Tampilkan postingan dengan label Kitab Usul Diri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kitab Usul Diri. Tampilkan semua postingan

KITAB USUL DIRI (SIRI 8) :…SIFAT 20, SIFAT MA’ANI



Mengenal diri pada pelajaran yang ke 8 ini kita akan bercakap tentang sifat ma'ani, sifat ini adalah sebahagian daripada ilmu di dalam sifat 20

Soalan:
Mengapakah sifat ma'ani itu di katakan makhluk?

Jawapan:
Di katakan sifat ma'ani itu makhluk ialah kerana maksud ma'ani itu ialah " berdiri sifat kepada Zat" atau sifat mengharapkan kepada Tuhan, dan yang mengharapkan kepada Tuhan itu tiada lain melainkan makhluk ataupun hamba

Soalan:
Jika sifat ma'ani itu makhluk, Mengapakah sifat itu di katakan Qadim (qidam)?

Jawapan:
Sebab dia di katakan qadim ialah kerana sifat ma'ani ini lazim melazimi ia dengan sifat ma'anawiyah yang bertaraf Zat yang ujudnya bersebab (Asmak)

 
Soalan:
Jika sifat ma'ani itu makhluk, makhluk jenis apa?

Jawapan:

Sifat ma'ani itu bertaraf makhluk Kerohanian yang di tadbir terus oleh Allah s.w.t

Soalan:
Adakah ia jenis malaikat atau Jin?

Jawapan:
Dia adalah jenis malaikat, bukan dari bangsa Jin

 
Soalan:
Jika ia jenis malaikat mengapakah ia di kenali sebagai Kerohaniah?

Jawapan:
Kerana ia memiliki nafsu,dan hendaklah di ingat bahawa malaikatpun di kenali juga sebagai Roh, seperti ruhul quddus

 
Soalan:
Mengapakah sifat ma'ani itu tujuh sifat sahaja?


Jawapan:
Sifat ini hanya tujuh sifat sahaja, dengan sifat tujuh ini sudah mencukupi bagi makhluk bergerak dan berfungsi sebagai makhluk yang sempurna

Soalan:
Apakah sifat yang tujuh tersebut?


Jawapan:
Adapun sifat yang tujuh itu ialah Qudrat,Iradat,Ilmu,Hayat,Sama'a,Bashar dan kalam

 

JAUHARI KENAL DIRI (SIRi 7) : SEMASA TUHAN DALAM LA TA’AYUN


Di katakan bahawa Allah s.w.t itu mempunyai perbezaan dengan sekalian makhluknya, tujuan ulamak ilmu Ketuhanan memperkenalkan sifat ini ialah untuk membezakan di antara DiriNya dengan makhluk ciptaanNya

Soalan:
Semasa Tuhan dalam La Ta'ayun, Adakah Dia memiliki sifat-sifat Salbiyah?

Jawapan:
Semasa zaman La Ta'ayun Dia sudah bersifat Salbiyah, jika Dia tidak mempunyai sifat tersebut maka Dia adalah lemah kerana sifat itulah menunjukkan Dia Tuhan

Soalan:
Adakah nama yang lain kepada sifat Salbiyah tersebut?

Jawapan:
Nama yang lain kepada sifat Salbiyah tersebut juga di namakan Asmaul Adhom iaitu sifat keagunganNya

Soalan:
Mengapa sifat salbiyah itu di khususkan kepada Dirinya sahaja?

Jawapan:
Jika sifat Salbiyah itu ada pada makhluk maka sudah tentu makhluk bersifat Tuhan, maka ia adalah mustahil

 
Soalan:
Di mana mustahilnya sedangkan sifat Wahdaniyah itu berada pada kumpulan sifat Iftiqar Allah s.w.t?

Jawapan:
Walaupun sifat Wahdaniyah itu berada pada kumpulan sifat Iftiqar akan tetapi segala pergerakkan makhluk itu pada dasarnya adalah datang daripada sifat ke Esaan Tuhan bukan sifat daripada makhluk secara mutlak
Soalan:
Mengapakah sifat Nafsiyah itu masih di panggil sifat, pada hal Dia bukannya sifat?

Jawapan:
Sebab Dia di panggil sifat ialah kerana ia tidak di maksudkan kepada Nafsiyah akan tetapi ia di tujukan kepada wujudNya sahaja, bukan pada istilah DiriNya

Soalan:
Apakah perhubungan sifat Nafsiyah dengan sifat Salbiyah?

Jawapan:
Perhubungan di antara dua sifat itu adalah perhubungan yang mutlah (wajib) kerana ia menunjukkan ke Agungan Tuhan, ertinya kedua sifat tersebut tidak boleh bercerai

Soalan:
Mengapa ia di namakan Salbiyah?

