Tampilkan postingan dengan label amalan sunat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label amalan sunat. Tampilkan semua postingan

Solat Sunat Tahiyatul Masjid



Bismillahirrahmanirrahim
Setiap kali kita memasuki masjid, sebelum kita duduk, disunatkan bagi kita mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid iaitu sebanyak dua rakaat.

Dari Abu Qatadah ra., katanya: "Rasulullah SAW bersabda: "Jikalau salah seorang di antara engkau itu masuk masjid, maka janganlah duduk dulu sebelum bersembahyang dua rakaat." (Muttafaq 'alaih)

Dari Jabir ra., katanya: "Saya mendatangi Nabi SAW dan ia berada di masjid, lalu beliau SAW bersabda: "Bersembahyanglah dua rakaat."  (Muttafaq 'alaih)

Sewaktu hendak masuk ke dalam masjid, bacalah doa masuk masjid:


Maksudnya:
Ya Allah! Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu.

Sesudah memasuki masjid, berdiri lurus menghadap arah Kiblat dan membaca lafaz niat:
yang maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.

Tunaikanlah dua rakaat solat ini dengan cara dan tertib sebagaimana solat-solat sunat yang lain. Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Kafirun:


Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku."

Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas:


Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya."

Sebelum menunaikan solat sunat tersebut, berniatlah beriktikaf di dalam masjid sebagaimana berikut:
Sahaja aku beriktikaf di dalam masjid kerana Allah Ta'ala.

Adab-adab di masjid:
  • melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan
  • melangkah keluar dengan kaki kiri
  • berniat iktikaf
  • menunaikan solat Tahiyatul Masjid
  • memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan(menutup aurat)
  • jangan berbual-bual perihal keduniaan
  • menjaga kebersihan di persekitaran masjid

Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa antara hal yang termasuk dalam kategori sia-sia ialah: Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid itu tanpa mendirikan solat sunat Tahiyatul Masjid.

Wallahu'alam.

Zikir Khazanah Syurga

Pagi-pagi tadi radio Ikim telah memperdengarkan zikir "La haula wala quwwata illa billah..."Terus teringat pada satu hadis Nabi SAW yang ada dalam kitab Riyadhus Shalihin yang menyebut tentang kelebihan zikir ini.  

Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., katanya:  "Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Tidakkah engkau suka kalau saya tunjukkan kepadamu pada sesuatu gedung simpanan dari beberapa simpanan syurga?"  Saya- Abu Musa - berkata: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau SAW lalu bersabda: "Yaitu ucapan: La haula wala quwwata illa billah - Tiada daya dan tiada kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah."  (Muttafaq 'alaih)

(*dua hadis di bawah hasil pencarian di internet, terimakasih)
Diriwayat daripada Abu Aiyub al-Ansori bahawa Nabi SAW bersabda: “Wahai Abu Aiyub, tidakkah kamu mahu, aku ajarkan kamu kalimah daripada khazanah syurga?” Aku menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah, demi bapaku dan ibu sebagai tebusan untukmu.” Sabda Rasulullah SAW, Perbanyakkan sebutan: “Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah;” ia adalah khazanah syurga.” (Mu‘jam al-Tabarani al-Kabir, Sahih Ibn Hibban).


Diriwayatkan daripada Abu Zar: “Kekasihku Rasulullah SAW berpesan kepadaku dengan beberapa ciri kebaikan: 
Pandang orang yang di bawahku dan tidak pandang orang yang di atasku; 
Mengasihi dan mendampingi golongan miskin; 
Menjalin hubungan persaudaraan sekalipun mereka menyisihkan aku; 
Tidak mempedulikan celaan orang yang mencela demi kerana Allah; 
Menyatakan kebenaran sekalipun pahit; 
Memperbanyakkan menyebut: “Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah;” ia adalah daripada khazanah syurga.”
(Al-Targhib wa al-Tarhib. Dinilai Sahih).


-------------------------------------
Sambil-sambil, jom tengok kueh Koleh Ubi Kayu yang lebih buat semalam. Kueh tradisional yang satu nih memang teramatlah sedapnya.  En suami suka sangat kueh Koleh ni. Ya lah sementara bukan musim durian, ulang buat Koleh Ubi je lah, nanti tiba musim durian.. InsyaAllah dapat kembali buat Lempok Durian yang marvelous.. :)

Mudah je resepi Koleh ni tapi bab nak mengacaunya sampai jadi kering, itu yang mencabar sikit tugasannya.. he he.. Jadi kita mohon pada Allah, sambil buat kerja, mari sentiasa amalkan zikir "La haula wala quwwata illa billah" InsyaAllah semua kerja akan rasa begitu mudah dan cepat siap...

Mari kita amalkan zikir La haula wala quwwata illa billah sekurang-kurangnya 100x dalam sehari,... pautan di SINI.


Latihan Diri di Bulan Rejab

Bismillahirrahmanirrahim

Para ustaz ulang mengingatkan tentang keutamaan beramal di bulan Rejab. Mari kita mengulang-ngulang membaca doa ini...

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Allah humma bariklana fi rojaba wa syaabana wabalighna ramadhan...

yang bermaksud:


"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan." 

Moga Allah mempertemukan lagi kita dengan bulan Ramadhan kali ini.  Ada yang Allah rezeki dapat melalui Ramadhan yang telah berlalu namun takdir Allah telah menetapkan tiada kesempatan untuk dapat bertemu lagi kali ini dengan Ramadhan yang akan datang kerana diri telah terlebih dulu dijemput pulang ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan ruh arwah ibuku di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... ameen


Mari latih diri kita. Latihlah diri kita di bulan Rejab untuk:
  • lebih dekat dengan masjid
  • banyak mengaji Quran, 
  • sering beristighfar
  • berpuasa sunat
  • solat2 sunat terutama Solat Malam
  • banyak bersedekah

Hiasi diri kita dengan ibadah sepanjang hari bermula bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menuju Ramadhan.

