Tampilkan postingan dengan label santai. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label santai. Tampilkan semua postingan

Segenggam Bunga Kenanga



Alhamdulillah pagi ni rasa banyak benda accomplished. Bila berpagi2 memulakan hari, banyak benor manfaatnya.  Pagi2 kami dah ke pasar beli ikan dan sayur untuk bekalan seminggu InsyaAllah. Selesai kat pasar singgah di pasaraya besar depan pasar, saja nak tengok apa yang di-offer hari ini.  Tengok2 Sunlight pencuci pinggan botol tinggi dapat harga rm4.58. Waaa.... murah tuh... Minggu lepas dapat beras Jasmin super5 rm28 untuk 10kg.  Tengok harga hari ni dah takde offer, dah jadi regular price rm32.99.. ish ish.. Masa relax sekejap kat medan selera, terus tekan talipon mesej dua orang sahabat info tentang harga runtuh Sunlight tu... he he.. saja-saja sms bagi merapatkan ukhwah... :)
suasana masih lengang di medan selera...

Balik rumah, bukak bonet kereta tapi tangguh dulu untuk nak punggah masuk barang yang dibeli.  Ambil penyapu.. sapu porch dan anjung rehat yang berdebu dan berpasir.  En suami ambik peluang rehat atas buaian sambil baca paper. "Sila angkat kaki", kata saya dekat en suami bila time nak sapu bawah buaian. Lega tengok dah clear semua debu dan pasir. Sambung pulak bukak paip, sembur pokok2 yang dah dua hari tak siram tu.  

Ada hujan dalam dua tiga hari ni, itu yang tak keluar menyiram.  Tapi pokok2 dalam pasu bawah bumbung terserlah gering kekeringan sebab tak berapa nak kena hujan, tempias gitu-gitu je.  Jadi ambik peluang siram semua sekali tak kira yang bawah bumbung ke yang tak bawah bumbung ke, siram semua dengan penuh kasih-sayang... he he..  Saya amalkan membaca zikir tanaman syurga setiap kali menyiram pokok... iaitu zikir..Subhanallah Walhamdulillah Walailaha illallah Wallahu Akbar... Moga semua hidup subur dengan izin Allah...amenn

Sebelum melangkah tinggalkan laman, pergi kutip bunga kenanga dalam segenggam.  Alhamdulillah wangi sangat bunga ni bagi saya.  Ada juga yang tak berapa suka dengan bau-nya, tapi kami suami isteri sangat suka dengan keharumananya yang asli.  Saya terus letakkan bunga kenanga yang segenggam tu dalam bekas pot-pouri di bilik air.  InsyaAllah keharumannya nanti dapat bertahan mewangi dalam tempoh beberapa hari... Alhamdulillah.

Hanya cerita santai di pagi Sabtu yang indah... wassalam.



Jom beli ikan di Tok Bali

Bismillahirrahmanirrahim

Ini kali pertama saya di-ajak ke Tok Bali.  Tujuan-nya, nak pergi beli ikan segar yang baru turun di pelabuhan.  Sampai2 sana, nampak bot2 nelayan yang besar berbaris di tepi pelabuhan.  Para pekerja tengah sibuk memunggah turun ikan dari bot serta mengasingkan jenis-jenis ikan ke dalam tong2 berasingan. Peraih-peraih ikan pun sama naik sibuk pilih ikan yang semua segar2 tu.  Ohh rasa macam nak punggah wat balik, semua yang berkenan tu.  Pelbagai jenis ikan ada, ada yang tak pernah tengok pun sebelum ni. Memang betul2 fresh, keras-keras semuanya.  Takde nampak pun yang mata merah macam yang biasa nampak kat pasar tuh... hi hi..

Bagi yang belum pernah sampai di sana, elok sangat lah kalau nak merasa suasana meriah tengok ikan-ikan segar seterusnya dapat beli dengan harga yang begitu murah.  Tapi sebelum pergi, pastikan bawak plastik sendiri untuk bubuh ikan.  Diaorang tak sediakan plastik.  

Puas semua makan ikan... kami pakat2 buat Ikan Bakar sumbat Tempoyak, ikan singgang, ikan celup tepung dan asam pedas ikan parang.  Sotong pulak hanya direbus ketuk serai, tersangatlah sedap rasanya sebab pakai sotong segar. 