Jawapan:
Sebab di namakan Salbiyah ialah kerana ia merupakan dasar atau tulang belakang ke Agungan Tuhan, tanpa sifat tersebut maka ia tidak boleh di namakan Tuhan, ertinya sifat yang menafikan Dirinya menyamai makhluk

Soalan:
Ada berapakah jumlah sifat Salbiyah tersebut?

Jawapan:

Sifat Salbiyah itu ada sejumlah lima sifat iaitu sifat Qidam,Baqo', Mukholafatuhu Ta'ala lilhawadis, Qiyamuhu Binafsih dan Wahdaniyah

KITAB USUL DIRI (SIRI 6) : ANALISA SIFAT 20



SIFAT 20 SATU ANALISA
Ulamak yang terdahulu mereka mempelajari ilmu mengenal diri dan Allah adalah melalui ilmu sifat 20, inilah satu-satunya ilmu akidah yang menceritakan secara terperinci, memandangkan ilmu ini sudah pupus maka elok rasanya di imbas kembali ilmu tersebut supaya jenerasi sekarang dan akan datang dapat menilai akan kesucian ilmu ini, ilmu ini di katakan boleh menjadikan seseorang itu menjadi sesat SEKIRANYA tidak di pelajari dengan orang yang arif, walau apapun ilmu ini adalah terbentang luas kerana di dalamnya terkandung segala sumber segala alam

Di sini penulis tidak bercadang hendak menghuraikannya dengan cara yang terperinci kerana ia akan memakan masa yang agak lama untuk menamatkannya, cukup sekadar membentangkannya dengan cara soal jawab



Soalan:
Di dalam ilmu sifat 20, sifat yang pertama ialah sifat WUJUD, Apakah maksud sifat WUJUD itu ?

Jawapan:
Maksud WUJUD pada ilmu sifat 20 ialah adanya Zat Tuhan, atau Diri Tuhan yang menjadikan sekalian alam

Soalan:
Bagaimanakah rupa dan keadaan Zat Tuhan itu ?

Jawapan:
Zat Tuhan itu tiada berupa apa juapun,sebagaimana yang di nyatakan oleh Allah dalam surah Asy Ayura ayat 11, sebagai contoh adanya angin dan nafas yang tidak dapat kita melihatnya

Soalan:
Di manakah Zat Tuhan itu berada?

Jawapan:
Di dalam firman Tuhan ada menyatakan bahawa Tuhan itu menyatakan " Apabila hamba-hambaKu bertanyakan tentang diriKu naka katakanlah Aku sentiasa hampir" sebagaimana yang telah di nyatakan oleh Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 186

Soalan:
Hampir yang bagaimana?

Jawapan:
Dia hampir sebagaimana yang di nyatakan oleh Allah "Kami lebih hampir kepada dua urat lehernya iaitu urat leher manusia "sebagaimana yang di nyatakan oleh Allah dalam surah Qaf ayat 16

Soalan:
Adakah maksud hampir itu dengan maksud beserta?

Jawapan:
Di dalam Al Quran Allah menyatakan bahawa Dia beserta dengan kamu di mana juga kamu berada, sebagaimana yang di nyatakan oleh Allah dalam surah Al Hadid ayat 4

Soalan:
Apakah maksud bahawa Allah itu bertempat?

Jawapan:
Allah tidak bertempat,cuma istilah hampir dan beserta itu perlu di fahami mengikut ketentuan dalam ilmu Allah, hanya Allah sahaja yang memahaminya, manusia tidak akan tercapai untuk memahami hakikat DiriNya

Soalan:
Bagaimanakah Hakikat Nafsiyah sebelum makhluk di jadikan?

Jawapan:
Hakikat Nafsiyah bererti Diri Zat (Tuhan) Sebelum Dia jadikan makhluk maka Dia hanya ujud dalam istilah La Ta'ayun (Tiada kenyataan) sebagaimana firman Allah menyatakan "Tidakkah sudah datang suatu berita di suatu zaman yang telah berlalu mengikut perhitungan masa yang tidak dapat di sebut-sebut" Al Insan ayat 1

KITAB USUL DIRI (SIRI 5)…SIFAT 20 SECARA UMUM



Mengenal diri dan Allah ini jika dipelajari kepada konsep sifat 20 sebagaimana yang di perkenalkan oleh para ulamak terdahulu maka jika ada yang meminatinya maka bertanyalah kepada yang arif tentang ilmu ini, dan untuk panduan asas apabila telah berjumpa dengan orang yang faham maka kita hendaklah AWAS kerana ada yang tidak begitu arif akan tetapi mengaku sebagai orang yang arif, kita lihat dahulu orang tersebut sama ada ia tidak melakukan sembahyang dan ibadat-ibadat yang lain maka jauhilah mereka itu

Di sini tidak di terangkan maksud sifat 20 itu dengan cara yang ditil, cuma di terangkan saja bab-bab dari ilmu ini dengan cara yang kasar sahaja. Adapun maksud Istaghna dan Iftiqar yang di perkenalkan oleh ulamak ialah