Di antara puasa sunat yang dituntut ialah 
  • berpuasa tiga hari setiap bulan.  Hari-harinya ialah pada malam-malam bulan terang iaitu 13, 14 dan 15 dari tiap-tiap bulan.  Tetapi jika memilih tiga hari yang lain pun boleh juga, cuma tiga hari yang tersebut tadi lebih utama.  
  • puasa Nabi Daud a.s iaitu berpuasa sehari dan berbuka sehari.  Hadis ada menyebut: Semulia-mulia puasa sunat ialah puasa Nabi Allah Daud iaitu berpuasa sehari dan berbuka sehari, dan puasa ini adalah lebih utama dari berpuasa terus-menerus sepanjang masa. Berkata Imam Ghazali r.m:  Puasa Nabi Daud a.s itu adalah lebih berkesan dalam mendidik diri dan lebih kuat untuk menentang kehendak hawanafsu daripada puasa sepanjang masa. 
  • puasa Isnin dan Khamis setiap minggu.  Nabi Saw bersabda: "Amalan manusia dibentangkan di hadapan Allah Ta'ala pada dua hari itu (Isnin dan Khamis), maka aku ingin apabila dibentangkan amalanku, ketika aku berpuasa."
  • puasa pada hari jumaat juga dituntut disebabkan keutamaan dan kemuliaan hari itu, akan tetapi puasanya harus digandingkan dengan puasa Khamis atau Sabtu, kerana Rasulullah SAW pernah melarang orang yang berpuasa pada hari Jumaat semata-mata.

Selamat beramal, luruskan niat kita.

Wirid Selepas Solat


Bismillahirrahmanirrahim

Selepas solat, janganlah kita terus bangun.  Teringat kata2 ustaz yang berpesan kepada kami kaum ibu yang waktu itu sedang ikut kelas fardhu ain..."Selepas solat, jangan kita terus bangun...berwirid lah sebentar...."

Wirid Selepas Solat:




Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang Hidup dan Berdiri Dengan SendiriNya, dan aku bertaubat kepada-Nya


Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu


Ya Allah Tuhan kami, jauhkanlah kami dari api neraka

Ya Allah, Engkau sejahtera, dan daripada Engkau kesejahteraan, dan kepada Engkau kembalinya kesejahteraan itu, maka hidupkan kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami kedalam syurga, negeri yang aman sejahtera
Bertambah-tambah berkat-Mu, Tuhan kami, dan Maha Kuasa, wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7)


Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Baqarah ayat 163)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah ayat 255)



Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Ali-Imran ayat 18)
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali-Imran ayat 19)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26) Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (27)
(Ali-Imran ayat 26-27)


Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1) "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2) "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (3) "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya  (Al-Ikhlas ayat 1-4)



Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1)"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2)"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". (5) (Al-Falaq ayat 1-5)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. (1) "Yang Menguasai sekalian manusia, (2) "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (3) "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - (4) "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - (5) "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (6) (An-nas ayat 1-6)







Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7)



Tuhanku/kami, Penjagaku/kami

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya




Segala puji bagi Allah

Segala puji bagi Allah, Penjaga sekalian alam, ke atas tiap-tiap perkara dan kenikmatan


Allah Maha Besar

Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan keEsaanNya, tiada sekutu baguNya, bagiNya segala pemerintahan dan bagiNya segala kepujian, Dialah yang menghidup dan mematikan, dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

(sumber dari: al-ehsaniah.blogspot.com, terimakasih).


Alhamdulillah
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Kata ustaz lagi... 
Setelah kita selesai berwirid,  berdoalah terlebih dahulu.. mohon doa ke hadrat Allah sebelum kita bangun meninggalkan tikar sembahyang.  

Firman Allah dalam ayat 60 Surah al-Ghaffir
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."


Pesan ustaz, awali dan akhiri-lah doa dengan ucapan 'Alhamdulillahirabbil'alamin' diikuti dengan berselawat ke atas Nabi SAW.

Dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah SAW, sabdanya:
"Segala perkara yang mempunyai kepentingan - menurut syara' - yang tidak dimulai melakukannya dengan ucapan Alhamdulillah, maka perkara itu menjadi kurang keberkahannya."
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan lain-lainnya.

Dari Fadhalah bin 'Ubaid ra, katanya: "Rasulullah SAW pernah mendengar seseorang yang berdoa dalam solatnya, tetapi ia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi SAW., lalu Rasulullah SAW bersabda: "Tergesa-gesa sekali orang ini,' kemudian orang itu dipanggilnya.  Nabi SAW lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga:  "Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhannya yang Maha Suci serta puja-pujaan padaNya, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi SAW., seterusnya bolehlah ia berdoa dengan apa yang dikehendaki olehnya."
Diriwayatkan oleh imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis shahih.

Allah Ta'ala berfirman; yang bermaksud:
"Katakanlah: "Segala puji-pujian itu adalah bagi Allah."  (al-Isra':111)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Dan akhir doa mereka - dalam syurga - ialah bahawa segenap puji-pujian itu adalah bagi Allah yang Maha Menguasai seluruh alam."   (Yunus: 10)


Istiqamah kita dalam amalan InsyaAllah.