Jom pergi Tok Bali.....  :)




Kopi-O panas dan Kueh Ros

Kalau hari tu saya berseorangan pergi mengambil kueh rempeyek yang ditempah, kali ni ada dua orang yang eskot iaitu en suami dan anak bujang..he he..  Di pertengahan jalan singgah solat di masjid kaler biru yang sering jadi tempat persinggahan kami jika jalan2 hala ke sana.  Waa... rupa2 nya time tu sedang berlangsung majlis Maulidur Rasul.  Jadi ada la peluang bersalam-salaman dengan ramai orang time lepas solat sebelum kami meneruskan perjalanan nak pergi ambil lagi 3kilo rempeyek.

Puas hati tengok cara drive anak bujang yang makin improve.  Kiranya perjalanan kami ada tujuan sampingan lah.... sekali dengan nak train anak bujang yang masih baru dengan lesennya, memandu dalam jarak yang jauh sikit... biar lebih sikit cabarannya.  Nampak cam ok, boleh la... kira lulus la bagi mama...  :)

Sampai2, kami dihidangkan lagi dengan kopi-O panas.  Masa datang seorang diri tempohari, ada dapat hadiah setin serbuk kopi tu dari makcik .. suka..  Rasa kopinya boleh tahan sedap, nama brand kopi pulak bukan main-main... cap "Keris Bersilang... Ismail Guru Quran."  :) 

Terasa nikmat minum kopi-O panas bila kombain makan dengan goreng pisang, kueh bahulu dan satu lagi kueh tradisi yang makcik tu pandai buat iaitu Kueh Ros aka Kueh Goyang.  Terer betul makcik... sume kueh pandai... Jangan tak tau ya, saya dah booking siap2 makcik untuk belajar buat Rempeyek.  Dah buat temujanji dah, kalau Allah izin, tarikh kejadian InsyaAllah sekitar bulan February.  Nanti kalau jadi Rancangan Kuali tu, akan dibuat posting kisah 'Belajar Buat Rempeyek' InsyaAllah.

"Nenek masa muda kuat lari...", kata makcik pada anak bujang saya.  Masa tu sibuk en suami dan anak bujang duk interview makcik, mintak cerita kes berlari kena kejar harimau tempohari... (kalau nak tau cerita meh baca kat sini)


Sekian wassalam.




Rahsia masih kuat dan bertenaga

Bismillahirrahmanirrahim

Ada kisah menarik yang ingin dikongsi...  
Petang tadi saya merentas kira2 40km dari rumah untuk pergi mengambil Kueh Rempeyek yang ditempah.  Tempah 2kg tapi bila sampai di sana ambil lagi sekilo, alang2 memandu jauh tu.. he he

Yang menariknya, makcik ni seorang warga emas(kenal dah lama, tapi kami jarang2 jumpa melainkan ada kenduri kendara), tapi alhamdulillah nampak masih begitu kuat dan cergas. Memang sukar nak percaya bila tahu umurnya yang sebenar sebab dari pandangan mata saya makcik tu nampak macam masih di sekitar 60an walhal usia sebenar beliau sudah hampir 80 tahun.

Sambil minum kopi O panas yang dihidangkan, saya ralit mendengar cerita beliau.  Beberapa bulan lepas semasa beliau ke kebun(masih ke kebun dengan menunggang basikal.. uishh), sedang beliau tekun menebas buluh, tiba-tiba beliau terdengar bunyi sesuatu berdengus. Dengar sekali masih buat tak tau, tapi bila dengar dua kali terus berderau darah sebab dah yakin bunyi tersebut ialah suara harimau. Makcik pun tanpa berlengah terus membuka langkah seribu, cuba larikan diri sekuat hati.  Sampai dekat basikal yang diparking jauh, beliau dah tak larat dah, tangan dah menggigil-gigil... terpaksa heret je basikal sampai rumah... itu yang sampai hari ni jadi sakit2 lutut, dek kes berlari hari tu punya pasal. Terkedu dengar cerita ini... ohh rupa2nya ada harimau kat belakang sana.  "Tak masuk kampung ke harimaunya makcik?", tanya saya.  "Ada... makan kambing orang kampung lagi..." Ish... gerun betul dengar...

Banyak ilmu dapat dari makcik.  Bila saya tegur wajah beliau yang cerah dan segar(takde nampak banyak kedut pun), beliau dengan merendah diri kata... "...makcik takde amal petua apa pun, tapi kalu masa kita terjaga malam2 tu, ambik balik la wudhuk, kalu bukan buat semayang pun boleh zikir-zikir belum terlelap... "

Bila saya tegur badan beliau yang masih kuat dan mampu buat kerja2 kebun dan sebagainya(termasuk buat rempeyek yang saya tempah tu)beliau menjawab... "....alah cuma mungkin masa muda dulu lepas bersalin, makcik jaga betul pantang, banyak makan jamu.  Makan maajum yang kaler hitam tu.." 
Tegas beliau,"Elok makan maajum ni..."

"Kita ni kalau ada barang2 macam labu ni, elok potong2 kasi jiran sama...",kata beliau sambil tangan sibuk mengisi 3 biji buah labu dan sebiji betik yang bersaiz besar ke dalam plastik untuk saya bawak balik).  'Bila kita sedekah, InsyaAllah panjang sedara(saudara)....", sambung beliau sambil tersenyum.  Senyuman sentiasa mekar di wajah beliau sepanjang kami berbual... smiling face orangnya...

"Solat sunat Fajar jangan tinggal...." Pesanan yang satu ini membuat saya terdiam.  Terkenang... diri dalam bab solat sunat fajar ni sekejap buat sekejap tak buat. Sekejap semangat sekejap tak. Timbul azam untuk istiqamah buat perkara2 baik yang makcik tu pesan.  Pesanan tulus dari seorang warga emas yang begitu hebat pada pandangan saya... Subhanallah...


cili padi kampung tanaman makcik... pakai dua biji pun dah cukup pedas.  


rempeyek yang begitu sedap dan rangup



Banyak yang diberi untuk saya bawak balik.  Selain dari yang dibayar, diberi lagi extra rempeyek.  Sebelum saya sampai lagi dah siap2 standby nak kasi betik dan labu.  Cili padi tu pulak petik masa nak balik. Turut dihadiahkan satu tin kopi yang istimewa dari Kedah.  Tqvm makcik.. moga murah rezeki makcik, moga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan selalu dalam pemeliharaan Allah Taala.... ameenn


Pengalaman naik public transport

Di satu pagi yang cerah, untuk pertama kalinya saya melalui suatu pengembaraan. First time naik bas dari kawasan perumahan kami untuk ke satu destinasi.

Mula2 parking kereta hampir dengan bus-stand supaya senang nak tunggu dan naik bas.
Tapi tak payah tunggu pun, turun je kereta, bas yang tunggu kami. Sukanya hati... la..la..la.. Dapat tempat pulak yang paling depan.. ha ha... jadi mata tak bergerak ke lain, asyik pandang depan je. Satu tangan menggenggam kemas handbag satu tangan lagi stand-by nak pegang tiang besi kalau2 bas brek mengejut.

Lepas turun bas, lintas jalan dan berjalan di sepanjang kaki lima deretan kedai menuju ke stesen komuter pula. He.. he.. sambung naik komuter pulak kami untuk sampai ke tempat yang dituju. Seronok dapat merasa komuter baru. Ada tersedia tv di setiap koc. Kusyen tempat duduk terserlah baru, cantik berwarna biru. Semua baru dan bersih.
Takde la rasa lama sangat duk dalam keatapi tu. Sambil citer2 sambil2 tengok pemandangan. Hepi je rasa dengan pengalaman baru hari tu. Lenkali mesti nak kena naik lagi public transport untuk nak elakkan jam dan kesukaran dapat parking.

Destinasi kami ialah Pesta Buku Antarabangsa 2012 di PWTC.


** ke Pesta Buku lagi sehari sebelum ianya berakhir. Bermakna ini kali ke 3 kami ke sana untuk musim ini.. :)

Pesta Buku 2012 di PWTC Kuala Lumpur


Hari ni pergi lagi ke Pesta Buku. Kiranya kali ke 2 pergi selepas hari Sabtu hari tu. Pesta Buku 2012 ini sedang berlangsung di PWTC bermula dari 27 April hinggalah ke hari last 6 Mei ini. Jadi bagi yang belum berkesempatan pergi, boleh lah luang-luangkan masa ke sana sebelum ianya berakhir hari Ahad ini.

Begitu banyak buku2 terbaru sedang berada di pasaran. Masa rasa macam cepat je berjalan time tengok-tengok buku tu. Sedar tak sedar lebih sekerat hari kami duk berlegar2 kat dalam tu membelek buku. Tau2 masa nak balik tadi, rupa2nya tengah hujan lebat kat luar sana.


Alhamdulillah dapat beli buku Biografi Agung Rasulullah SAW terbitan Must Read. Saya round dulu sebelum finally beli sebab nak cuba dapatkan harga terendah. Ya lah alang-alang dah kat pesta buku, biarlah dapat harga buku yang good bargain.

Buku2 lain termasuklah Formula Solat Sempurna oleh Ustaz Zaharuddin, Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi oleh Ustaz Yusri Abd Karim, 4 risalah zikir iaitu zikir al-mathurat, Manzil, Doa-doa Munajat dan Doa Harian serta dua buah buku masakan (buku masak2 mesti selalu sangkut sebagai side kick.. he he)

Seronok berada dalam timbunan buku kat pesta buku. Tersangat lah ramai ulat-ulat buku iaitu mereka yang berminat dan suka pada buku.

Jom ramai2 ke pesta buku, tengok buku, baca buku, cinta buku, cinta ilmu.

Mudah reput


Nak citer, satu hari tu anak saya ada bawak balik sebungkus kecil getah pengikat yang dibeli dari sebuah kedai buku. Agaknya dia perasan saya selalu tak jumpa cari getah masa nak guna untuk ikat apa2. Sukanya hati dapat getah sebab bekalan getah dah lama habis. Tapi tup tup time nak guna, lepas satu.. satu... putus bila ditarik. Aik! getah gred mana ni, tengok dari bungkusan macam bagus je.. siap branded lagi. Tak penah2 saya beli getah yang ada brand selama ni, selalu tu singgah beli kat kedai runcit je yang timbang kalau tak 50 sen, singgit.

Saya interview kakngah pasal getah tu. Katanya beli dekat kedai buku yang ada aircond. Mungkinkah getah tu jadi reput sebab duduk dalam air-cond? Ha' ah boleh jadi jugak kan..

Lepas peristiwa tu, saya terus ingat2kan en suami yang memang sepanjang hari kat ofis dalam persekitaran berhawa-dingin. Banyak2kan minum air ya suamiku untuk elakkan masalah kekeringan. Pernah terbaca fakta yang kata aircond juga boleh sebabkan masalah sesak nafas dan sakit kepala. Kuman pun mudah sangat nak berjangkit sebab pengaliran udara tak bebas sebab keadaan bilik dan ruang semua tertutup. Wallahu'alam.

Apa2 pun untuk kurangkan risiko, pakar-pakar ada menasihatkan eloklah elakkan duduk lama sangat dalam aircond. Jangan ambil risiko duduk sepenuh masa. Memang le rasa nyaman tapi AWAS terhadap bahayanya. Kalau dah sehari suntuk duduk dalam aircond di ofis kemudian sambung lagi duduk dalam kereta yang ada aircond, jangan bila balik rumah pun bukak2 pintu bilik je terus ON aircond. Berilah ruang untuk badan berehat sebentar dari aircond.

***teringat2 getah yang duduk sepenuh masa dalam aircond... mudah reput.

Wallahu'alam.

Bagi hadiah kitab atau buku


Semasa kami ke kenduri kawin semalam, dapat siso(juga dipanggil sanggo telor/hadiah/cenderahati/door gift) yang amat menyukakan hati. Begitu bermanafaat saya kira kalu time kenduri dapat kitab-kitab kecil yang macam saya dapat semalam. Dalam uncang tu ada kombain bahulu sekali. Sedap pulak tu, bahulu biasa dan bahulu pandan. Semua pakat bukak makan dalam kereta je. Dapat empat kitab saiz kecil ie 2 surah yasin dan 2 kitab zikir al-Mathurat. Anak bujang terus masukkan kitab al-Mathurat dalam poket baju kamejanya. Begitu juga saya, terus masukkan al-Mathurat dalam handbag.

Door gift yang berupa buku/kitab2 sebegini rasanya lagi elok dan praktikal untuk dihadiahkan buat para tetamu berbanding bagi hadiah jajan-jajan atau gula2 yang kadang kita tak habiskan pun. Kadang buang-buang je bila tak teringat nak makan atau tak rasa nak makan. Jadi bila buat kenduri/bekwoh tak kira apa je kenduri samada majlis kawin ke, bezday ke, kenduri kesyukuran, tahlil dsb, elok sangat kalau hulurkan kitab2 kecil ini sebagai cenderahati. Pemberian ilmu yang bermanafaat, tidak expired, pahalanya InsyaAllah akan terus mengalir walau kita dah tiada lagi atas mukabumi.


Wallahu'alam.

Penangan Running Man


Alhamdulillah malam tadi berjaya ajak anakku untuk ikut ke majlis ilmu.. Guna perkataan 'berjaya' untuk gambarkan keberhasilan dalam usaha mengajak ke masjid sebab sejak cuti sekolah bermula anak kami yang paling kecik tu hari-hari takde kerja lain selain dari duk mengadap 'Running Man' je.. Running Man, korean show yang jadi minat rata-rata remaja kebelakangan ini jadi dah macam gam Uhu dah buat anakku... melekat agak payah nak tarik.

Sampai tak berenti duk pesan memesan kat kakaknya suruh copy yang latest masuk external hard disk.. "ingat tau.. jangan terlupa pulak kak!", peringatan yang berbaur amaran, ugutan pun ya.. ish ish

Apa yang lucu sangat dengan running man tu, tak tau le... Anak saya duk gelak2 tengok show tu sampai cam tak mau turun dari kerusi komputer. Orang lain dalam rumah yang dengar mula2 rasa biasa lah tapi lama2 rasa macam dah jadi luar biasa pulak... semua naik hot semacam bila dengar member duk gelak2 tak berenti.


Kak Ngah ada cerita kawan2 kat u pun sebok dengan running man ni. Ada yang dah download sampai episod 67, kiranya hari ni keluar episod baru, esok dah siap2 download. Yang jadi tukang supply kat kengkawan pun ramai.. ish ish

Posting mama yang ini mama tujukan khas buat anakku yang paling kecik ini. Jangan over sangat ya... Bersempena dengan tahun baru hijrah 1433, elok kita cuba usaha untuk perbaiki mana2 kelemahan yang ada. Biar ada peningkatan dalam amal soleh anakku... Cuti sekolah yang panjang elok dimanfaatkan dengan aktiviti2 yang lebih mengundang kebaikan buat kita.

Hafal surah2 pendek lagi elok mama rasa. Kurang-kurang kita dapat hafal, berjaya hafal berbanding tak hafal. Surah al-adiyat yang papa suruh hafal, hari ni dah masuk 4 hari belum jugak hafal-hafal ya... hehe

Perbetulkan balik jadual... boleh nak tengok running man tu, dah le tambah tengok citer korea lagi kan.. tapi bagi2 lah masa biar dapat slot buat benda2 bermanafaat sama... suruh buat tu bukan untuk orang lain, bukan untuk mama, bukan untuk papa.. melainkan untuk kebaikan anakku jua...

Kita cuba ubah ya... bak kata ustaz malam tadi, cuba hijrah dari yang tak baik kepada yang baik. dari yang baik kepada yang lebih baik lagi,,, k anakku...
Wassalam.

Netbook Asus Eee PC 1015 PW selepas di-solek



Rupa terkini netbook Asus saya lepas ditaruk batu-batu permata.. hee :)


Cerita dari kampus

Balik dari hantar anak2 ke asrama masing2, saya dan suami singgah solat Maghrib di masjid uia yang terletak di tengah2 universiti. Selalu merasa teruja saat berada di rumah Allah yang satu ini. Berbunga hati bila sering bertembung dengan student dari berbilang bangsa berbeza warna kulit samada semasa kami sama2 bergegas menuruni anak tangga menuju ke bilik wudhuk di tingkat bawah, beramai2 pakat duk ambik wudhuk dan semua berjemaah dalam satu saf yang sama.

Sesetengahnya dengan wajah manis menyapa saya memberi salam. Saya di ruang solat banyak memerhati... tersentuh hati bila melihat ramai anak2 remaja dari rata-rata ceruk dan rantau ini mengambil inisiatif mencari sudut tertentu selepas solat, membuka lembaran al-quran(saiz poket), membaca sejenak sebelum bangun meneruskan hala masing2.

Teringat semasa hantar anak perempuan saya naik ke mahallahnya, terserempak dengan ramai siswi yang begitu sempurna penampilan di mata saya. Ada yang sedang berjalan pantas menuju ke cafe, bert-shirt lengan panjang dan berseluar trek namun yang menarik perhatian saya, mereka itu tutup sempurna bila tak lupa memakai stoking walaupun hanya sekadar nak pergi beli makanan kat cafe.

Teringat pula cerita anak saya yang ditegur seorang pemuda tak sure dari negara Arab/Egypt. Tegur sebab apa? Sebab terbersin tapi hanya sempat menyebut "Hacchhh!"

"Sister, say Alhamdulillah..." Anak saya pun dengan rasa wak segannya terus mengucap Alhamdulillah lantas terus disambut oleh anak muda tadi dengan ucapan "yarhamkullah...."

Sekali lagi kakngah melalui pengalaman yang sama cuma penegurnya je yang berbeza. Kali kedua tu dalam lif yang dipenuhi puak2 Arab dan Afrika yang semua berbadan sasa dan tinggi-tinggi belaka... Anak saya secara tak sengaja terbersin lagi... tiba2 terdengar suara pemuda pak itam menegur, "pls say Alhamdulillah, sister..."

Selepas keluar dari lif, kawan anak saya yang sama2 saing nak ke kelas mengusik..."hah caner, tak malu kena tegor?.. hah lain kali sendiri mau ingat wey time bersin tuh.. mamat2 tu sume praktis sunnah, ko..."

Subhanallah..

Bersyukur bila melihat anak2 muda ramai yang berilmu dan faham agama. Maknanya mereka menuntut ilmu bukan sekadar hendak pas pereksa. Ilmu di-apply kan dalam kehidupan seharian, ikut sunnah bermula dari sekecil-kecil perkara... Alhamdulillah syukur pada-mu ya Allah...



Semua Allah Punya... Iwan Syahman


Semasa singgah di kedai top-up depan Mydin(metrojaya) dua hari lepas, en suami datang berbisik pada saya... "Cuba mama masuk dengar dalam kedai, lagu Iwan yang baru... rupanya dah nyanyi lagu nasyid dah sekarang.."

Teruja bila dengar nama Iwan disebut. Iwan yang lama menyepi rupanya telah kembali dengan lagu2 berirama nasyid. Alhamdulillah kali ini Iwan
menggunakan nama baru Iwan Syahman (nama sebenarnya Wan Syahman), muncul dengan album baru bertajuk SEGALANYA ALLAH. Pelancaran album tersebut khabarnya diadakan di Restoran Andalusia, KL pada 29 Jun lalu.

Khusus buat en suami yang sama2 minat dengan suara Iwan, jum dengarkan.. :)




Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah, itu Allah yang punya

lihatlah pantai yang indah

Subhanallah, itu Allah yang punya

tiada yang engkau punya

semuanya Allah punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya

lihatlah burung yang terbang

Subhanallah, itu Allah yang punya

lihatlah bunga yang mekar

Subhanallah, itu Allah yang punya

tiada yang engkau punya

semuanya Allah punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya

kau lihat bukan kau punya

itu semua Allah punya
kau dengar bukan kau punya
itu semua Allah punya

dari itu janganlah sombong

janganlah riak serta iri hati
dunia hanya pinjaman sementara
akhirnya kembali kepada-Nya

tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya

Tomyam Pok Tek?

Balik terawih satu malam tu, singgah ke restoran di tengah pekan sebelum balik rumah. En suami teringin nak makan rojak buah. Saya pulak tak bawak tudung... jadi terus dengan bertelekung je lah singgah duduk makan.

Ohh besttt makan sambil hirup udara malam. Time tu dah pukul 11 lebih. Ada satu group anak2 muda sedang rancak berborak di meja sebelah. "Anak-anak... esok pegi terawih ya...", saya berharap dalam hati.

Kami oder sirap limau, rojak buah dan somtam. Lepas siap oder mata melilau2 tengok menu yang terpampang kat dinding restoran. "Eh..eh... Tomyam Pok Tek? Papa penah makan?", tanya saya pada en suami.

"Erm..penah dulu... dia campur semua kat dalam.. seafood bukan takat sotong dan udang, ketam ngan lala pun taruk...", jawab en suami.

First time dengar nama Tomyam Pok Tek... esoknya terus google cari. Orite, dapat le info sikit sebanyak pasal tu.. he he

Citer citer, takde la pulak gambar 'tomyam pok tek' nya... yang ada hanyalah gambar apa yang kami oder je.. :)


rojak buah


somtam dah habis makan baru ingat nak snap gambar

Keceriaan Kelas


Lucu pula bila teringat dialog dengan anakku dua tiga hari lepas...

Anakku: Mama, ada tak ape ape yang dah tak nak kat umah kita ni?

Saya:: Ooo... kira barang recycle la ya?

Anakku: Ha'ah.. untuk projek 'keceriaan kelas' la, Ma...

Saya yang tak brape fokus sangat dengar jawapan yang last tu, terus jawab balik, "Okay, nanti mama cari baju2 yang dah tak pakai ek!"

Anakku: "Err baju?... emp, takdenya kitaorang nak gantung bundle dekat kelas tu, Ma..."


***************

Ha...ha..
Kesimpulannya.... nak kena dengar betul2 dan faham sebelum jawab.. :)


Netbook Asus Eee PC 1015 PW


Alhamdulillah syukur.... semalam dapat tumpang beli netbook saing dengan anak2 yang cari notebook di Plaza Low Yatt. Tersangatlah sweet kaler... kaler purple.. :) Saiz pula just nice, muat dalam hand-bag saya.. senang dibawa ke mana-mana.. :)

Sebelum tu dah survey kat internet brand mana yang paling baik spec, stability dan world of mouth-nya. Ternyata netbook/notebook Asus jatuh pada ranking no.1 berbanding Toshiba, Acer, Dell dll.

Masa tengok gambar dalam tenet dah suka, bila tengok yang betul-betul dekat low yatt.. alamak terus jatuh cinta.. he he..

Mohon pada Allah agar ada keberkatannya. Moga dapat dimanafaatkan sebaik mungkin dalam cernaan minda dan cetusan idea di alam ciber.. mohon pada Allah agar dipertingkatkan lagi kekuatan bermuhasabah diri, insaf dengan diri yang begitu kerdil.. Allah jadikan dunia untuk manusia dan manusia dijadikan untuk akhirat. Jadi sama2 kita gunakan semua equipment yang ada di sekeliling kita dengan sebaik-baiknya dalam usaha pencarian serta perkongsian ilmu yang bermanafaat, InsyaAllah. Biar ada peranan kita biarpun sekelumit...


Alhamdulillah.

******************

Asus Eee pc 1015pw netbook specs :

  • Operating System: Genuine Windows ® 7
  • Express Gate
  • Display: 10.1 “LED backlit WSVGA screen (1024 × 600), Matte
  • CPU & Chipset: Intel ® Atom ™ N550 Pineview-M
  • Asus Eee pc netbook memory: 2GB DDR3 SO-DIMM
  • Wireless Data Network: WLAN 802.11b 2.4GHz @ *
  • Bluetooth3.0 *
  • Hard Drive: 500GB ASUS WebStorage
  • Camera: 0.3M Pixel
  • Audio: Hi-Definition Audio CODEC
  • Stereo speakers
  • Microphone
  • 1 x VGA connector
  • 3 x USB 2.0
  • 1 x 10/100 LAN RJ-45
  • 2 x Audio Jack (headphones / mic-in)
  • Card Reader: MMC / SD (SDHC)
  • Asus Eee pc netbook battery: 10 hours (6 cell 48W / h)
  • Dimensions: 36.4mm ~ 262x178x23.6
  • Weight: 1.25Kg (with 6 cell battery)