ISTAGHNA itu ialah sifat kaya Allah s.w.t yang mengandungi 11 sifat dan terbahagi pula kepada dua bahagian besar, satu di namakan sifat Jalal, sifat jalal ini mengandungi lima sifat iaitu Wujud, Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis,dan Qiyamuhu binafsih, sifat Jalal ini menunjukkan adanya Tuhan dan adanya hujah-hujah sifat yang membezakan di antara Tuhan dan makhlukNya, ia di kenali juga sebagai sifat ke Agungan Tuhan, sementara sifat Jamal adalah menunjukkan sifat ke Elokkan atau sifat ke indahan Tuhan yang mengandungi sifat Sama'a Bashar, Kalam, Sami'un, Bashirun dan Mutakallimun, sifat ini menunjukkan Dia memilikki sifat mendengar,melihat dan berkata-kata dan lazim kepada sifat tersbut pula yang bertaraf AsmakNya yang membawa kepada maksud Yang Maha Mendengar, Yang maha Melihat dan Yang maha Berkata-kata, sifat ini menunjukkan ujudnya peraturanNya yang di berikanNya kepada manusia

IFTIQAR yang membawa maksud berkehendakkan sekalian yang baharu kepadaNya, istilah ini menunjukkan semua makhluk ciptaanNya wajib mengadu dan memohon kepadaNya sahaja, ini menunjukkan ujud makhluk pada istilah ini, yang kemudiannya di kenali sebagai sifat QAHAR yang terdiri dari sifat kudrat,Iradat,Ilmu dan hayat dan ujud juga sifat Tuhan yang di namakan sifat KAMAL yang menunjukkan sifat Ketuhanan yang mengandungi Qadirun,Maridun,Alimun Hayyun dan Wahdaniyah, disinilah para ulamak menjelaskan bahawa jika mahu mengenal Allah maka kajilah sifat Istaghna dan jika mahu mengenal diri maka kajilah sifat Iftiqar, sesungguhnya semua istilah dan ilmu ini hendaklah di gurui dengan orang yang arif

KITAB USUL DIRI (SIRI 4) : MENGENAL DIRI DAN ALLAH DALAM SIFAT 20



Jika kita imbau sejarah yang terdahulu, bahawa ulamak terdahulu dan sekarang tentu banyak berbezaannya terutama dalam soal ijtihad dan beramal, ini mungkin kerana perkembangan arus tamadun kemanusiaan, ulamak terdahulu banyak membuat penumpuan berfikir tentang masalah akidah dan sekarang banyak membuat penumpuan masalah semasa agama yang menjurus dalam soal tanggungjawab tugas khalifah di bumi, kerana itulah yang awal tugas manusia yang di perintahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia, namun asanya adalah terletak kepada akidah, jika akidah tidak di fahami maka tugas khalifah akan menjadi sia-sia dan tidak bermakna

Orang zaman dulu membuat penumpuan kepada ilmu akidah berasaskan kepada ilmu sifat 20, yang mana ilmu ini sudah tidak lagi di dengar di mana-mana kerana di katakan membawa kepada kesesatan dan menjurus kepada Jabariyah seratus peratus yang kesan akibatnya boleh menyebabkan manusia lupa kepada tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang sebenar, kesannya akan membawa kepada bumi akan di penuhi oleh cara pentadbiran yang batil, ertinya bumi akan di tadbir oleh orang yang tidak mengambil akidah sebagai asasnya

Adapun ilmu sifat 20 itu di kaji dengan cara yang mendalam, maka kita akan dapat mengesan maksud yang terdapat di dalamnya berbagai-bagai istilah alam kehidupan yang membawa kepada akidah serta tamadun kepada seluruh alam ciptaan Tuhan, ertinya di dalam ilmu itu terkumpulnya asal usul makhluk yang ghaib dan nyata dan istilah perhubungan di antara manusia dan Allah serta alam yang lain kerana itu terdapat istilah Nafsiyah, Salbiyah,Maani dan Maanawiyah serta maksud-maksudnya

Di dalam ilmu ini juga terdapat bab yang menyatakan soal Rububiyah dan Uluhiyah, tidaklah semata-mata Rububiyah sahaja kerana perhubungan di antara Rububiyah dan Uluhiyah adalah dua perkara yang tidak akan berpisah-pisahkan di antara satu dengan yang lainnya, oleh yang demikian ujudlah istilah Istaghna dan Iftiqar, apabila ada istilah tersebut maka ujud pula istilah lazim melazimi, demikian juga dengan istilah kharij dan Zihin dan istilah-istilah yang lain yang membawa kepada puncak maksud kalimah LA ILAHA ILLALLAH DAN MUHAMMADARRASULLULLAH yang membawa kefahaman kepada kita bahawa Allah dan Muhammad itu tidak mungkin bercerai