah.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Alhamdulillahilladzi ‘ath’a mana wa saqana waja’alana minal muslimin

Maksudnya :

Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim.