Tampilkan postingan dengan label dari dapur. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dari dapur. Tampilkan semua postingan

Makaroni Bakar ala-ala Lasagna

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam buat lagi Makaroni Bakar yang ala-ala Lasagna tu.  Memang sedap dan menyelerakan.  Dulu2 kalau buat makaroni bakar asyik2 buat cara biasa yang bila nak mula membakarnya, combine makaroni dan bahan2 yang ditumis dengan bancuhan telor.  Lepas dah siap bakar, boleh la makan makaroni bakar tu dengan air penyicah.  Pun sedap juga cara yang itu, tapi selera anak2 sekarang ni lebih suka pada yang ala-ala western ni... rasa macam makan spageti pun ya juga bila makan Makaroni Bakar ala-ala Lasagna ni.

Cara nak buatnya senang je, jom kita tengok
Bahan dan langkah 1:
seulas bawang puteh, 5 ulas bawang merah/satu labu bawang merah besar, daging lembu impot rm5, tomato puri Kimbal 1 tin(430g), garam dan gula, sesudu besar margerin.
Ok, mula2 panaskan margerin, lepas tu tumis bawang puteh dan bawang merah yang dicincang,  Kemudian masukkan daging yang dah dimesin kering/dicincang lumat.  Tambahkan air untuk empukkan daging.  Bila daging dah masak bolehlah tuangkan tomato puri atau buah tomato yang dah dimesin.  Perisakan dengan garam dan sedikit gula.  Ketepikan buat sementara.

Bahan dan  langkah 2:
Makaroni  2 cawan
Makaroni direbus jangan terlalu empuk.  Kalau empuk sangat dah jadi tak sedap.
Dah siap rebus gaul dengan sesudu margerin/minyak kemudian toskan.  Ketepikan buat sementara. Masuk margerin untuk taknak bagi makaroni melekat2 sama sendiri.

Mula panaskan oven 160' dengan loyang yang dah disapu margerin.

Bahan dan langkah 3: (cara buat Sos Puteh)
susu cair 1 cawan + air masak 1 cawan, lada hitam yang ditumbuk, sesudu besar tepong gandum + sedikit air, garam dan gula, sesudu besar margerin, sekeping cheesedale
Panaskan margerin, kemudian masukkan susu cair di-ikuti dengan cheese.  Masak hingga cheese mencair sepenuhnya baru masukkan serbuk lada hitam. Kemudian masukkan bancuhan tepong gandum untuk memekatkan sos.  Perisakan dengan garam dan sedikit gula.

Langkah berikutnya:
Campurkan 1 dan 2 biar serata. Ratakan campuran daging dan makaroni itu dalam loyang, tekan2 kan biar padat.  Kemudian tuangkan sos puteh, biar rata sepenuhnya. Sebelum bersedia untuk membakarnya, susun kepingan cheesedale rapat2 atas sos puteh hingga memenuhi loyang makaroni.  Bakar selama 30 - 35 minit dengan kepanasan oven 160'. 

Sekian cerita dari dapur di petang Ahad.  Selamat berbahagia, moga sentiasa diberkati Allah... aminn

Lempok Durian Istimewa



Semalam buat lempok lagi.  Kali ni buat pakai durian Tanjung Malim.  Teramat lah sedap isi durian kampung ni, manis dan ada rasa pahit2 sikit.

Sekarang musim agaknya, lalu kat mana-mana je nampak orang jual durian. Bila dah banyak gitu, dapat murah lah kalu nak beli borong.  Alhamdulillah dapat 23 biji semuanya dengan harga rm40.  10 biji darinya yang saiz XL, durian kampung tapi isi tebal, bijinya kecik je.


nurnur
Time mengopek nya lah yang payah sikit dengan durian nya yang baru luruh, kulit pulak tebal... adoiii..
nurnur
Tapi bila dah selesai, suka hati dapat 4 bekas besar durian; 2 bekas untuk nak buat lempok, dua bekas lagi untuk buat makan saja, wat pengat, cekodok dan tempoyak.  Kiranya tiada hari tanpa durian lah kami dalam dua tiga hari nih.. ha ha..


Cara buat lempok ni mudah.  Hanya masak sampai kering ulas-ulas durian(bersekali dengan biji2nya), semangkuk gula (tambah/kurangkan ikut kesesuaian rasa) dan sedikit garam untuk ambik rasa.  Tapi time kacau durian atas dapur amat memerlukan tumpuan.  Tak boleh curi2 masa nak balas sms atau lari kejap ke mana-mana.  Kalau ditinggal alamatnya hangit lah. Jadi kena fokus tunggu lempok sampai siap jadi lempok.  Kalau dapat bergilir2 kacau, Ok lah.  Tapi kalau seorang je yang jadi tukang kacau, mesti ditutup dulu api dapur jika tiba2 ada keperluan lain.  

nur
 Biji2 durian akan terlerai sendiri dari lempok 
bila lempok dah masak well done
 

nur
Lempok Durian sangat sedap dan istimewa.  Ia berbeza dengan dodol durian. Bagi yang belum pernah terai, sila lah terai.  Tapi pastikan anda mendapat lempok durian yang sedap baru dapat menghargainya. 
Alhamdulillah syukur dengan nikmat makanan kurniaan Allah.


Sup Tulang Rusuk Tiga Rasa


Nama Sup ini saya dapat semasa kami pergi kenduri di rumah salah-seorang jiran.  Saya tanya kenapa tiga rasa?  Sambil tersenyum tuan rumah pun mula bukak cerita. Nama Sup Tiga Rasa tu beliau dapat dari satu warung sup tersohor yang begitu sedap rasa supnya.  Pakcik yang jadi tuan warung tu kata 3 rasa tu adalah sempena kombinasi resepi dari 3 negeri.. saya lupa lah pulak nama2 negeri yang disebut beliau.. he heh

Sup yang kami makan di rumah beliau tempohari teramat lah berperisa.  Memang secukup rasa, boleh bukak kedai... ha ha.. Nak tahu sama apa rahsianya?  Jom tengok camane...
  1. Mulakan kerja dengan kalimah Bismillahirramanirrahim
  2. Basuh tulang rusuk atau lain-lain bahagian tulang lembu dengan bersih.
  3. Rebus hingga empuk.
  4. Selepas empuk masukkan bahan-bahan:
  • sup bunjut (kalau tulang sekilo masukkan 3 sup bunjut)
  • rempah sup satu sudu besar (bancuh dengan sedikit air)
  • halia 3 inci
  • lengkuas 4 - 5 hiris
  • serai 2 batang diketuk
  • bawang puteh 5 ulas
  • garam
  • sedikit cili padi ditumbuk(ikut kesesuaian rasa)
  • perahan asam limau nipis
  • bawang goreng
Semasa menghidang taburkan lagi bawang goreng untuk menyedapkan lagi rasa.  Tabur hirisan daun sup jika suka. 
Saya suka cuba-cuba resepi, jadi selepas dapat cara yang ini terus tak lepaskan peluang mencuba lebih2 lagi alhamdulillah en suami bawak balik banyak tulang lembu semasa hari raya kurban hari tu.  

Satu perkara yang jangan kita lupa ialah, iringi kerja-kerja memasak di dapur dengan zikrullah.  Semua orang masak sup, ada yang guna kaedah sama dengan kita pun tapi sup kita nanti InsyaAllah akan lebih berperisa dan sedap dimakan seisi keluarga bilamana kita memasaknya sambil mulut dan hati tak henti-henti berzikir mengingati Allah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW...


Cara Rebus Perut Muda Lembu



Alhamdulillah, Raya kurban kali ni dapat perut muda.  Perut muda yang dimaksudkan ialah perut muda lembu.  Perut muda memang teramat lah sedapnya apalagi bila dimakan cicah2 dengan kuah dia.  Perut muda sedap dimakan panas-panas dengan nasi puteh.  Kalau lama dibiarkan terhidang maka lemak akan mengeras, dah tak sedap dimakan.   Jadi sebaiknya terus dimakan selepas dipanaskan.

Cara nak rebus perut muda ni senang je.  
  1. Kena basuh perut muda bersih2 dengan kapur makan.  
  2. Lepas tu direbus hingga empuk.  
  3. Hanya tambahkan sedikit garam buku. 
  4. Ambil air rebusan perut muda yang pekat untuk dijadikan kuahnya.  Campurkan dengan hirisan bawang besar, sedikit belacan, perahan air limau nipis dan hirisan cili padi.  Sedappp... alhamdulillah.

Kueh Gulung

Nak tunjuk menu kueh yang jadi faveret kami seisi keluarga. Kueh Gulung yang memang sedap lagi mengenyangkan. Nak buat pun senang... adunan sama cam nak buat roti jala, bezanya kueh gulung tambah masuk air dari daun pandan yang dimesin. Kueh gulung tak dapat dipisahkan dari aroma pandan, jadi agak tak sedap le kueh kalu tak boh air daun pandan atau sekurang-kurangnya pandan paste ready-made.

...btw, tazkirah Ramadhan banyak yang tertunggak,,, tak sempat nak taip masuk blog... InsyaAllah pas pas ni bila dah selesai tugasan akan dikongsikan secepat mungkin. Falsafah ilmu, tidak ada yang out-dated...kan... Mohon doa-doakan ya, moga Allah permudahkan urusan.. aminn

Lepat Pisang


Lepat Pisang adalah antara kuih yang tak jemu2 buat, makan. Best, sedap lagi mengenyangkan..he he
Semalam buat lagi untuk en suami bawak pegi Surau. Wakilkan en suami dan anak bujang je pegi join majlis berbuka puasa di Surau. Jadi dek nak habiskan pisang emas setandan yang tiba-tiba je nampak masak sendiri kat pokok, tu yang sekali lagi buat lepat pisang.

Enak banget, saya just pakai resepi agak-agak je bahan banyak mana. Buat lepat pisang ni senang je, as easy as buat jjepput pisang. Tapi diperturunkan jugak resepi agak- agak tu kat sini, senang untuk rujukan anak-anak gadisku terutamanya.. hehe

Lepat Pisang
Bahan2:
  • Pisang emas saiz kecil 20 - 25 biji
  • tepung dalam satu cawan
  • gula 1 1/2 sudu besar
  • manisan (nise kecik) setengah karet(masukkan dalam plastik, tumbuk sampai hancur)
  • garam sikit
  • santan setengah cawan
Cara:
  1. Lecekkan pisang + gula + nise.
  2. Campurkan lain-lain bahan.
  3. Bungkus dalam daun pisang.
  4. Kukuslah selama 15 minit.

Kuih Sagu kaler Blueberry

Kuih sagu yang diterampilkan dengan kaler purple... cantik menarik gitu di mata saya.. he he
Kalau selama ini sebut nak buat kuih sagu je mesti terbayang kalu tak kaler merah, kaler ijau. Yang pasti orang selalunya titikkan kaler merah je dekat kuih ni. Tapi kami sepanjang Ramadhan ini tukar sikit, dah 3x kalerkan ia dengan kaler purple...he he... very nice, kaler blueberry.. mevariasikan penampilan dan mood yang berbeza...:))

Sira Pisang Tanduk


Posting ke 2 hari ini selepas post pasal Tazkirah pada 6 Ramadhan.

Nak tunjuk kueh untuk buat berbuka petang ni.... Dalam sibuk2 buat larian di dapur, sempat buat Sira Pisang Tanduk yang sangat maveles! Time bulan2 puasa ni, asyik ingat nak menyira je... Sira Pisang memang best sangat kalu makan time bulan puasa ni.

Pisang tanduk tu en suami yang belikan semalam. Beli tiga biji yang kulitnya dah betul2 kuning, risau saya takut dah terlebih masak tak sedap pulak nak menyira. Tapi tengok2 hari ni, ok pulak... just nice rupanya pisang yang suamiku belikan tu.. he he

Siapa-siapa yang belum tercetus idea nak buat kueh apa untuk berbuka nanti, jom menyira sama... lepas siap sira, tunggu sejuk jap terus masuk peti-ais... karang kul 7.20 InsyaAllah dah sejukkk untuk dimakan... alhamdulillah.

Selamat berbuka puasa petang nanti ... assalamualaikum wrt hi wabarakatuh.

Kacau LEMPOK





Hari ini rasa berganda sakit di bahu dek kacau lempok. Sakit yang peringkat awal bermula sejak malam tadi lagi, dek duk bertungkus lumus 'cekoh' durian... he he

Lempok Durian sememangnya best, memang tersangatlah sedap dan bermutu.... dengan syarat ia di-kacau sampai 'seghing' orang Kelantan kata. Seghing bagi lempok maksudnya lempok jadi agak kering hingga dah tak melekat pada kuali dan takde lagi rasa melekit2 di jari.

Bila masak seghing, InsyaAllah lempok akan tahan lama walau pun tak disimpan dalam petiais. Manisnya kena cukup dan mesti dibubuh sedikit garam sebagai 'ambik syarat' orang kata. Bila dah masak elok tu, biarkan betul-betul sejuk baru mula di-pek samada masuk dalam plastik atau tupperware.

Awas ya... kalau tak betul2 sejuk, dikhuatiri tak lama mana lempok nanti akan jadi berkulat... wat rugi je... dah le nak membuatnya menagih kekuatan mental dan fiikal yang bukan sikit... ha ha..

Sekian cerita dari dapur... :)


Resepi Cheese Tart


Kisahnya....

Semalam semasa di kedai jual bahan buat kueh, tiba2 anak saya tunjuk satu objek yang biasa ada di dapur kami. Waaah.. excited pulak tengok kulit tart pun diaorang jual sekarang ni. (.. ke dah lama jual,
maybe saya je yang tak tau, tak ikut perkembangan..he he)

Dalam dunia yang serba nak cepat ni, memang melegakan jika dapat tau ada pastri rapuh dijual ready-made. Ibu2 yang berkerjaya khususnya tentu saja agak bizi dan takde banyak masa sangat untuk buat kulit tart... jadi nak senang, boleh beli je yang ready-made tu... Balik rumah tinggal bancuh inti je then bakar... kita bakor je.. he he


Dek teruja tengok kulit tart tu, saya nak post citer dari dapur kali ni. N3 pertama yang citer pasal masak2. Sebagai selingan InsyaAllah sesekali akan terus diselitkan resepi @ menu dari dapur kami... orite kot!?*# ...


RESEPI CHEESE TART


Kulit:
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1/2 cawan gula halus
  • 3/4 ketul butter
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit air dingin untuk jadikan doh

Cara:

  1. Bahan2 kering dicampur dengan butter, gaul ramas guna hujung jari jadikan macam serbuk roti.
  2. Masukkan telor dan air dingin, jadikan doh. Elakkan dari ambil masa yang lama bermain dengan doh, takut nanti doh jadi keras dan kecut. Bahan2 perlu diadun secepat mungkin.
  3. Bungkus doh dalam plastik dan sejukkan dalam petiais selama sejam sebelum dicanai.
  4. Setelah dikeluarkan, canai dan lapiskan ke dalam acuan-acuan tart kecil.
  5. Bakar kosong pada 175'C selama 10 minit sehingga kuning keemasan. Sejukkan.
Inti:
  • 250 gm krim cheese
  • 50 gm gula halus
  • 20gm butter
  • 1 biji telur

Cara:

  1. Pukul semua bahan kecuali telor sampai fluffy, last sekali baru masukkan telor.
  2. Isi filling dalam kulit tart dan bakarlah selama lebih-kurang 10 minit...
  3. ..dah siap dan sedia untuk dimakan. Untuk storage, masukkan dalam tupperware dan simpan dalam petiais.